Thursday, March 12, 2015

Demi Masa


Umar, berapa umur kamu tahun ni?
umar kan darjah satu, mesti lah 7 tahun, apa la aje ni, itu pun tak tahu

Kamu nanti dah besar cita-cita nak jadi apa?
pemain bolasepak

Macam siapa?
Shapiq Jamal

(-_-)



Sungguh cepat masa berlalu

Monday, January 5, 2015

10 Lagu Sepanjang Zaman

Idea yang dirangka pada asalnya adalah membuat beberapa carta top10 2014 untuk beberapa kategori, seperti lagu, filem, anime, moment, gambar dan sebagainya.

Namun disebabkan terkeliru mana satu 2014, mana satu 2013 etc2 dan malas nak research, maka adalah lebih mudah untuk buat all time top 10.

Lagipun ada request la pulak dari seseorang untuk buat list ni. omg,

Mari mulakan dengan list sepuluh lagu sepanjang zaman, tanpa sebarang prejudis terhadap tahun, genre, bahasa, mahupun nationaliti.

*harap takde typo*


Unintended - MUSE





Abaikan muzik video yang pelik, lagu ini sangat menangkap sanubari, membuai-buai dan sangat menghanyutkan. This song is timeless, mengisahkan tentang satu perhubungan yang boleh terjadi, yang patut terjadi tetapi terhalang dek kerana hati yang masih belum sembuh dari luka cinta yang lama.

Creep - RADIOHEAD




Jika ada satu lagu yang boleh dijadikan lagu tema penulis, maka inilah lagunya. i'm a creep, i'm a weirdo. Selalu minat pada sesuatu yang indah tetapi sedar diri itu pelik tidak layak dan tidak setanding. dan akhirnya apabila beliau menyedari betapa peliknya diri ini..
she runs.. runs.. runs...

Hijab Kekasih - M. NASIR




Ini bukanlah lagu m.nasir yang paling terkenal, malahan lagu ini sangat tidak dikenali umum, tak pernah masuk mana-mana radio pun rasanya. Seperti kebiasaannya lagu m.nasir, sekali dengar memang tak faham, baca lirik pun masih tak faham, setelah membuat sedikit kajian, lagu ini menigisahkan sahabat nabi saw namanya Julaibab yang sukar mendapat jodoh dek kerana paras rupanya, Rasulullah pun tolong meminang anak seorang Ansar namun belum sempat Julaibab bertemu jodohnya dia dipanggil ke medan perang. Pergilah dia dengan berbekalkan sehelai hijab dari bakal jodohnya dan dengan ketentuan allah gugurlah syahid Julaibab di medan perang itu.

M, Nasir, so deep

Seri Dewi Malam - NORMADIAH/SHARIFAH AINI/PITAHATI




Ada banyak versi lagu ini, aku tak pasti mana satu versi asal antara normadiah atau saloma, tapi setiap penyanyi menyanyikan dengan gayanya yang sendiri, semua pun sedap didengar.
Lagu ini menggunakan lenggok lagu lama yang sangat mendayu, entahla, its a classic masterpiece.


Stairway To Heaven - LED ZAPPELIN




Lagu ini adalah dari genre yang bapak aku suka, sebagai bekas rockstar ikon-ikon seperti led zappelin, pink floyd, beatles, santana menjadi feveret beliau. Dan sebagai anak sedikit sebanyak aku terpengaruh. Dalam banyak-banyak lagu dalam playlist ayahku, stairway to heaven sangat menarik perhatian. intro yang epik, suara vokalis yang unik. gitar yang mantap, penulisan lirik yang kuat, dan lagu yang ada aura misteri. ya, lagu ini epik

You Know I'm No Good - AMY WINEHOUSE




Secara jujurnya aku tak suka Amy Winehouse, mati awal isap dadah mensia-siakan bakat. Masa dia hidup pun aku tak appreciate lagi genre lagu yang dia ketengahkan. Lepas dia mati baru aku terr dengar lagu ini dan pada masa yang sama aku dah layan genre blues/soul. then aku sedar what a waste of talent. Really


