Showing posts with label teori. Show all posts
Showing posts with label teori. Show all posts

Sunday, July 27, 2014

Astro, Israel, Boikot Dan Jahil

Perkara boikot Astro pulak sibuk nak dijadikan trending. Konon sebab Astro support software Yahudi. Benda boikot astro ni aku dah buat 3 tahun yang lepas.

Pada asalnya aku subscribe pakej biasa + pakej ilmu binatang (Nat Geo Discovery Channel)+ sukan + movie. nak dekat rm200 gak monthly. Letak dalam bilik, tengok sorang2.

Pada suatu petang yang tenang, sekitar April 2011, aku mengambil keputusan untuk menelefon astro menyatakan ingin menamatkan servis. Bukan sebab tak mampu bayar, tapi sebab aku dah diyakinkan untuk memecah kapitalisme astro dalam bidang siaran berbayar.

3 tahun dahulu  Astro boleh dikatakan tiada pesaing, masa tu HyppTV pun baru nak hidup dan hanya ada di Lembah Kelang sahaja. Masa tu belum dipanggil HyppTv, rasanya mereka gunakan trademark BlueHyppo yang sangat gagal.

Jadi Astro memonopoli pasaran. Sesebuah syarikat yang berjaya manjadi pemonopoli dan kapitalis berkuasa menentukan apa sahaja. Berapa harga, apa pakej, berapa tahun sekali nak naik harga, pelanggan tiada pilihan lain, terpaksa menurut segala muslihat Astro.

Hari ini, sedikit sebanyak Astro sudah terjejas. Kemunculan HyppTV di seluruh Malaysia, kemudian ada pula teknologi SKYBOX, yang super murah walaupun 'arguably' salah disisi undang-undang, Semenjak terjejas ni Astro tak cekik darah macam dulu, letak macam2 pakej, sekarang dah ada pakej all access yg berpatutan haraganya. Aku rasakan boikot aku berjaya, namun untuk kembali pada Astro tidak sekali. 

Astro Boy (sekadar hiasan)



Jadi soal boikot Astro pasal guna sofware yahudi ni, aku rasa alasan yang agak lemah. Kita terpaksa akui kita terkebelakang dari segi teknologi, kalau mahukan teknologi terkini haruslah diimport dari Barat. Kalau tidak Amerika, Eropah, ataupun… ya Israel, 

Israel, walaupun mereka tidak bertanah, tak macam kita yang ada Tanah Melayu, namun mereka lebih maju dari kita, dari segala segi. Teknologi, ketenteraan, dan tahap intelektual mereka mengagumkan untuk sebuah "negara" yang kecil dan baru tertubuh. Ya, mereka ada usahasama yang sangat erat dengan US, Namun kita juga harus akui rakyat Israel itu desperade untuk jadi pandai, desperade untuk maju, atas rasa terancamnya mereka. Tidak selesa seperti kita yang terlalu selesa lalu ketinggalan kebelakang.

Jadi kalau nak boikot Astro itu terpulanglah, hak masing-masing. Dengan berkurangnya pelanggan Astro mungkin Astro akan lebih baik hati lepas ni. Namun harus juga kita ingat, di Astro ada Astro Oasis, Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim, Pencetus Ummah, dan seumpamanya. Soal software yahudi itu, itu satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Sama seperti kita, kalau tak guna window, guna apple, dua2 pun yahudi.

Selamat Hari Raya.


Thursday, January 26, 2012

Teori Kenapa Kita Tido Time Khutbah Jumaat


Sekadar Gambar Hiasan

Dah menjadi satu penyakit pada tiap-tiap jumaat ketika khutbah dibacakan, para makmum yang duduk mendengar akan tersengguk-sengguk mengantuk, seolah-olahnya malam tadi semua orang tak tido sebab jiran sebelah main lagu Death Metal kuat-kuat sampai kul 5 pagi..

Persoalannya kenapa ianya begitu konsisten, di setiap jumaat, di setiap masjid, di setiap pelosok negara, tanpa mengira siapa khatib yang membaca khutbahnya. Okeh sebab bende ni macam series, aku akan ulas gaya blog Mahathir..

