Sunday, November 25, 2012

Entah siapa yang ditulis...

untukku di Luh Mahfuz...

kalau boleh aku intai sebentar ruang untukku di kitab itu. mungkin aku tak payah nak risau pasal benda ni. sebenarnye mmg aku tak risau pun. umur 25 masih boleh dikatakan masih muda. "masih banyak masa". tapi melihat seorang demi seorang kawan-kawan berkahwin, aku jadi gelabah ayam.

dulu mmg aku rilek2 jer. ape nak risau pasal kawin, bukan ade jodoh lagi pun, dan yang lagi penting, bukan ade DUIT lagi pun. tapi dah masuk musim cuti sekolah ni, byk undangan kawin yg aku dapat, kalau dulu mungkin dari abg/kakak saudara, sepupu sepapat, tapi sekarang ni semua undangan dari rakan sebaya. oh god why.

yang lebih memilukan, aku ni jurugambar. ambik gambar kawin kawan-kawan je tiap2 bulan. gambar kawin sendiri entah bila nak shoot. ade antara member/klient tu dah peknent dan beranak pinak... oh sungguh cepat mase berlalu. bertambah neves

kalau usia hidup aku ni boleh dirangkumkan kepada 90 minit masa permainan bolasepak, aku sekarang berada di minit ke 39. jaringan masih tiada, ade seminit je lagi sebelum masa minit-minit merisaukan. masuk minit ke 40 player selalunya dah gelabah. coach dah arahkan mesti score sebelum half time. entah sempat ke tidak ni.

sekarang ni coach aku pun iaitu bapak aku dah turunkan order, carilah jodoh dengan segera, kalau boleh betunang dalam setahun dua ni. aku jem masa bapak aku cakap camtu. sungguh direct kata-kata itu, unexpected. aku baru nak ngelat dengan alasan DUIT, bapak aku dah sailang aku punya ayat, pasal duit ko jangan risau, abah tolong. kenapa setahun dua? kenapa bukan 4,5 tahun? aku betul-betul JEM,


sekadar gambar hiasan


Monday, September 17, 2012

I Have Nothing

only u read this, so this is for u, ok?


Monday, September 3, 2012

Masalah Kecurian Yang Serius

aku dengar kes kecurian di ipoh dah menjadi-jadi. aku yg duduk kat batu gajah ni buat2 rilek je sebab bukan masalah aku. tapi aku sedikit gusar sebab aku juga bekerja di ipoh. petang semalam aku ade berjumpa seorang penguatkuasa MBI, member, muka dia juga gusar, mungkin memikirkan bebanan kerja dan keselamatan harta benda sendiri dan keluarga. kami sempat bersembang, lalu sebelum meminta diri, aku katakan kat dia..

dulu kampung saya macam tu juga tapi lepas kita ronda kita dapat tangkap depa!
Bereeehhhh guuuuuuuuuuuuuu!!

Friday, July 20, 2012

Politik

apa hukumnya berpolitik di bulan puasa
apa hukumnya menipu/memperdaya musuh dalam politik

jawapannya

apa itu politik?

politik adalah seni menguruskan sesebuah kerajaan (wiki)

politik adalah seni

SENI...




ok

Thursday, July 19, 2012

Tujhe Yaad Na Meri Aayee (sebuah adegan hindustan di dalam office)

entah mana datangnya kegilaan itu.
entah kenapa dan entah bagaimana tiga orang rakan sekerja bersepakat membuka youtube dan mencari lagu hindustan.

t: kau nak lagu yang mana?
a: crita kush-kush hota hei, lagu paling sedih, ade makcik pakai baju merah menyanyi
t: aku macam tau, jap...

a: haah nilah dia... brilliant!
k: Tujhe Yaad Na Meri Aayee, Kisi Si Ab Kya Kehna~~~~

nakharam kataku dalam hati, sedap gak suara encik kudut nih. mentanglah bekas peserta sinaran, sikit punya syahdu dia tarik
dalam tak kesedaran aku dah tarik bantal sambil menongkat dagu pada bantal tersebut, aku yang lebih selesa duduk bersila diatas lantas, terasa mcm terfeeling lebey plak.

t: ko ni pahal feeling sgt?
a: aku rasa aku mcm ingatlah lirik dia maksud ape
t: maksudnya ko sedang mengalami situasi ni lah?
a: eh mana ada..
(sambil mengangkat dagu dari bantal, aku menafikan tuduhan itu dengna agak tegas)
t: heleh...

jam pukul 6.00 petang, aku meminta diri untuk pulang ke batu gajah.





