Friday, August 14, 2015

Fahami Perbezaan MBps dan Mbps Dan Perkaitannya Dengan Pakej Internet Anda

This is Computer Binary Language 101 explained by a multimedia student who scores 2.5 cgpa in his diploma study, and scores C in SPM Math (-_-)



Anda langgan Streamyx 4Mbps tapi masih lembab?
Nak download movie 1 Gigabyte dengan kelajuan internet 4 Megabyte per saat sepatutnya taklah lama sangat kan. Kalau dibuat perkiraan:-




1 Gigabyte = 1024 Megabyte

1024 Megabyte / 4 = 256 sec

256 sec / 60sec = 4.2666 minit





4 minit wow lajunya! tapi realitinya tidak. secara puratanya file seberat 1GB didownload guna streamyx 4Mbps akan mengambil masa lebih 30 minit pada kelajuan maksima. Mengapa boleh jadi begini?



Disinilah berlaku trickery dalam pakej internet yang ditawarkan pada kita. Tengok pada pakej diatas yang diambil dari laman web Streamyx. Ditulis kat situ, speed 4Mbps pada harga RM 148.40. Maka secara automatiknya kita akan berfikiran bahawa kelajuan pakej ini adalah 4 Megabyte per saat. Sedangkan TM tak pernah tulis 4Megabyte per second tapi 4Mbps. 

b disitu bermaksud BIT bukan BYTE
simbol BYTE adalah B bukannya b

Jadi berapa nilai bit? Apakah itu bit? berapa nilai pertukaran bit kepada byte? Apa hubungkait antara dua unit perkiraan ini?

Binary dan Hexadecimel

Komputer pada asasnya hanya memahami dua aksara, 0 dan 1. jadi bahasa komputer pada asasnya hanyalah seperti ini.


begitulah rupa paras data pada raw state, yang aku penah belajar macamana nak baca tapi dah ingat-ingat lupa. setiap satu 0 dan 1 adalah 1 Bit. Dan setiap 8 Bit membentuk 1Byte. Dan adalah perkiraan-perkiraan Hexadecimal disini yang menyebabkan Hardisk atau memorycard kita keluar pada kiraan sifir 8 iaitu = 8gb 16gb 32, 64, 128, dan seterusnya. Tapi itu cerita lain, Ayuh berbalik kepada cerita Bit dan Byte (-_-)

8bit = 1Byte

Jika Internet anda 1Mbps maka
Internet anda = 1 Megabit persaat
bukan 1 MegaByte per saat

Jadi jika anda mahu mendapat tahu kelajuan internet anda pada nisbah sebenar yang anda mahu tahu iaitu Byte maka conversion harus dilakukan. Conversion maknanya kira penukaran, Kira maknanya kena pakai kalkulator dan ada formula penukaran. Itu semua susah, google je website yang boleh auto convert.

www.unitconversion.org




Yeah, kuasa mendownload pakej 1Mbps anda sebenarnya hanyalah 0.125 Mega Byte per saat
dan kuasa mendownload pakej 4Mbps anda pula hanyalah 0.512 Mega Byte per saat

Kalau tak percaya boleh buat ujikaji sendiri. Download apa-apa file dari internet dan tengok kelajuan download itu sendiri

bittorent download

Pakej yang digunakan 4Mbps
= 4 Megabit per saat
= 0.512 Megabyte per saat
= 512 Kilobyte per saat ataupun 512KBps seperti yang ditunjukkan pada file yang sedang didownload tu. Purata kelajuan download movie tersebut adalah antara 300 - 490kBps dan takkan lebih 512kBps


Dan perhatikan jugak pada gambarajah bit torrent tu, dia tulis kB/s bukan kb/s sebab bittorrent merujuk pada Byte bukannya bit.


Jadi terimalah kenyataan yang pahit bahawa internet 4Mbps yang anda banggakan sangat tu sebenarnya hanyalah 512kBps jer.


Tamat lah kelas komputer binary 101