Thursday, November 24, 2016

Berapa Harga Blog Ini

Berapa harga aku?

Berapa harga hasil kerja ku? Berapa nilai hasil seni ku? Bolehkah ia dinilai dengan wang ringgit?

Kalau aku tulis blog di sini hari-hari dan ada ramai orang tengok, trafik banyak masuk, maka aku mungkin boleh dapat untung entah mungkin dari iklan, dari blogspot atau dari google atau apa saja. Tapi itu tak pernah menjadi motif aku menulis di sini.

Tapi itukah nilai penulisan ku? Jika google hantar aku sekeping check 100usd, maka itukah dia? aku cuba check entah blog ini ada nilai atau tidak. Aku harap walau seringgit jadilah.


63 dolar amerika. 

10 tahun aku ada blog ini, dulu namanya lain, azzan sensei dot blogspot barangkali. hampir 3,4 tahun ia kekal dorman pada mulanya sebelum aku mula rajin menulis dan malas kembali dan rajin ala kadar kini. ada 177 posting di dalam blog ini, ada lebih lagi sepatutnya tetapi aku dah delete sebab penuh dengan posting patah hati putus cinta dan bebelan2 yang tiada siapa peduli atau mengerti

Blog ini bermula sebagai medium melepas rasa, akan peritnya cinta yang dikekang dengan jarak dan masa. rasanya ketika itu aku hanya ada seorang pembaca, iaitu peminat pencinta dan pembenci aku. selepas fasa itu habis, blog ini berevolusi, menjadi blog puisi yang berbagai-bagai ragam. ada masa ia gembira ada masa ia berduka lara, ada masa ia meneguk racun yang manis. 

Selepas penat jadi menusia yang menyedihkan, aku mula menulis bebas. Tulis apa sahaja, kadang-kadang aku mengkritik sejarah melayu, kemudian di posting lain aku mengangkatnya pula dan mengagung-agungkan lagi. Sekejap di zaman aku baca buku indie aku try tulis review buku, bagus juga responnya, namun hanya sekeping sahaja aku sempat tulis sebelum aku beralih arah lagi.

Barangkali yang aku paling suka adalah tulis review atau ulasan. Sebab selalunya aku ada pandangan yang berbeza, lebih lebih lagi soal filem. Kalau boleh aku nak banyak menulis pasal ini, tapi entahla..
Pernah ada satu masa sampai tak ada lagi filem yang belum aku tonton di pawagam, tapi masa sekarang ni.. Dr. Strange pun tak tengok-tengok lagi.

Mungkin aku patut beralih arah lagi. Ada satu lagi minat aku yang mungkin aku tak pernah tulis. Belajar. Ya belajar dari youtube. Aku boleh habiskan masa berjam-jam menonton youtube belajar apa-apa sahaja dari cara membuat kabinet kasut hingga ke perkara-perkara aneh seperti hukum-hukum thermodynamics, adakah manusia boleh memegang permukaan marikh, hinggalah ke perkara-perkara mustahil sepert Zeno Paradoxes.

Tapi berbalik kepada persoalan tajuk posting ini. Berapa nilai blog ini? Bagi aku ianya tidak ternilai untuk manusia seperti aku. Manusia yang sejujurnya tidak suka berkata-kata dan tidak suka difahami, dan tidak juga suka berekspresi secara lisan.

Jika kau benar mahu tahu, maka bacalah. Nilai lah



ps: kalau nak check berapa "nilai" website komer KLIK

Monday, October 24, 2016

Review (Tanpa Spoiler) Rock Bro !!


Tanpa spoiler sebab review ni ditulis sebelum tayangan umum Rock Bro di pawagam. Entah macamana aku boleh menang tiket pula untuk join pratonton filem ni minggu lepas. Gigih aku ke KL dari ipoh semata-mata nak tengok satu wayang, sebab aku pasti perjalanan ni berbaloi. Memang berbaloi.