Kamu Tidak Ingat Saya



Wahai Tuhanku, cinta datang dengan kesakitan yang begitu banyak
Tinggalan yang tidak terhingga di tengah-tengah
Dan tidak melepaskan diri dari bibirnya

kamu tidak ingat saya, tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dikatakan
hati menangis dan sehingga mata membengkak

kamu tidak ingat saya, tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dikatakan
hati menangis dan sehingga mata membengkak

kamu tidak ingat saya, tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dikatakan

Aku memberikan kamu semua kegembiraanku,
Aku memberikan kamu semua senyumanku
Godaanmu mengunci aku
memohon pesanan daripada kesetiaan
kamu tidak pernah menjaga cintaku


kamu tidak ingat saya, tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dikatakan

Tuesday, June 26, 2012

Penangan Peraknews


tudia...

secara official nya aku dah menjadi staff Peraknews. dan secara officialnya masa-masa lapang dan hari-hari bermain game dengan aman sentosa telah berakhir. tiada lagi marathon DoTA mahupun marathon Master League Pes2012.

sekarang aku dah berjinak-jinak dengan politik, kahkahkah. maklumlah peraknews ni cover semua event-event kerajaan negeri especially event MB, Dato' Seri Zambry. Boleh dikataka sekarang ni hampir hari-hari aku nengok muka dia n follow aktiviti dia.

aku takkan post apa-apa gambar official or politikal kat sini or blog yg satu lagi sebab lets work be work.this is my personal blog dan politik is not a part of my life.

tapi workload kat sini mmg hellish. sampai aku lupa lgsung nak update blog. time2 aku abandon blog nilah ada yg mesej soh update, ade plak yg komen2 semangat, dulu time aku active hambor jer.. cett.. tapi tengs sebab ambik peduli pasal aku.

XoXo
lulz....

Wednesday, February 29, 2012

Transisi Hidup dan Pantasnya Februari

tak sedor dalam februari tak tulis ape-ape langsung... bukan pasal xde pape terjadi, tapi mungkin sebab terlalu banyak perkara terjadi, maka jadilah serabut...

bulan februari adalah bulan persimpangan hidup.. kemana arah tuju aku? industri seni atau it? maybe lebey kurang sama jer. dua-dua pun bakal mengadap pc, tapi it is more technical tapi industri seni is.. seni.
for the time being aku bekerja dalam sektor it, xda apa-apa masalah pun semenjak aku kerja kat syarikat nih, in-fact kerja ni boleh dianggap kacang jer.. tapi bila ada offer dari syarikat lain, (peraknews) and syarikat tu plak ade sangkut paut dengan seni, mula lah berbelah bahagi. gaji yg di offer lebey kurang sama, tempat kerja... well dua-dua pun jauh cam haram, nasiblah sape suh duduk batu gajah. kan? so sekarang ni dah hujung bulan, kalau nak tukar tempat kerja, its now or never... tpi aku masih 50/50

ade lagi satu cabang hidup nih.. iaitu minat aku kat fotografi. aku sedor aku memang tak terer, nak dapat job yg best jauh sekali, tapi aku ade passion kat sini, passion yang sama kuatnya mcm passion bermain game, heh.. plan asalnya since aku tk kerja pada hujung 2011, aku beli kamera and nak start belajor slow2... tapi since aku dah start kerja, benda pembelajaran ni makin jadi slow dari yang aku expect. but still aku berjaya jugak dapat beberapa job dan ianya satu pekerjaan yang sangat2 masuk dengan jiwa aku.. i enjoy it very very much, tapi untuk dijadikan pekerjaan utama? nak bukak syarikat Awkward Art secara rasmi? agak jauh dan sangat jauh lagi untuk dicapai.. tapi kalau dapat enough support dari kawan-kawan n family, who knows?

ohh entri ni takde gambar.... pulak.

Thursday, January 26, 2012

Teori Kenapa Kita Tido Time Khutbah Jumaat


Sekadar Gambar Hiasan

Dah menjadi satu penyakit pada tiap-tiap jumaat ketika khutbah dibacakan, para makmum yang duduk mendengar akan tersengguk-sengguk mengantuk, seolah-olahnya malam tadi semua orang tak tido sebab jiran sebelah main lagu Death Metal kuat-kuat sampai kul 5 pagi..

Persoalannya kenapa ianya begitu konsisten, di setiap jumaat, di setiap masjid, di setiap pelosok negara, tanpa mengira siapa khatib yang membaca khutbahnya. Okeh sebab bende ni macam series, aku akan ulas gaya blog Mahathir..

