Anda langgan Streamyx 4Mbps tapi masih lembab?
Nak download movie 1 Gigabyte dengan kelajuan internet 4 Megabyte per saat sepatutnya taklah lama sangat kan. Kalau dibuat perkiraan:-
1 Gigabyte = 1024 Megabyte
1024 Megabyte / 4 = 256 sec
256 sec / 60sec = 4.2666 minit
4 minit wow lajunya! tapi realitinya tidak. secara puratanya file seberat 1GB didownload guna streamyx 4Mbps akan mengambil masa lebih 30 minit pada kelajuan maksima. Mengapa boleh jadi begini?
Disinilah berlaku trickery dalam pakej internet yang ditawarkan pada kita. Tengok pada pakej diatas yang diambil dari laman web Streamyx. Ditulis kat situ, speed 4Mbps pada harga RM 148.40. Maka secara automatiknya kita akan berfikiran bahawa kelajuan pakej ini adalah 4 Megabyte per saat. Sedangkan TM tak pernah tulis 4Megabyte per second tapi 4Mbps.
b disitu bermaksud BIT bukan BYTE
simbol BYTE adalah B bukannya b
Jadi berapa nilai bit? Apakah itu bit? berapa nilai pertukaran bit kepada byte? Apa hubungkait antara dua unit perkiraan ini?
Binary dan Hexadecimel
Komputer pada asasnya hanya memahami dua aksara, 0 dan 1. jadi bahasa komputer pada asasnya hanyalah seperti ini.
begitulah rupa paras data pada raw state, yang aku penah belajar macamana nak baca tapi dah ingat-ingat lupa. setiap satu 0 dan 1 adalah 1 Bit. Dan setiap 8 Bit membentuk 1Byte. Dan adalah perkiraan-perkiraan Hexadecimal disini yang menyebabkan Hardisk atau memorycard kita keluar pada kiraan sifir 8 iaitu = 8gb 16gb 32, 64, 128, dan seterusnya. Tapi itu cerita lain, Ayuh berbalik kepada cerita Bit dan Byte (-_-)
8bit = 1Byte
Jika Internet anda 1Mbps maka
Internet anda = 1 Megabit persaat
bukan 1 MegaByte per saatJadi jika anda mahu mendapat tahu kelajuan internet anda pada nisbah sebenar yang anda mahu tahu iaitu Byte maka conversion harus dilakukan. Conversion maknanya kira penukaran, Kira maknanya kena pakai kalkulator dan ada formula penukaran. Itu semua susah, google je website yang boleh auto convert.
www.unitconversion.org
Yeah, kuasa mendownload pakej 1Mbps anda sebenarnya hanyalah 0.125 Mega Byte per saat
dan kuasa mendownload pakej 4Mbps anda pula hanyalah 0.512 Mega Byte per saat
Kalau tak percaya boleh buat ujikaji sendiri. Download apa-apa file dari internet dan tengok kelajuan download itu sendiri
bittorent download
Pakej yang digunakan 4Mbps
= 4 Megabit per saat
= 0.512 Megabyte per saat
= 512 Kilobyte per saat ataupun 512KBps seperti yang ditunjukkan pada file yang sedang didownload tu. Purata kelajuan download movie tersebut adalah antara 300 - 490kBps dan takkan lebih 512kBps
Dan perhatikan jugak pada gambarajah bit torrent tu, dia tulis kB/s bukan kb/s sebab bittorrent merujuk pada Byte bukannya bit.
Jadi terimalah kenyataan yang pahit bahawa internet 4Mbps yang anda banggakan sangat tu sebenarnya hanyalah 512kBps jer.
Tamat lah kelas komputer binary 101
kalau 30Mbps tu mcm mne eh..30/8 ke
ReplyDeleteya
Deletetqvm bro paham sgt dah
ReplyDeleteterbaik jelas sangat
ReplyDeleteErkk still blur2
ReplyDeleteKlau 3mbps lgi slow laa?
ReplyDeleteBergantung pada penggunaan encik unknown
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMaaf,saya kurang faham, maknanya jika kelajuan internet tu 3mpbs, maknanya slowlah ya?
ReplyDeleteX slow . Bergantung pada penggunaan anda.
DeletePemgunaan mcm mne tu?
DeleteTerima kasih atas usaha memberi infonya..
ReplyDeleteSo mksudnya semakin besar nilai mbps nya contoh 15mbps brbanding 4mbps smakin laju la tu tuan?
ReplyDeleteAdakah 5mpbh slow? kalau nak tengok netflix?
ReplyDeleteaku xfaham.. cuma aku nk tau plan apa yg trlaju yg ada di negara kita ini? (play youtube laju je) & brp bayaran bulananya? haha🤣✌🏻
ReplyDeleteKlau kite xpham dgn ilmu nie.. Mmg mudah kne tipu dgn dunia wi ni
ReplyDeletekalau celcom 3mbps laju ka? try msuk utube td x jln
ReplyDelete3mbps tak laju sngt. Kalau download movie 1gb lebih krg 45 minit. Cara kira:
Delete1gb = 1024MB
3mbps÷8 = 0.375
1024 ÷ 0.375 = 2730.6
2730.6 ÷ 60 saat = 45 minit
knp kne bhg 8?
DeleteSebab 1 byte is 8bit
Deleteconvert 1GB tu terus kepada Mb senang. 1024 x 8 = 8192Mb
DeleteSenang nak faham bila dah sama unit Mb dan Mbps (speed internet)
8192Mb saiz movie
3Mbps speed internet
8192 Mb / 3 Mbps = 2730.67 s
2730.67 s tempoh masa utk download movie saiz 8192Mb (1GB)
Nak convert kepada minit,
2730.67 bahagi dengan 60, sebab 60saat bersamaan 1minit
2730.67s / 60s = 45.52 minit
45.52minit tu la tempoh masa untuk download movie 1GB tu dengan kelajuan internet 3Mbps tu.
45 minit tu boleh layan separuh masa pertama game bolasepak dulu. Haha.
kalu 3mbps
ReplyDeleteKalau 3mbps tu macam man yea?
ReplyDeleteSaya guna 300 mbps jadi bhgi 8..jadi dapt lah bits sebenar
ReplyDelete6 mbps lalu x
ReplyDeleteAntara mbps ngn gb mana 1 lagi besar.. Xpaham lah???
ReplyDeletedalam pakej internet,
DeleteGB = jumlah penggunaan data internet
MBPS = kelajuan internet
Macam mau internet laju tapi linear saya macam siput 😥
ReplyDeleteapa beza 1mbps dengan 100mbps?
ReplyDelete3Gb 3Mps mana kuat line
ReplyDeleteDalam istilah pengiklanan telco
DeleteGB selalunya merujuk kepada quota atau had internet yg kita boleh guna, ia tidak merujuk kepada kelajuan.
3GB = lepas kita guna 3g internet, penggunaan internet kita kira habislah.
MBps merujuk kepada kelajuan internet.
3Mbps bermakna kelajuan internet kita adalah 3Mb per saat.
So dalam zaman 2021 internet 3gb 3mbps boleh dikatakan SLOW
**3GB bukan 3G
DeleteRm12 2gb untuk 30 hari.
ReplyDeleteRm12 3Mbps untuk 7 hari data dan panggilan tanpa had.
Mana yg patut saya pilih???
Ehhh maaf2... 2gb untuk 7 hari.
ReplyDelete3Mbps untuk 30 hari.