Aku dilahirkan pada tahun 1987, memori paling awal aku dalam kehidupan ni adalah sekitar tahun 1991, ketika aku berumur 3,4 tahun. Timeline Rock Bro ni juga berkisar antara 1991 hingga 1994. Ini membuatkan aku sedikit sebanyak sempat memahami dan mengalami zaman kejatuhan Rock dan kebangkitan muzik Rap dan Hip-Hop. Betapa rock yang keras itu melembutkan dirinya, menjadi Slow Rock, Balada Rock, menjiwangkan dirinya semata-mata mahu mengadaptasi dan survive dalam industri tempatan, namun akhirnya terpaksa akur juga, tewas.

Tak kira apa pencapaian lepas mereka, album platinum, final muzik-muzik, apabila zaman berubah, selera beralih arah, rockers yang sebelum ini tunjang hiburan akhirnya menjadi asing dalam industri tempatan, tak boleh cari makan langsung. Terpaksa jual ikan masin sebab tak ada show. Kesian



Plot

"Ikan masin? Takkan ini je dalam hidup ni, ikan masin?" itu lah kata-kata Jijo yang berbekas dalam ingatan aku.

Filem ni seolah-seolah satu dokumentasi, menceritakan kisah balik layar yang pahit, terlalu pahit untuk insan seni yang bergelar rockers. Kita tak pernah tahu mengenai perkara-perkara ini, bila kita tengok Melodi kat tv3, semua indah-indah, kalau ada benda sedih pun artis bercerai. Tak pernah pulak cerita artis tak makan, artis takde job, artis kena naya dengan promoter.

Realiti yang dipertontonkan dalam filem ini begitu mencakupi segalanya yang berlaku ketika itu, Ada yang balik kampung, ada yang jadi hilang arah, masuk jel sebab jenayah itu ini, ada yang sampai menganut ajaran sesat sebab kononnya nak cari tuhan tapi tersilap baca kitab.

Tapi akhirnya masing-masing menjumpai 'ketenangan' dengan cara mereka sendiri.

Pelakon & Lakonan

Secara amnya lineup tak banyak berubah, cuma ada tambah tolak seorang dua disini sana. Menurut sumber dalam, Zack (Hasnol Rahmat) adalah watak yang penting dalam penutup trilogi ni, namun atas sebab 'contract disagreement' Zack hanya wujud dalam perbualan dan flashback dan watak Zack tua digantikan oleh pelakon lain. Watak kedua penting pun tak ada dalam filem. Amy Mat Piah tak ada, atas sebab2 yang hampir sama. Yang ada cuma rakaman-rakaman dulu yang tak digunapakai dalam Rock Bro. hampa kan? Sayang seribu kali sayang....

Lakonan tetap mantap, masing-masing nampak serasi dan ada chemistry. Che Man memang hebat, steady jer identiti yang beliau bawak sepanjang trilogi ni. Sofi Jikan pula membuktikan beliau memang pelakon yang boleh jadi apa sahaja, perubahan watak Zul Kapan adalah paling kontrast sekali dalam filem ni. Lain-lain yang boleh dipuji adalah Amy Juliet yang membawakan watak Ratu Rock Ella. Entah lah. seolah-olah dia dilahirkan untuk watak ni, tak ada bezanya Ella dan Amy ni kalau sekali pandang. Rupa sama, suara sama, menggeletik dia pun sama. Syabas Mamat Khalid atas casting yang hebat ni.

sama kan?

Secara keseluruhannya ianya penamat yang bagus, satu closure yang memuaskan hati. Walaupun ianya tak sesempurna yang kita dan Abg Mamat Khalid sendiri harapkan, namun inilah yang terbaik semampu baik. Semua persoalan dikupas, apa jadi dengan rimba bara, apa jadi di malam Jijo kemalangan dan meninggal, semuanya dijawab.

Tahniah. Kalau ini filem terakhir Mamat Khalid. Aku redha.

