Sunday, November 25, 2012

Entah siapa yang ditulis...

untukku di Luh Mahfuz...

kalau boleh aku intai sebentar ruang untukku di kitab itu. mungkin aku tak payah nak risau pasal benda ni. sebenarnye mmg aku tak risau pun. umur 25 masih boleh dikatakan masih muda. "masih banyak masa". tapi melihat seorang demi seorang kawan-kawan berkahwin, aku jadi gelabah ayam.

dulu mmg aku rilek2 jer. ape nak risau pasal kawin, bukan ade jodoh lagi pun, dan yang lagi penting, bukan ade DUIT lagi pun. tapi dah masuk musim cuti sekolah ni, byk undangan kawin yg aku dapat, kalau dulu mungkin dari abg/kakak saudara, sepupu sepapat, tapi sekarang ni semua undangan dari rakan sebaya. oh god why.

yang lebih memilukan, aku ni jurugambar. ambik gambar kawin kawan-kawan je tiap2 bulan. gambar kawin sendiri entah bila nak shoot. ade antara member/klient tu dah peknent dan beranak pinak... oh sungguh cepat mase berlalu. bertambah neves

kalau usia hidup aku ni boleh dirangkumkan kepada 90 minit masa permainan bolasepak, aku sekarang berada di minit ke 39. jaringan masih tiada, ade seminit je lagi sebelum masa minit-minit merisaukan. masuk minit ke 40 player selalunya dah gelabah. coach dah arahkan mesti score sebelum half time. entah sempat ke tidak ni.

sekarang ni coach aku pun iaitu bapak aku dah turunkan order, carilah jodoh dengan segera, kalau boleh betunang dalam setahun dua ni. aku jem masa bapak aku cakap camtu. sungguh direct kata-kata itu, unexpected. aku baru nak ngelat dengan alasan DUIT, bapak aku dah sailang aku punya ayat, pasal duit ko jangan risau, abah tolong. kenapa setahun dua? kenapa bukan 4,5 tahun? aku betul-betul JEM,


sekadar gambar hiasan