Tentang Rasa - ASTRID




Dalam banyak-banyak lagu dari seberang yang menghujani stesyen radio di Malaysia, lagu Astrid ini rasanya yang terbaik. Tambahan pula lagu ini menjadi lagu tema drama "Vanilla Coklat" sejenis drama perempuan yang aku tiba-tiba suka. Liriknya jujur, rayuan dari seorang gadis yang sudah penat bercinta dan berharap cinta yang datang kali inilah cinta yang betul,

Godfather Theme - NINO ROTA/SLASH/HEARTSTRINGS



Lagu ini boleh jadi segalanya, di dalam filem yang ada segalanya (Godfahter). Ketika majlis perkahwinan versi ceria lagu ini dinyayikan, ketiga adegan bunuh membunuh, versi dark lagu ini digunakan, dan ketika mengisahkan percintaan, versi serenade lagu ini digunakan. Ianya the ultimate instrumental song.

Art Of Life - X-JAPAN




Di zaman kolej ketika revolusi lagu jepun melanda aku dan rakan-rakan sehostel, banyak lagu-lagu yang bagus yang telah dikorek dari internet memandangkan lagu-lagu jepun tiada sebarang exposure di sini. Antara yang menjadi feveret ketika itu termasuklah L'Arc~En~Ciel, Glay, Gackt, Loudness, dan yang paling penting sekali X-Japan. Lagu-lagu X-Japan kebanyakannya keras namun liriknya berunsur sedih dan lagu-lagu mereka panjang-panjang antara 6 - 9 minit per lagu. Namun Art Of Life menunjukkna betapa kreatif dan radikalnya minda orang jepun. Berdurasi lebih 30 minit, untuk sebuah lagu yang liriknya tidak berulang, memerlukan dedikasi yang tinggi. Lagunya mengisahkan kehidupan, dari awal kehidupan temponya sederhana kemudian menaik kemudian berkecamuk di pertengahan (solo piano epik) dan akhirnya bertemu ketenangan di akhir hayat seorang manusia. Lagu ini terlalu indah. Dan kematian dua orang lineup asal X-Japan membuatkan lagu ini lebih sedih :(

Le Mistral Gagnant - RENAUD/ COUER DE PIRATE





Lagu ini baru jumpa, dan ianya terus menjadi klasik. Bunyi piano itu meletakkan mode sedih di awal lagu, Lagu ini sedih, tanpa mengoogle maksud lagunya pun ia kedengaran sedih. Mungkin ianya kesedihan percintaan tapi bila dibaca tafsirannya ia berkisar mengenai parent yang menceritakan waktu dimana anak itu masih kecil dimana semuanya masih ringkas dan hubungan mereka masih rapat. sekarang anak itu telah dewasa dan parent itu melihat anak itu ditelan kesibukan masa kini. Orang tua yang rindukan anak mereka walaupun anak mereka berada di depan mata owwwhh.. Adakah aku juga begitu? ya aku rasa ibu bapa aku rindu pada masa aku dan mereka selalu bersama ke mana-mana. Sekarang masing-masing sibuk.

Depressing pulak ending list ni.

Tuesday, December 23, 2014

Plan Jangka Sederhana 2016 (PEJANA 2016)

edit///
artikel ini ditulis awal pada 28/10/2014 kerana penulis menyedari disember adalah bulan yang sibuk dan tidak ada masa untuk berfikir panjang memikirkan apa perlu ditulis.


2015 - mungkinkah?

1. ohh 2014, sukar untuk dijelaskan.terasa begitu awal untuk menulis rangkuman 2014, namun masa tika ini bergerak terlalu pantas, jika ditangguh dua atau tiga kali sedar-sedar dah masuk 2015 bulan februari.

2. sejujurnya 2014 itu tahun yang tipikal dalam hidupku, tidak banyak berbeza dengan 2013 mahupun 2012. terasa seperti perjalanan hidup telah memasuki satu fasa yang stagnant. yang terasa redundant.

3. memetik kata-kata yang pernah ku dengar dalam ceramah agama, hadis nabi jika tidak silap

"sesungguhnya orang yang berjaya adalah orang yang lebih baik dari semalam
orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam
dan orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan semalam"

4. dari petikan hadis diatas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa aku tergolong dalam kategori orang yang terpedaya.

