Wednesday, December 14, 2011

paranoia 19

nombor peberet aku mmg 19...

pasal aku dapat no19 time mula berjinak-jinak nak main bolasepak kat zaman kolej. zaman tu plak messi baru nak up dan still pakai jersi no.19. tiap-tiap petang aku akan perasan aku messi di tengah padang, 
walaupun aku main bek tengah   -__-  . 

aku tak percaya tahyul2, bacaan horoskop, maupun ramalan nasib melalui bulan kelahiran yang dianjurkan doktor fadzillah kamsah. tapi aku x dapat nafikan luck aku selalu ada bila ada kena mengena dengan 19.

masa aku test lesen L, aku fail, tpi bila repeat aku dapat kompiter no 19, pastu lulus. masa amik lesen P pun aku dapat giliran ke 19. so aku trus lulus je haritu, padahal bawak kete sampai sekarang bangang. main bola dapat jersi 19, main bangang, sepak bola ikut arah telur, stamina -99, tapi terpilih ikut rombongan bola pegi lawan antara kolej kat terengganu. ini semua konspirasi 19.

tapi aku baru je perasan

kat tempat keje baru aku nih, aku dpat punch card no19, office aku pun alamat dia no19, pastu tdi aku check kat odometer keter, jarak dari umah ke office ngam2 19 kilometer. pastu 19hb nih bos ajak ikut dia present projek dengan PM Najib. SEMUA 19....!


apa cerita nih?






Friday, December 2, 2011

Sang Se Juk -Bahagian 1-


Belum pun menjelang subuh, belum pun mentari menunjuk diri, satu susuk tubuh membelah kabus pagi. Kainnya dibasahi embun dan bibirnya terketap2 kesejukan. "oh dinginnya pagi ini" kata Mak Bidan didalam hati, merungut pada dirinya sendiri. Jika di lain hari mungkin mak bidan sedikit pantas menunggang basikal tua yang diberi ketua kampung, namun diperiksanya pagi tadi, sudah hilang basikal itu dengan raga-raganya sekali. Atas dasar tanggungjawab dan perikemanusiaan mak bidan menggagahkan diri didalam usia dinihari. Asalnya anak si Embok meneman Mak Bidan. Kesian budak kecil itu, entah bagaimana dia boleh sampai ke rumah Mak Bidan seorang diri. Ditemannya Mak Bidan separuh jalan, sambil memegang lampu suluh dan bakul perkakasan. Mak Bidan naik kasihan, disuruhnya anak si Embok pergi dulu menemankan ibunya yang kesakitan dan keseorangan dirumah. Berlari-lari anaklah anak kecil itu hilang dari pandangan mak bidan yang sudah sediakala rabun-rabun ayam.

***

You've Got Mail, Budaya Membaca dan Hikayat Seri Rama

tadi hari pertama bekerja, aku buat kerja terlalu 'form', pkul 3.30 semua kerja dah settle, tapi pekerja baru tak boley lepak2 sangat, so aku buat2 sibuk sambil belek laptop baru yg diberi pinjam syarikat. belek2 tup2 terjumpa 720p HD "You've Got Mail.mp4". layan laa, silent tpi ada subtitle.. ngeh3

nampak macam tak best..


Tom Hank! mamat ni kalau berlakon mmg best, xpenah mengeciwakan. (kecuali the polar express). cerita ni zaman email baru nak up, org putih pun tgah jakun lagi nak berbalas2 email guna AOL. cerita ni mengisahkan sepasang manusia yg selalu bertemu dan "bermusuh" atas dasar rival kedai Buku, tapi tanpa disedari mereka saling berbalas emel lepas terjumpa dalam chatroom. (miRc gamaknya.)

aku sempat tgok citer ni dalam 45 menet je sebab xfeel xde suara dan gelabah takot kantoi walaupun aku duduk kat sudut office. quote terakhir sebelum aku tutp laptop adalah "a book that u read during your childhood will create what u are going to be afterwards" lebey kurang camtulah

dalam perjalanan balik kerja, aku pikir2 apa last buku aku baca time muda2 dan bukunya adalah Hikayat Seri Rama. mula2 aku tau pasal buku ni sebab aku baca Komsas utk SPM, adalah ringkasan cerita ni yang wajib kita hapal utk jawab exam. sumpah aku tak paham.. penuh dengan prosa klasik, Arakian, Sementelaah, dan bagai2 ayat pelik lagi. tapi entah bagaimana lepas SPM aku boleh pegi librabry dan pinjam Versi Penuh Buku ni. aku baca paham tak paham tapi aku saspek ni macam cerita kitab Hindu jer. dengan ajaibnya buku tu habis dibaca dan dengan ajaibnya aku tak pernah pinjam apa2 lagi buku dari pepustakaan sejak itu.

sekarang baru aku tau apasal aku tak pandai seni tapi minat berseni, sebab masa kecik2 aku tak pernah paham apa yang aku minat pada buku tu.

Semoga tuhan mempertemukan aku semula dengan Hikayat Seri Rama. aku betul2 nak baca buku tu

ini bukan versi yang aku cari..



Thursday, December 1, 2011

Kamera, Kerja dan Kewangan

Aku takde DUIT!
serius cakap.
lantak la korang cakap aku anak tokey santan ke anak lot ke anak manja ke, aku tetap berstatus sengkek sekarang. bukan umurnya aku nak mintak duit rm10 kat mak aku utk gi cc main DoTA. dah la main DoTA pun jadi feeder..

3,4 bulan lepas aku jadi anak yg soleh, sanggup sacrifice hari raya untuk hantar diorang Holiday kat KL. family aku ni dah tak berkampung, tok nenek semua dah xde, so kalau raya tu pandai2 celebrete la. penah 1 raya tu aku bangun tido kul 11 pagi sebab parent pegi beraya tak ajak aku. family aku mmg rilek sgt pasal perpaduan keluarga ni, kdg2 rilek yg tak munasabah.

berbalik kepada trip holiday ke KL. 1st time aku merasa kereta ALZA, selesa dan bergaya. ternyata mak apak aku org KL sejati. aku telah disekolahkan ttg selok belok jalan KL. tiba2 bapak aku ngajak pegi Low Yatt, eh org tua ni nak beli Grafik Card ke? nak beli pendrive nak cucuk lagu kat ALZA katanya.. ohh ok2.

sesampainya disitu, apak keluar dialog:
"banyaknya kedai kamera, dah jadi trend dah kamera2 ni".



lalu anaknya membalas dialog
"azzan tgh kumpui duit beli kamera, nak buat bisnes".
tiba2, tiba2 dan tiba2..
"oh betul ke? ok gak tu, ko pun dah berapa tahun tak kerja, abah nak tolong tpi duit dah habis bersukaria kat KL nih, tgok lah 2,3 bulan nanti"

Dalam seribu pengharapan yang diberikan, sempat dilempar secebis kata pemedih hati.. ciss...

akhirnya, minggu lepas, bapa memang jarang menghampakan anaknya dan lensa menjadi buktinya. ketika aku membayangkan masa depan yg penuh dengan menghabiskan masa menggantung lensa di dada, lain pula kisahnya. AKU DAPAT TAWARAN KERJA. dengan gaji yg ok jugak dan berkuat kuasa 1.12.11 iaitu hari ini. apa nak jadi dengna kamera ni? aku tak pasti.. mungkin hanya menjadi perkakasan hobi, tpi.. hati aku tetap pada seni. Seni..

apa nama bunga ni...