Pages
▼
Saturday, December 6, 2014
Budaya Bridesmaid Yang Menular
walaupun saya tak layak bercerita hal kahwin tapi sebagai jurugambar saya rasa budaya bridesmaid ni agak merepek dan terlalu kebaratan.
masyarakat selalu kecoh untuk menolak unsur-unsur hinduism dalam perkahwinan melayu seperti adat bersanding, berinai dan tepung tawar
tetapi nampaknya bukan sahaja ianya gagal dikikis malah ditambah pula dengan budaya barat seperti anak kecil yang menabur bunga dan gerombolan bridesmaid yang kontrol cun mengambil selfie di sana sini.
akhirnya dimana identiti perkahwinan melayu, terperangkap dalam budaya hindu dan kristian. sedangkan acara berbalas pantun, atau joget lambak itu kelihatan sudah makin dilupakan
jangan kata budaya joget lambak dihapuskan kerana bertentangan islam, itu penghapusan yang memilih. semua yang ditulis diatas pun tidak sinonim dengan islam. mengapa hanya joget lambak dihapuskan,
pendapat ini tidaklah sexist terhadap sesuatu jantina sahaja kerana nampak gayanya bridesmaid lelaki pun dah makin banyak kelihatan di majlis-majlis, dengan mengenakan pakaian sedondon entah fungsi apa bridesmaid lelaki ini sebenarnya.
dan untuk menjadikan situasi ini semakin buruk, baru-baru ini tersebar sekeping gambar segerombolan bridesmaid yang berebutkan bunga yang dibaling pengantin perempuan. mereka boleh mengatakan ianya suka-suka dan bukan untuk menentukan siapa next-in-line untuk kahwin, tetapi mereka juga tidak boleh menafikan ianya budaya barat.
ianya budaya barat di geraja, diadaptasi melayu dan dijalankan di perkarangan masjid.
Tahniah Melayu/
i agree with you bro.. aku pun nyampah tgk trend bridesmaid, groomsmen skang ni. motip nak melawa dan begambo aje. dah asyik tgk movie omputeh kahwin, pun terikut nak letak bunga atas jln, baju sepesen, baling bunga....nnt apatah lagi trend barat jadi ikutan..ber i do i do pulak kot
ReplyDeletei agree with you bro.. aku pun nyampah tgk trend bridesmaid, groomsmen skang ni. motip nak melawa dan begambo aje. dah asyik tgk movie omputeh kahwin, pun terikut nak letak bunga atas jln, baju sepesen, baling bunga....nnt apatah lagi trend barat jadi ikutan..ber i do i do pulak kot
ReplyDeletemalangnya aku tak mampu menghalang budaya bridesmaid ni di majlis aku kelak. tapi aku pastikan keep it minimum, dan pastikan bridesmaid ni tak ramai, dan ada fungsi masa majlis, tlong bawak tetamu ke meja, atau tolong potong ayam time aku makan pun cukup la...
Deleteape ke hei post tahun 2014 tetiba ramai orang share nih... wakakak...
ReplyDeleteaku pun dah nak kawin bulan depan oih...
Saya dari masa depan, 13 Julai 2022. Kemungkinan kedepan kedepan anak muda kita akan mengadakan majlis bachelor party pula di kolam renang pada malam sebelum diijabkabul seperti yang dipertontonkan dalam filem Sejoli.
Delete