1. Penyampaian.. apa yang aku nampak beberapa minggu lepas, sebelum start khutbah jumaat ada tazkirah yang disampaikan oleh pak imam. aku tengok semua konsentret, mata bulat sambil kepala angguk-angguk. Tak mengantuk pun.. Kenapa? sebab cara penyampaian. apa yang pak imam cakap adalah apa yang dia nak cakap, yang datang dari hati dia. so penyampaian nye ikhlas, formatnya lebih santai, dan bahasa yang digunakan adalah bahasa hari-hari... lebih mudah menangkap audiens.

2. Skrip... Khutbah yang kita dengar saban minggu adalah scripted, datang dari Jabatan Agama. khatib hanya membacakan apa yang tertulis disitu. Memang khatib faham tentang isu yang cuba disampaikan, tetapi apabila ia disampaikan dalam "Nada Membaca", ia membuai tahap kesedaran kita. Sama macam bila orang baca buku cerita kat anak masa malam-malam, bukan cerita tu punca tido tetapi "Nada Membaca" tu yang buatkan rasa mengantuk tu datang dan zzz... tidurlah dia.

3. Pilihan Ayat...  selalu bila aku dengar, khatib akan terganggu bacaannya bila bertembung dengan ayat-ayat moden seperti "sofistikated", "justifikasi" dan seumpanya. sebenarnya ini bukan ayat moden tapi ayat celupan. Pihak yang menyediakan teks khutbah ni sepatutnya lebih prihatin. apakah umur purata seorang khatib, apakah ayat-ayat yang asing baginya. Bila kahatib sendiri kurang pasti dengan ayat yang disebutnya, hilanglah feel... jadi khatib membaca sekadar membaca... tiada aura yang mampu menegakkan kepala para makmum didepannya.

4. Feel.. bila kita dengar khutbah, haruslah kita tengok pada khatib yang membaca khutbah. Tapi bila aku tengok, maaf aku cakapkan, khatib tengah terkial-kial. Terkial-kial membaca teks rumit, terkial-kial menyelak teks sambil cokmar yang patut digenggam disandarkan pada bahu sebab nak menyelak mukasurat teks. Khatib juga terkial-kial membaca potongan ayat al-quran atau hadis-hadis. Ini sangat menyedihkan. ini menghilangkan feel makmum yang berniat nak konsentret tapi khutbah asyik dok sangkut-sangkut. Adakah khatib tak membuat persediaan awal? berapakah lama tempoh seorang khatib tu menerima teks khutbah sebelum dia harus menyampaikannya? ini diluar pengetahuan aku... yang aku tahu bila khatib terkial-kial, makmum akan terbiar tanpa tumpuan, lalu... tersengguk

5. Lumrah.. Waktu tengahari memang best tido. mudah sahaja, itu tak dapat disangkal...

aku tak salahkan mana-mana pihak dan aku tak layak untuk berbuat begitu. apa yang tertulis diatas adalah hasil dari pemerhatian aku yang saban minggu ke masjid dan saban minggu tersengguk-sengguk. namun jika boleh aku cadangkan disini agar..

1.Skrip masih wujud, tetapi dalam bentuk point. Iaitu kata-kata kunci yang perlu diolah sendiri oleh para khatib. Pihak jabatan agama hanya menyediakan point2 penting dan terpulang bagaimana ia disampaikan. dengan ini penyampaian adalah lebih personal, bersahaja, bahasa yang mudah difahami, dan lebih dekat di hati.

2.Beri dan guna masa yang secukupnya ketika menerima teks khutbah. rujuk ayat2 alquran yang bakal diucapkan, rujuk ayat2 sofistikated yang bakal dituturkan dan rujuk dimana pangkal dan hujung ayat. barulah penyampaian walaupun dalam bentuk pembacaan nampak lebih "Natural"

3. Kita tido jap sebelum gi semayang jumaat, kalau ada masa dan peluang.. walaupun tidur selama 5 minit, kita mampu segar didalam masjid nanti...

pehh sekian research ini.
Selami Hati, Selami Minda, Selami Lautan Dalam