Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Sunday, April 30, 2017

Kingdom : Manga Penyatuan Empayar China Yang Luar Biasa



Kingdom Volume 1 cover

Sekali pandang, gaya stroke lukisannya agak... biasa dan boleh dikatakan kurang menarik. 

Namun apabila 'terbaca' chapter 1 manga ini, seolah-olah ada tarikan yang sangat kuat yang membuatkan pembaca terus dan terus membaca hingga tiba-tiba si pembaca sudah terperangkap dalam peperangan skala besar di tengah-tengah tanah besar China.

setiap saga peperangan skala besar di dalam Kingdom boleh memakan masa bertahun dan beratus-ratus episod untuk ditamatkan sebelum meneruskan saga peperangan seterusnya.

Kingdom adalah sebuah manga, iaitu komik dari Jepun walaupun kisahnya berkisar mengenai kesatuan dan kemunculan dinasti pertama di China. Berbeza dengan manga lain yang lebih popular dengan kuasa-kuasa mega, jutsu, chakra seperti Dragon Ball, One Piece, Naruto, atau Bleach, Kingdom lebih berpijak di bumi nyata. Sebuah kisah yang berpaksikan sejarah, watak-watak dalam Kingdom adalah manusia biasa. Dan sebagai manusia biasa, peperangan adalah mengerikan, 


Sebagai manusia biasa, kematian adalah mudah. Mudah tetapi tidak murah, setiap kematian adalah sebahagian dari pengorbanan demi percaturan taktikal peperangan.

Sinopsis

- Kingdom adalah manga lukisan dan idea dari Yasuhira Hara. Mengisahkan perjuangan Shin dan pasukan tenteranya mencapai impian untuk menjadi General terhebat. Shin berjuang untuk menjayakan misi Maharaja dan teman baiknya Ei Sei untuk membentuk Dinasti Qin yang berkuasa atas seluruh tanah dan kerajaan China.

Maharaja Ei Sei meminta teman baiknya Shin untuk segera menjadi General terhebat dan mengetui kempen peperangan Kerajaan Qin untuk menakluk seluruh China.

- Shin adalah seorang yatim piatu bertaraf hamba namun menyimpan impian yang tinggi untuk menjadi General terhebat dalam sejarah. Impian ini berasal dari teman baiknya Hyou yang menjadi korban dalam cubaan membunuh Maharaja Ei Sei. Hyou dan Ei Sei mempunyai wajah yang hampir sama dan Hyou digunakan sebagai 'body double' untuk menyeludup keluar Maharaja sebenar.

Hyou meminta Shin menyelamatkan Maharaja Ei Sei dan meneruskan impian mereka untuk menjadi General terhebat.

- Walaupun Shin adalah hero yang menyelamatkan Maharaja Ei Sei, tetapi status hambanya membuatkan impian untuk menjadi General adalah sangat mustahil kerana hamba tidak dibenarkan menyertai tentera. 

- Maharaja Ei Sei mengurniakan sebidang tanah dan rumah kecil kepada Shin sekaligus melayakkan Shin menyertai peperangan. Namun perjuangan Shin tetap sukar kerana bersaing dengan askar-askar dari keluarga elit untuk kenaikan pangkat.

- Disebabkan semangat juang tinggi yang ditunjukkan Shin dalam setiap peperangam, reputasinya semakin naik hinggalah General Ouki setuju menjadikan Shin sebagai anak muridnya. Namun General Ouki gugur dalam peperangan dan Shin menjadi pewaris kepada lembing dan semangat perjuangan General Ouki.


Ouki adalah salah seorang dari 6 General Terhebat Kerajaan Qin di zaman Pemerintahan nenda Maharaja Ei Sei

Sebelum kematiannya, General Ouki mewariskan Lembingnya kepada Shin. Ouki percaya kepada potensi Shin walaupun dia hanya askar biasa.

- Shin terus-menerus meningkatkan reputasinya dari askar biasa kepada captain 100 askar. Pasukan 100 orang dinamakan Hi Shin unit, yang bertanggungjawab untuk menjalankan serangan-serangan bertaktikal tinggi walaupun hanya dianggotai askar biasa dari golongan petani. Reputasi Shin terus meningkat dalam setiap peperangan.

