Showing posts with label wtf. Show all posts
Showing posts with label wtf. Show all posts

Saturday, December 6, 2014

Budaya Bridesmaid Yang Menular



walaupun saya tak layak bercerita hal kahwin tapi sebagai jurugambar saya rasa budaya bridesmaid ni agak merepek dan terlalu kebaratan.

masyarakat selalu kecoh untuk menolak unsur-unsur hinduism dalam perkahwinan melayu seperti adat bersanding, berinai dan tepung tawar

tetapi nampaknya bukan sahaja ianya gagal dikikis malah ditambah pula dengan budaya barat seperti anak kecil yang menabur bunga dan gerombolan bridesmaid yang kontrol cun mengambil selfie di sana sini.

akhirnya dimana identiti perkahwinan melayu, terperangkap dalam budaya hindu dan kristian. sedangkan acara berbalas pantun, atau joget lambak itu kelihatan sudah makin dilupakan

jangan kata budaya joget lambak dihapuskan kerana bertentangan islam, itu penghapusan yang memilih. semua yang ditulis diatas pun tidak sinonim dengan islam. mengapa hanya joget lambak dihapuskan,

pendapat ini tidaklah sexist terhadap sesuatu jantina sahaja kerana nampak gayanya bridesmaid lelaki pun dah makin banyak kelihatan di majlis-majlis, dengan mengenakan pakaian sedondon entah fungsi apa bridesmaid lelaki ini sebenarnya.

dan untuk menjadikan situasi ini semakin buruk, baru-baru ini tersebar sekeping gambar segerombolan bridesmaid yang berebutkan bunga yang dibaling pengantin perempuan. mereka boleh mengatakan ianya suka-suka dan bukan untuk menentukan siapa next-in-line untuk kahwin, tetapi mereka juga tidak boleh menafikan ianya budaya barat.


ianya budaya barat di geraja, diadaptasi melayu dan dijalankan di perkarangan masjid.

Tahniah Melayu/

Thursday, July 7, 2011

Apa Revolver Ocelot Buat selepas Metal Gear Solid

dia terlalu bosan sehingga membuat video ini


Revolver Ocelot: i have beard when i first started practicing this

Wednesday, January 26, 2011

Smoke In The Water (Santau Secara Komersil)

pagi tadi mak aku belikan aku sarapan (mcm biasa). tpi harini sedap la pulok sambal nasik lemak smbal kerang ni. slalu common je.

mak: ni mak beli dari kedai mkcik haritu tu yg laki ngan anak die sakit tu, yg kite kenal kt hospital tu.
me: owh begitu rupa2nya. jadi mak. bagaimana keadaan kesihatan mereka berdua?
mak: anak mkcik tu baru meninggal. kan mak ade citer kat ko yg anak die kena santau tu. masa diorg meniaga kat kl.
me: hoh meninggal?? kena santau sampai meninggal? wtf??? (ayat yg tu ckap dalam hati la)
mak: haah, mcm tu lah org melayu kita meniaga. org maju sikit die santau la, bgi org tu sakit, smpai bungkus. cuba tgok org cina tu, bley meniaga sebelah2, pinggan mngkuk pun kira sekali. Melayu2...

sembang2 sambal kerang tadi tu berlarutan la sampai menjadi tajuk santau plak. keluarga aku nih pembekal santan yg termasyurrrrr kat batu gajah. so segala gosip2 warga peniaga batu gajah konfirm bapak aku tau. bapak aku pun explain la pnjg lebar pasal sejarah santau batu gajah dan setiap kes-kes yg berlaku sepanjang reign dia kt btu gajah ni.

agak wtf jugak la aku time tuh, mkcik a sntau mkcik b, mkcik b sakit mkcik a bukak kedai besar2, tpi mkcik c plak sntau mkcik a lepas tu. mkcik d muntah2, mkcik e makanan die confirm byk pasir pastu cerita mkcik f yg malam2 kena ganggu dengan paranormal activity 2.

there is a bloody story behind every karipap yg kita makan pagi2 tu. tertawar selera aku nak habiskan nasi lemak sambal kerang mak arwah ni.  mkcik tu ada kata: Puaslah hati diorang dapat jatuhkan keluarga saya.

I pity u
semoga roh anak mkcik yg tak bersalah tu aman disana...


what is the difference between sorcery and witchcraft?