Friday, September 23, 2016

Kelas After Effects & Pengajaran Yang Memedihkan

Minggu lepas, dari isnin sampai jumaat, sempena boss besar ofis tempat aku bekerja cuti, maka semua staff dalam unit aku diwajibkan pergi ke kursus "social media" di tingkat 14 bangunan PTTC, Meru Ipoh. Tak kira la hang pakar it ke akauntan ke jurugambar ke, semua kena angkut pegi kursus.

Jadi kesian juga lah pada mereka yang takde basic it, agak terkial-kial sebab kursus social media ni selain ajar cara advertise produk dalam fb, turut mengajar cara-cara mengedit sendiri web page(wordpress), grafik(photoshop) dan video(premier & after effects)

Bagi aku semua ni masih dalam kategori basic, bukan nak berlagak terer tapi kita tahu dimana had pengetahuan kita sendiri. Cuma yang aku fokuskan adalah After Effects, sebab dah lama aku nak belajar software ni tapi macam malas betul nak self study kat Youtube. Bukan tak boleh nak belajar sendiri tapi bila dah malas, ahh.. apa pun tak jadi.

Dua hari belajar after effects aku dapati after effects secara basicnya tak lah susah mana, tak lah sesusah yang aku gambarkan. Tapi ini baru menyentuh bab basic dan di hari akhir kursus juga hanya sampai di bab basic. Jadi di hari akhir tu aku tanya la pengajar tu.

"Kalau i nak belajar yang advance lagi, i nak buat particle effects, u ada buat kelas tak?"

Dengan konfidennya beliau jawab

"Boleh, i memang buat kelas, tapi u nak buat particle effects lagi bagus kalau u pandai physic, kalau u pandai physic calculation and movements u senang la"

Tiba-tiba aku nampak makmal sains sekolah aku, dalam tu ada seorang budak lelaki, berkulit gelap bertubuh gempal sedang bermain dengan kepala paip yang duduknya di bahagian tengah setiap meja di makmal itu. Sambil airnya menitik ke singki, budak itu duduk termenung, mengabaikan guru yang sedang bercakap bahasa alien di depan. Dia  bermonolog..

"Nak buat apalah aku belajar Fizik natang ni, apa ke pekdahnya. Aku besor nanti nak keja multimedia je, nak buat games ke software ke. Fizik ni nak buat apa? bukan aku nak kerja Proton ke buat bangunan ke."

Kemudian satu lagi babak bermain di otak, lokasinya tetap di sekolah yang sama cuma kali ini babak ini dilakonkan di depan bilik guru. Seorang budak lelaki berkulit gelap bertubuh gempal sedang membuka slip SPM nya. Wajah dia kelihatan separuh lega, dengan usaha yang hanya 0.35% study dan 99.25% main PS, dia masih mampu mencapai keputusan seperti ini.

SPM

Bahasa Melayu A1
Bahasa Inggeris A1
...
....
....
...
Fizik D7




Ya tuhan fizik aku D7 It hits me hard.