Sunday, November 25, 2012

Entah siapa yang ditulis...

untukku di Luh Mahfuz...

kalau boleh aku intai sebentar ruang untukku di kitab itu. mungkin aku tak payah nak risau pasal benda ni. sebenarnye mmg aku tak risau pun. umur 25 masih boleh dikatakan masih muda. "masih banyak masa". tapi melihat seorang demi seorang kawan-kawan berkahwin, aku jadi gelabah ayam.

dulu mmg aku rilek2 jer. ape nak risau pasal kawin, bukan ade jodoh lagi pun, dan yang lagi penting, bukan ade DUIT lagi pun. tapi dah masuk musim cuti sekolah ni, byk undangan kawin yg aku dapat, kalau dulu mungkin dari abg/kakak saudara, sepupu sepapat, tapi sekarang ni semua undangan dari rakan sebaya. oh god why.

yang lebih memilukan, aku ni jurugambar. ambik gambar kawin kawan-kawan je tiap2 bulan. gambar kawin sendiri entah bila nak shoot. ade antara member/klient tu dah peknent dan beranak pinak... oh sungguh cepat mase berlalu. bertambah neves

kalau usia hidup aku ni boleh dirangkumkan kepada 90 minit masa permainan bolasepak, aku sekarang berada di minit ke 39. jaringan masih tiada, ade seminit je lagi sebelum masa minit-minit merisaukan. masuk minit ke 40 player selalunya dah gelabah. coach dah arahkan mesti score sebelum half time. entah sempat ke tidak ni.

sekarang ni coach aku pun iaitu bapak aku dah turunkan order, carilah jodoh dengan segera, kalau boleh betunang dalam setahun dua ni. aku jem masa bapak aku cakap camtu. sungguh direct kata-kata itu, unexpected. aku baru nak ngelat dengan alasan DUIT, bapak aku dah sailang aku punya ayat, pasal duit ko jangan risau, abah tolong. kenapa setahun dua? kenapa bukan 4,5 tahun? aku betul-betul JEM,


sekadar gambar hiasan


Monday, September 17, 2012

I Have Nothing

only u read this, so this is for u, ok?


Monday, September 3, 2012

Masalah Kecurian Yang Serius

aku dengar kes kecurian di ipoh dah menjadi-jadi. aku yg duduk kat batu gajah ni buat2 rilek je sebab bukan masalah aku. tapi aku sedikit gusar sebab aku juga bekerja di ipoh. petang semalam aku ade berjumpa seorang penguatkuasa MBI, member, muka dia juga gusar, mungkin memikirkan bebanan kerja dan keselamatan harta benda sendiri dan keluarga. kami sempat bersembang, lalu sebelum meminta diri, aku katakan kat dia..

dulu kampung saya macam tu juga tapi lepas kita ronda kita dapat tangkap depa!
Bereeehhhh guuuuuuuuuuuuuu!!

Friday, July 20, 2012

Politik

apa hukumnya berpolitik di bulan puasa
apa hukumnya menipu/memperdaya musuh dalam politik

jawapannya

apa itu politik?

politik adalah seni menguruskan sesebuah kerajaan (wiki)

politik adalah seni

SENI...




ok

Thursday, July 19, 2012

Tujhe Yaad Na Meri Aayee (sebuah adegan hindustan di dalam office)

entah mana datangnya kegilaan itu.
entah kenapa dan entah bagaimana tiga orang rakan sekerja bersepakat membuka youtube dan mencari lagu hindustan.

t: kau nak lagu yang mana?
a: crita kush-kush hota hei, lagu paling sedih, ade makcik pakai baju merah menyanyi
t: aku macam tau, jap...

a: haah nilah dia... brilliant!
k: Tujhe Yaad Na Meri Aayee, Kisi Si Ab Kya Kehna~~~~

nakharam kataku dalam hati, sedap gak suara encik kudut nih. mentanglah bekas peserta sinaran, sikit punya syahdu dia tarik
dalam tak kesedaran aku dah tarik bantal sambil menongkat dagu pada bantal tersebut, aku yang lebih selesa duduk bersila diatas lantas, terasa mcm terfeeling lebey plak.

t: ko ni pahal feeling sgt?
a: aku rasa aku mcm ingatlah lirik dia maksud ape
t: maksudnya ko sedang mengalami situasi ni lah?
a: eh mana ada..
(sambil mengangkat dagu dari bantal, aku menafikan tuduhan itu dengna agak tegas)
t: heleh...

jam pukul 6.00 petang, aku meminta diri untuk pulang ke batu gajah.





Kamu Tidak Ingat Saya



Wahai Tuhanku, cinta datang dengan kesakitan yang begitu banyak
Tinggalan yang tidak terhingga di tengah-tengah
Dan tidak melepaskan diri dari bibirnya

kamu tidak ingat saya, tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dikatakan
hati menangis dan sehingga mata membengkak

kamu tidak ingat saya, tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dikatakan
hati menangis dan sehingga mata membengkak

kamu tidak ingat saya, tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dikatakan

Aku memberikan kamu semua kegembiraanku,
Aku memberikan kamu semua senyumanku
Godaanmu mengunci aku
memohon pesanan daripada kesetiaan
kamu tidak pernah menjaga cintaku


kamu tidak ingat saya, tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dikatakan

Tuesday, June 26, 2012

Penangan Peraknews


tudia...

secara official nya aku dah menjadi staff Peraknews. dan secara officialnya masa-masa lapang dan hari-hari bermain game dengan aman sentosa telah berakhir. tiada lagi marathon DoTA mahupun marathon Master League Pes2012.

sekarang aku dah berjinak-jinak dengan politik, kahkahkah. maklumlah peraknews ni cover semua event-event kerajaan negeri especially event MB, Dato' Seri Zambry. Boleh dikataka sekarang ni hampir hari-hari aku nengok muka dia n follow aktiviti dia.

aku takkan post apa-apa gambar official or politikal kat sini or blog yg satu lagi sebab lets work be work.this is my personal blog dan politik is not a part of my life.

tapi workload kat sini mmg hellish. sampai aku lupa lgsung nak update blog. time2 aku abandon blog nilah ada yg mesej soh update, ade plak yg komen2 semangat, dulu time aku active hambor jer.. cett.. tapi tengs sebab ambik peduli pasal aku.

XoXo
lulz....