Friday, September 23, 2016

Kelas After Effects & Pengajaran Yang Memedihkan

Minggu lepas, dari isnin sampai jumaat, sempena boss besar ofis tempat aku bekerja cuti, maka semua staff dalam unit aku diwajibkan pergi ke kursus "social media" di tingkat 14 bangunan PTTC, Meru Ipoh. Tak kira la hang pakar it ke akauntan ke jurugambar ke, semua kena angkut pegi kursus.

Jadi kesian juga lah pada mereka yang takde basic it, agak terkial-kial sebab kursus social media ni selain ajar cara advertise produk dalam fb, turut mengajar cara-cara mengedit sendiri web page(wordpress), grafik(photoshop) dan video(premier & after effects)

Bagi aku semua ni masih dalam kategori basic, bukan nak berlagak terer tapi kita tahu dimana had pengetahuan kita sendiri. Cuma yang aku fokuskan adalah After Effects, sebab dah lama aku nak belajar software ni tapi macam malas betul nak self study kat Youtube. Bukan tak boleh nak belajar sendiri tapi bila dah malas, ahh.. apa pun tak jadi.

Dua hari belajar after effects aku dapati after effects secara basicnya tak lah susah mana, tak lah sesusah yang aku gambarkan. Tapi ini baru menyentuh bab basic dan di hari akhir kursus juga hanya sampai di bab basic. Jadi di hari akhir tu aku tanya la pengajar tu.

"Kalau i nak belajar yang advance lagi, i nak buat particle effects, u ada buat kelas tak?"

Dengan konfidennya beliau jawab

"Boleh, i memang buat kelas, tapi u nak buat particle effects lagi bagus kalau u pandai physic, kalau u pandai physic calculation and movements u senang la"

Tiba-tiba aku nampak makmal sains sekolah aku, dalam tu ada seorang budak lelaki, berkulit gelap bertubuh gempal sedang bermain dengan kepala paip yang duduknya di bahagian tengah setiap meja di makmal itu. Sambil airnya menitik ke singki, budak itu duduk termenung, mengabaikan guru yang sedang bercakap bahasa alien di depan. Dia  bermonolog..

"Nak buat apalah aku belajar Fizik natang ni, apa ke pekdahnya. Aku besor nanti nak keja multimedia je, nak buat games ke software ke. Fizik ni nak buat apa? bukan aku nak kerja Proton ke buat bangunan ke."

Kemudian satu lagi babak bermain di otak, lokasinya tetap di sekolah yang sama cuma kali ini babak ini dilakonkan di depan bilik guru. Seorang budak lelaki berkulit gelap bertubuh gempal sedang membuka slip SPM nya. Wajah dia kelihatan separuh lega, dengan usaha yang hanya 0.35% study dan 99.25% main PS, dia masih mampu mencapai keputusan seperti ini.

SPM

Bahasa Melayu A1
Bahasa Inggeris A1
...
....
....
...
Fizik D7




Ya tuhan fizik aku D7 It hits me hard.





Tuesday, August 23, 2016

Pecah dan Pindah

Semenjak hidup bersistem ni, aku merasakan betapa serabut dan tiada identitinya blog ni. Posting lama-lama banyak jiwang, sejarah, puisi, cinta tapi posting baru-baru agak mainstream acah-acah blog hiburan (cehhh...)

Jadi sebelum kecelaruan idientiti yang lebih teruk lagi, aku mengambil keputusan yang drastik untuk memindah semua penulisan berunsur PUISI ke blog yang baru.

Maka dari saat ini semua puisi akan berpindah ke : http://puisipendekringkas.blogspot.my/

Dalam blog ni, ada suatu puisi yang aku tulis untuk isteri. selama berkenalan, bercinta dan perkahwinan, aku tidak pernah menulis apa-apa untuknya. pelik kan? itulah kehidupan, yang kita agung-agungkan dalam dalam penulisan belum tentu ada pengakhiran di alam madyan.

p/s: aku takkan beritahu dia akan kewujudan blog baru atau puisi ni, kalau dia jumpa, dia jumpa lah...


pindah...

Tuesday, June 21, 2016

Akhirnya...

I'm getting married
Aku dah nak kahwin weyh.