5. bukan terpedaya dengan skim cepat kaya atau terpedaya dengan politik malaysia. sebaliknya terpedaya dengan permainan masa dan rasa selesa yang sementara

6. sejujurnya aku dalam keadaan yang selesa, ya tekanan kerja itu tinggi namun aku selesa dengan keadaan sekarang. ada orang atasan yang memahami ada rakan-rakan yang boleh dipercayai.

7. nampak dari luar seperti aku ni tak ada masalah. aku sendiri rasa aku tak ada masalah. dan disinilah aku terpedaya

8. sebenarnya aku ni banyak masalah
-masalah kesihatan
-masalah berat badan
-masalah hutang pembelajaran
-masalah malas
-masalah tak ambil kisah
-masalah takda perasaan
-masalah jodoh

9. tidak perlu diperjelaskan satu persatu masalah diatas kerana ianya bersifat 'self explainatory'.

10. jadi untuk menyelesaikan masalah diatas aku telah merangka plan jangka sederhana yang akan dilaksanakan pada tahun 2015 dan bakal disempurnakan menjelang 2016 selaras dengan tajuk entri ini yang jika dilaksanakan dengan jayanya mampu menjadi pemangkin untuk membanteras masalah-masalah sepertimana senarai yang tertera pada rujukan bernombor 8 di atas.

11. sedar tidak sedar gaya penulisan aku dah makin kerajaan

12. plan 9 fasa ini bertujuan untuk merevolusikan diri, supaya lebih relevan dengan arus semasa, selain dapat melimitasikan masalah kerana penghapusan masalah adalah mustahil bagi seorang manusia. kerana sebagai khalifah di bumi salah satu tugasan manusia adalah untuk mencipta menerima dan menyelesaikan masalah. masalah tetap akan ada selagi manusia itu ada.

13. 9 resolusi itu adalah seperti senarai di bawah
- gym/sukan secara konsisten sehingga mampu bermain sejenis sukan dengan kompetetif (futsal/badminton)
- selesaikan loan kereta ASAP
- mula bayar ptptn dan bebaskan diri dari blacklist oversea
- buang/derma semua pakaian lama dan tukar gaya pemakaian
- kurangkan perbelanjaan dan masa bermain game
- lebihkan perbelanjaan dan masa aktiviti berkamera
- belajar memain alat muzik
- tukar kereta
- dapat kenaikan pangkat/elaun/gred

14. mampukah 9 resolusi diatas ni dilaksanakan

edit// pada hari ini 23/12/2014, artikel ini dibaca semula dan kemudian di upload. penulis juga menyedari beberapa resolusi diatas telah berjaya dilaksanakan. tahniah kepada diri sendiri.

-loan kereta tinggal 6 ribu je sebab dah start bayar double
-ptpan dah start bayar dan tunggakan dah settle, sekarang dah boleh buat passport :)
-rambut dah gunting kat barbershop, seluar dah slim fit, kemeja dah bunga-bunga halus
-aku dah beli kasut futsal dan dah start main futsal. tapi barai. lari 20 tapak lepastu senak pankreas, sebab gemuk dan berat. :(

Saturday, December 6, 2014

Budaya Bridesmaid Yang Menular



walaupun saya tak layak bercerita hal kahwin tapi sebagai jurugambar saya rasa budaya bridesmaid ni agak merepek dan terlalu kebaratan.

masyarakat selalu kecoh untuk menolak unsur-unsur hinduism dalam perkahwinan melayu seperti adat bersanding, berinai dan tepung tawar

tetapi nampaknya bukan sahaja ianya gagal dikikis malah ditambah pula dengan budaya barat seperti anak kecil yang menabur bunga dan gerombolan bridesmaid yang kontrol cun mengambil selfie di sana sini.

akhirnya dimana identiti perkahwinan melayu, terperangkap dalam budaya hindu dan kristian. sedangkan acara berbalas pantun, atau joget lambak itu kelihatan sudah makin dilupakan

jangan kata budaya joget lambak dihapuskan kerana bertentangan islam, itu penghapusan yang memilih. semua yang ditulis diatas pun tidak sinonim dengan islam. mengapa hanya joget lambak dihapuskan,

pendapat ini tidaklah sexist terhadap sesuatu jantina sahaja kerana nampak gayanya bridesmaid lelaki pun dah makin banyak kelihatan di majlis-majlis, dengan mengenakan pakaian sedondon entah fungsi apa bridesmaid lelaki ini sebenarnya.

