Review Buku

Tora Datang Lagi

Genre    : Pengetahuan Am
Penulis   : Amirul Bozu
Penerbit : Dubook Press

Mengimbau kenangan para belia yang lahir di hujung lapan puluhan dan membesar di sekitar sembilan puluhan. Kehebatan penulis memanggil segala memori lampau amat dikagumi, daripada budaya main tutup oren, cara buat senapang buluh, undang-undang baling sellipar, hinggalah kepada perkara ringkas dan trivial seperti menyanyi depan kipas angin. Gambarajah juga sangat membantu dalam meruntun hati untuk menjadi nostalgik. Lepas habis baca komfom teringat muka sekor-sekor kawan zaman sekolah dulu.

Baca review penuh >>



Kingdom

Genre    : Manga, Sejarah, Shounen
Penulis   : Yasuhisa Hara
Penerbit : Shueisha

Kingdom adalah sebuah manga, iaitu komik dari Jepun walaupun kisahnya berkisar mengenai kesatuan dan kemunculan dinasti pertama di China. Berbeza dengan manga lain yang lebih popular dengan kuasa-kuasa mega, jutsu, chakra seperti Dragon Ball, One Piece, Naruto, atau Bleach, Kingdom lebih berpijak di bumi nyata. Sebuah kisah yang berpaksikan sejarah, watak-watak dalam Kingdom adalah manusia biasa. Dan sebagai manusia biasa, peperangan adalah mengerikan,

Baca review penuh >>

No comments:

Post a Comment