Wednesday, May 4, 2016

Reviu FIlem: AADC2 Ada Apa Dengan Cinta 2

Haih.... 4/10
Overhyped

Cantik Di Mata Tapi Tidak Di Minda & Jiwa

Filem ini gagal menjadi sequel yang layak memegang nama 'AADC'. Ada Apa Dengan Cinta adalah satu nama yang gah, nama yang mengukuhkan nama industri perfileman Indonesia di hati rakyat Malaysia. Selepas AADC1 lambakan filem cinta indonesia membanjiri Malaysia, 'Heart', 'Ayat-Ayat Cinta', 'Eifil I'm In Love', 'Love is Cinta' dan bermacam-macam lagi.

Sebelum Ada Apa Dengan Cinta, rakyat Malaysia hanya membelek arkib filem Indonesia untuk mencari Sundel Bolong, Ngabdi Setan, Bisikan Arwah, Dendam Jumat Kliwon dan ratusan lagi filem hantu gendurowo dari Indonesia.

Ada Apa Dengan 'Ada Apa Dengan Cinta'?
Entahlah, aku hanya mampu recall sedikit disini sana melalui ingatan masa kecilku, tak ingat pun secara kesluruhan plot filem ini. Namun memori filem ini tidak pernah luput, dan memori impak filem ini juga tidak pernah luput. Aku masih ingat lagi ketika di sekolah menengah, tengah buat slideshow power point untuk subjek bahasa melayu. Buntu nak buat background warna apa lalu aku gunakan jalur biru merah kuning hijau  menegak. Sebaik sahaja slide ni ditayangkan dan para pelajar mengimbas jalur merah kuning hijau ni ke mata mereka, "Ada Apa Dengan Cinta!" "Wow Cantik!" . Cukup dengan warna tema poster AADC sahaja, telah menggamit minda pelajar2 ni kepada indahnya AADC itu.

AADC itu sebuah karya cinta agung dan AADC2 merosakkan cinta agung itu. AADC cinta yang suci yang mengorban diri. AADC2 cinta yang menyakiti orang sekelilingi, mereka menafikan, mengabaikan keagungan cinta mereka sendiri dalam AADC. Hanya dengan satu malam, yang mereka lalui bersama, segala-galanya mereka lepaskan. Cinta, tanggungjawab, moral, etika semuanya tidak bermakna lagi jika kamu ada cinta. Inilah moral yang dipertontonkan AADC2

Pedulikan jika kamu tunangan orang, jika kekasih lamamu kembali, yang meyakiti kamu separuh mati, kembali. Persetankan segalanya dan kembali pada dia. Itulah rumusan AADC2

Pedulikan tempoh masa yang lama, atau jarak yang separuh dunia, cinta harus mempercaya, cinta harus terus ada. Cinta tak terbatas dek ruang atau waktu. Itulah rumusan AADC

Jadi fikirkan sendiri mengapa AADC2 itu begitu jelek, seolah-seolah cinta mereka itu tidak mahu kita menyokongnya lagi. Seolah cinta mereka yang pernah suci dan agung itu sudah mereka kotori sendiri. Kedua-duanya bodoh dan kejam, rangga menyakiti cinta tanpa sebab yang kukuh, cinta menyakiti tunangnya sesaat rangga kembali di depan matanya.

Namun dua perbuatan kejam ini dibalas dengan kebahagiaan dan happy ending untuk mereka berdua, Tahniah.

ADA APA? ADA KEHAMPAAN.

Wednesday, March 16, 2016

Reviu Filem: BoBoiBoy

Terbaik!

ok itu je, reviu abis. hahaha.

Tapi memang, filem ni memenuhi pengharapan aku, dan lebih lagi. Apa yang aku harapkan, kualiti animasi yang bagus, baik dari segi modelling mahupun animation, plot yang bagus, dan character progression. Ini semua ada, tambah lagi satu karakter yang aku tak atau terlupa expect iaitu.. filem ni kelakar nak mati.