dan untuk menjadikan situasi ini semakin buruk, baru-baru ini tersebar sekeping gambar segerombolan bridesmaid yang berebutkan bunga yang dibaling pengantin perempuan. mereka boleh mengatakan ianya suka-suka dan bukan untuk menentukan siapa next-in-line untuk kahwin, tetapi mereka juga tidak boleh menafikan ianya budaya barat.


ianya budaya barat di geraja, diadaptasi melayu dan dijalankan di perkarangan masjid.

Tahniah Melayu/

Monday, November 24, 2014

Monday, November 17, 2014

Menulis Semula Sejarah Melayu

Sejarah yang kita baca dari buku teks sekolah atau manuskrip-manuskrip lama adalah sesuatu yang kita katakan 'Fakta'. Sedangkan sejarah itu ditulis untuk kita mempercayai apa yang kita mahu percaya.

Sebagai contoh Sejarah Melayu itu sendiri. Sejarah melayu itu ditulis dari dua sudut, sama ada eurocentricity atau malayocentricity. Sejarah dari sudut melayu akan memenangkan melayu dan tokoh-tokoh tanah melayu dan sejarah dari sudut barat akan memenangkan barat dan menceritkan gahnya pelayar-pelayar dari barat masuk menembus tanah melaka hingga terus ke china.

Ini berlaku kerana sejarawan lampau menulis dengan fakta dari perspektif yang terkongkong oleh pandangan dunia setempat.

Sejarah itu sendiri ditulis dengan pelbagai gaya. Sejarawan barat lebih cenderung kepada mencatat kejadian dan kemajuan sesuatu ketamadunan. 

Sejarah dari sudut islam pula adalah berpaksikan moral dalam sesuatu kejadian dan bagaimana agama mempengaruhi kehidupan masyarakat lampau. Sejerah itu dibentang dari sudut kerohanian.

Masalahnya disini adalah kita gagal mencatit sejarah kita sendiri. Sejarah seumpama hikayat merong mahawangsa itu terlalu dicampur aduk unsur-unsur mistik dan pendewaan tokoh sehingga ianya tidak layak lagi dipanggil sejarah dan hanya menjadi hikayat. Sejarah awal melayu banyak dibentuk dari hikayat-hikayat seperti ini.

Sejarah Melaka pula seperti terlalu menyorokkan punca kejatuhan Melaka itu, sedangkan moral dari kejadian itu sangatlah penting untuk dijadikan iktibar dan panduan untuk masa depan. Kita diberitahu Melaka itu kalah kerana tamadunnya tidak semaju Barat, bangunannya kayu, mudah dibedil meriam barat, sedangkan realitinya tidak. Melaka itu sama gagahnya dengan kuasa penjajah, kalahnya Melaka harus dikaji semula dan diceritakan dengan telus. Jika Melaka itu jatuh kerana hasad dengki Melayu itu sendiri maka itulah sudut sejarah yang harus ditekankan dan dijadikan pedoman.

Kota Melaka bukan bangunan kayu


Bukan kesalahan sejarawan luar kerana mereka trpengaruh dengan pandangan dunia msing-masing, sebaliknya kesalahan kita sendiri yanag gagal menulis semula sejarah dgn logikal dan objektif.

Sejarah Melayu itu harus dikaji semula, dipandang dari sudut yang berbeza, dan ditulis semula.

Jika barat berbangga dengan sejarahnya yang berpaksikan penjelajahan kristianiti dan penyebaran sekularisme maka sejarah kita harus ditulis dengan gaya sejarawan islam, iaitu lebih menekankan kepercayaan pada tuhan dalam proses sejarah manusia dan bagaimana manusia membuat keputusan atas pengaruhNya. 

Sejarah haruslah menjadi ilmu yang berguna dan praktis, bukan lagi rakaman kejadian yang ketandusan roh dan erti dan terlalu mebosankan untuk dipelajari.

Thursday, November 6, 2014