Unit Hi Shin yang bermula dengan 100 askar lebihan, meningkat naik dari segi nombor dan reputasinya. Unit Hi Shin pernah kehilangan separuh dari askarnya demi menyelamatkan nyawa Shin. Semua imbuhan peperangan Shin akan dibahagikan sama-rata kepada semua askar Hi Shin.

Daya tarikan manga Kingdom ini bukanlah pada stroke lukisannya yang biasa-biasa sahaja, ia juga bukannya anime drama psikologi dengan penerangan formasi-formasi rumit dan plot-plot yang memeningkan kepala. Kekuatan sebenar Kingdom adalah penceritaannya yang membuatkan kita berasa terkesan dengan setiap pengorbanan dan mahu bersama-sama melihat kejayaan Shin dan misi penyatuan China yang sangat sukar.

Setakat ini Kingdom telah menerbitkan 47 naskah (515 chapter/episod) dan masih berterusan dari tahun 2006. Kingdom juga menerima "Anugerah Osomu Tezuka" dan setakat 2017 Kingdom telah terjual sebanyak 30 juta naskah.




Monday, October 24, 2016

Review (Tanpa Spoiler) Rock Bro !!


Tanpa spoiler sebab review ni ditulis sebelum tayangan umum Rock Bro di pawagam. Entah macamana aku boleh menang tiket pula untuk join pratonton filem ni minggu lepas. Gigih aku ke KL dari ipoh semata-mata nak tengok satu wayang, sebab aku pasti perjalanan ni berbaloi. Memang berbaloi.

Aku dilahirkan pada tahun 1987, memori paling awal aku dalam kehidupan ni adalah sekitar tahun 1991, ketika aku berumur 3,4 tahun. Timeline Rock Bro ni juga berkisar antara 1991 hingga 1994. Ini membuatkan aku sedikit sebanyak sempat memahami dan mengalami zaman kejatuhan Rock dan kebangkitan muzik Rap dan Hip-Hop. Betapa rock yang keras itu melembutkan dirinya, menjadi Slow Rock, Balada Rock, menjiwangkan dirinya semata-mata mahu mengadaptasi dan survive dalam industri tempatan, namun akhirnya terpaksa akur juga, tewas.

Tak kira apa pencapaian lepas mereka, album platinum, final muzik-muzik, apabila zaman berubah, selera beralih arah, rockers yang sebelum ini tunjang hiburan akhirnya menjadi asing dalam industri tempatan, tak boleh cari makan langsung. Terpaksa jual ikan masin sebab tak ada show. Kesian



Plot

"Ikan masin? Takkan ini je dalam hidup ni, ikan masin?" itu lah kata-kata Jijo yang berbekas dalam ingatan aku.

Filem ni seolah-seolah satu dokumentasi, menceritakan kisah balik layar yang pahit, terlalu pahit untuk insan seni yang bergelar rockers. Kita tak pernah tahu mengenai perkara-perkara ini, bila kita tengok Melodi kat tv3, semua indah-indah, kalau ada benda sedih pun artis bercerai. Tak pernah pulak cerita artis tak makan, artis takde job, artis kena naya dengan promoter.

Realiti yang dipertontonkan dalam filem ini begitu mencakupi segalanya yang berlaku ketika itu, Ada yang balik kampung, ada yang jadi hilang arah, masuk jel sebab jenayah itu ini, ada yang sampai menganut ajaran sesat sebab kononnya nak cari tuhan tapi tersilap baca kitab.

Tapi akhirnya masing-masing menjumpai 'ketenangan' dengan cara mereka sendiri.

Pelakon & Lakonan

Secara amnya lineup tak banyak berubah, cuma ada tambah tolak seorang dua disini sana. Menurut sumber dalam, Zack (Hasnol Rahmat) adalah watak yang penting dalam penutup trilogi ni, namun atas sebab 'contract disagreement' Zack hanya wujud dalam perbualan dan flashback dan watak Zack tua digantikan oleh pelakon lain. Watak kedua penting pun tak ada dalam filem. Amy Mat Piah tak ada, atas sebab2 yang hampir sama. Yang ada cuma rakaman-rakaman dulu yang tak digunapakai dalam Rock Bro. hampa kan? Sayang seribu kali sayang....