Sebenarnya aku tak kisah kalau filem Boboiboy ni tak lawak dan cuba buat kelainan dari siri-siri mingguannya. Kalau filem ni jadi gritty pun aku tak kisah, tapi Boboiboy kekal dengan identiti 'lawak rakyat' dia. Tahniah. Lawak rakyat ni susah nak cari, ada dalam filem-filem p.ramlee dan filem-filem terdahulu Mamat Khalid sahaja. Lawak rakyat ni macam tengok Maharaja Lawak tapi tengok part Sepahtu dengan arwah Yus jer. Orang sebelah aku yang tak minat kartun pun ketawa berdekah-dekah dan literally cakap "Maharaja Lawak pun tak kelakar la macamnih". Lepastu dalam kereta duk ulang-ulang punchline Biar Kebenaran, Biar Kebenaran, Biar Kebenaran. brrr...

best punchlines ever.

Aku rasa kali ini karakter Cikgu Papa outdone himself, superb. Kalau dalam siri tv kadang-kadang punchline dia okay kadang-kadang so-so, tapi dalam filem ni dialog dan perwatakan dia memang A+. Jadilah BoboiMan.....! lepastu berlalu pergi sambil jalan berjingkit2. Then scene Cikgu Papa dengan Gopal waktu kena kejar dengan Sotong Kurita tu memang trololol maksima.

Watak ni mengingatkan kepada Encik Satan dalam DragonballZ, watak Donkey dalam Shrek, tapi better, sebab Satan/Donkey kadang-kadang annoying as hell tapi Cikgu Papa is geniunely loveable. Dan budak-budak dekat penggung actually excited each time watak ni keluar. Tahniah kerana menghasilkan watak comic relief yang sangat berkualiti. Dan scene personal favourite aku adalah bila dia tersalam Jerung Kebenaran and cakap 'hai, apa khabar, raya datangla rumah' like.. what the hell. hahahaha.

Dari segi plot, more or less very scifi dan boleh relate kepada gabungan plot-plot filem Transformers maybe. Boboiboy dan ochobot, sam wicwicky dan bumbleblee, resemblence is uncanny. All the sphere of power, ancient robot, space hunter, galaxy conquerer stuff. Yeah.. nothing new tapi masih boleh menghiburkan.

upgrade is very cool

Kalau nak cerita pasal KELEMAHAN, then kena tengok pada dekat-dekat ending. Cara bagaimana ochobot dibunuh tapi tak dimusnahkan dah macam foreshadow sangat yang ochobot ni satgi hidup balik by some means. U guys should straight up destroy him to pieces.. dan lepastu pandai-pandai la revive balik ochobot ni, jadikan scene mati dia lebih syahdu, make people believe memang dia mati. Macam scene kurin mati dan goku jadi super saiya, begitulah juga scene ochobot mati dan boboiboy pecah 5. it should be dramatic as hell. 

Lepastu lagi satu kerugian adalah scene boboiboy pecah 7. Dia macam ehh, mana datang, apa explanation. Dan scene tu cepat sangat, orang sebelah tak perasan pun, dia macam tetibe ehh.. ni hijau mana datang? ni ada matahari pulak, tadi pecah berapa? Should have a strong build up untuk pecah 7 tu, rugi.

Lastly nak komen pasal the nods and references. Boleh perasan penggunaan bahasa perak disana sini. Dan u guys tak boleh lari dari Dota references, those golems, that Slark Set Jerung Kebenaran. Kuasa antagonis utama, Black Hole yang mengingatkan kepada Blackbeard One Piece dan lepastu Black Hole tu boleh baling plak dah macam Rasen Shuriken Naruto, such OP character actually. Then Venasaur Solar Beam at the end is very cool.

Kesimpulannya aku bagi 9/10. Malangnya tengok filem ni masih rasa macam tengok a long episode of boboiboy series. Dia perlu distinguish itself dari siri tv somehow. Sepertimana Naruto The Last lagi dari tema shounen mingguannye kepada tema Cinta. atau Doraemon Stand By Me yang completely change the style of animation untuk filem. something like that.

9/10 nak tengok lagi sekali.