Lakonan tetap mantap, masing-masing nampak serasi dan ada chemistry. Che Man memang hebat, steady jer identiti yang beliau bawak sepanjang trilogi ni. Sofi Jikan pula membuktikan beliau memang pelakon yang boleh jadi apa sahaja, perubahan watak Zul Kapan adalah paling kontrast sekali dalam filem ni. Lain-lain yang boleh dipuji adalah Amy Juliet yang membawakan watak Ratu Rock Ella. Entah lah. seolah-olah dia dilahirkan untuk watak ni, tak ada bezanya Ella dan Amy ni kalau sekali pandang. Rupa sama, suara sama, menggeletik dia pun sama. Syabas Mamat Khalid atas casting yang hebat ni.

sama kan?

Secara keseluruhannya ianya penamat yang bagus, satu closure yang memuaskan hati. Walaupun ianya tak sesempurna yang kita dan Abg Mamat Khalid sendiri harapkan, namun inilah yang terbaik semampu baik. Semua persoalan dikupas, apa jadi dengan rimba bara, apa jadi di malam Jijo kemalangan dan meninggal, semuanya dijawab.

Tahniah. Kalau ini filem terakhir Mamat Khalid. Aku redha.

Sunday, July 12, 2015

Review Buku : Tora Datang Lagi

Menyelak sehelai-sehelai buku ni cukup menggamit nostalgia. Betapa aku teringat pada memori zaman sekolah rendah nun jauh di Selayang Baru sana. Betapa aku merindui suasana itu dan betapa aku kesal aku terputus sahabat dengan mereka kerana faktor pindah sekolah dan faktor telipon bimbit masih belum wujud masa itu.

Segala yang dituliskan begitu relevan, begitu tepat. Jenama water colour apa kita guna masa sekolah dulu, permainan apa kita main waktu rehat, apa kita buat dalam kelas masa cikgu takda. dan pelbagai aktiviti luar sekolah. main bola kampung, mandi sungai dan macam-macam lagi lah.

Seperti yang tertulis pada kulit buku ini, ianya sebuah "Kitab Pengetahuan Kanak-Kanak 90an". Kitab kerana ia mempunyai ilmu di dalamnya. Ilmu yang tak mampu dimiliki dan seolah-seolah mitos sahaja untuk budak-budak zaman sekarang. Mana mampu mereka ada memori bergayut di telefon awam, memori main game kacang 10sen, mahupun memori pakai minyak rambut tencho atau pokken.

memori yang disusun lengkap dengan ilustrasi


Membaca buku ini buat kita tertanya-tanya memori jenis macamanakah yang akan diingati oleh generasi muda ketika ini. Kerana mereka tidak sama macam kita budak 90an, kita terdedah pada perubahan zaman yang maha hebat. Betapa pada usia 7 tahun kita masih menonton tv bongkah yang rangka luarnya diperbuat daripada kayu, main brick game yang takde gambar dalam gelap dan hari ini, budak yang sama sedang mengumpul duit membeli 3d tv dan ps4. Betapa beruntungnya budak 90an, masih merasa main tali air macam mak bapak kita masa mereka kecik-kecik dulu, tapi budak sekarang, kesian.

Secara positifnya buku ini sangat detail, sangat nostalgic, informatif dan sesuatu yang boleh dijadikan rujukan bila anak-anak kita tanya macamana childhood kita suatu hari nanti.

Kekurangannya pula, buku ini agak age dan gender spesific. Seseorang yang tidak lahir pada rangka masa ini mungkin akan kekok takkala membaca isi kandungannya dan lagi satu ianya memori budak lelaki, Ya ia memori budak lelaki, budak pempuan 90an yang baca buku ni mesti sakit hati sebab penulis kata budak-budak pempuan mengada-ngada, suka tulis buku biodata jiwang-jiwang, dan suka main anak patung kain yang membosankan. kahkahkah.