1. Penyampaian.. apa yang aku nampak beberapa minggu lepas, sebelum start khutbah jumaat ada tazkirah yang disampaikan oleh pak imam. aku tengok semua konsentret, mata bulat sambil kepala angguk-angguk. Tak mengantuk pun.. Kenapa? sebab cara penyampaian. apa yang pak imam cakap adalah apa yang dia nak cakap, yang datang dari hati dia. so penyampaian nye ikhlas, formatnya lebih santai, dan bahasa yang digunakan adalah bahasa hari-hari... lebih mudah menangkap audiens.

2. Skrip... Khutbah yang kita dengar saban minggu adalah scripted, datang dari Jabatan Agama. khatib hanya membacakan apa yang tertulis disitu. Memang khatib faham tentang isu yang cuba disampaikan, tetapi apabila ia disampaikan dalam "Nada Membaca", ia membuai tahap kesedaran kita. Sama macam bila orang baca buku cerita kat anak masa malam-malam, bukan cerita tu punca tido tetapi "Nada Membaca" tu yang buatkan rasa mengantuk tu datang dan zzz... tidurlah dia.

3. Pilihan Ayat...  selalu bila aku dengar, khatib akan terganggu bacaannya bila bertembung dengan ayat-ayat moden seperti "sofistikated", "justifikasi" dan seumpanya. sebenarnya ini bukan ayat moden tapi ayat celupan. Pihak yang menyediakan teks khutbah ni sepatutnya lebih prihatin. apakah umur purata seorang khatib, apakah ayat-ayat yang asing baginya. Bila kahatib sendiri kurang pasti dengan ayat yang disebutnya, hilanglah feel... jadi khatib membaca sekadar membaca... tiada aura yang mampu menegakkan kepala para makmum didepannya.

4. Feel.. bila kita dengar khutbah, haruslah kita tengok pada khatib yang membaca khutbah. Tapi bila aku tengok, maaf aku cakapkan, khatib tengah terkial-kial. Terkial-kial membaca teks rumit, terkial-kial menyelak teks sambil cokmar yang patut digenggam disandarkan pada bahu sebab nak menyelak mukasurat teks. Khatib juga terkial-kial membaca potongan ayat al-quran atau hadis-hadis. Ini sangat menyedihkan. ini menghilangkan feel makmum yang berniat nak konsentret tapi khutbah asyik dok sangkut-sangkut. Adakah khatib tak membuat persediaan awal? berapakah lama tempoh seorang khatib tu menerima teks khutbah sebelum dia harus menyampaikannya? ini diluar pengetahuan aku... yang aku tahu bila khatib terkial-kial, makmum akan terbiar tanpa tumpuan, lalu... tersengguk

5. Lumrah.. Waktu tengahari memang best tido. mudah sahaja, itu tak dapat disangkal...

aku tak salahkan mana-mana pihak dan aku tak layak untuk berbuat begitu. apa yang tertulis diatas adalah hasil dari pemerhatian aku yang saban minggu ke masjid dan saban minggu tersengguk-sengguk. namun jika boleh aku cadangkan disini agar..

1.Skrip masih wujud, tetapi dalam bentuk point. Iaitu kata-kata kunci yang perlu diolah sendiri oleh para khatib. Pihak jabatan agama hanya menyediakan point2 penting dan terpulang bagaimana ia disampaikan. dengan ini penyampaian adalah lebih personal, bersahaja, bahasa yang mudah difahami, dan lebih dekat di hati.

2.Beri dan guna masa yang secukupnya ketika menerima teks khutbah. rujuk ayat2 alquran yang bakal diucapkan, rujuk ayat2 sofistikated yang bakal dituturkan dan rujuk dimana pangkal dan hujung ayat. barulah penyampaian walaupun dalam bentuk pembacaan nampak lebih "Natural"

3. Kita tido jap sebelum gi semayang jumaat, kalau ada masa dan peluang.. walaupun tidur selama 5 minit, kita mampu segar didalam masjid nanti...

pehh sekian research ini.
Selami Hati, Selami Minda, Selami Lautan Dalam

Bulan Ditutup Awan

ketika aku terjumpa balik stesyen radio XFM yang sebelum ni hilang dalam setting radio aku, aku terdengar lagu Yuna, Terukir di Bintang. pehh.. sikit punya tangkap laaa... Yuna nih bagi aku memang ada "knack" of singing oldie tunes... xpuas dengar kat radio kete, sampai umah aku trus menYoutube lagu nih...
cari punya cari punya carik, terjumpa lah jugak cover Yuna untuk lagu "Bulan Ditutup Awan"

Lagu nih memang superb. Penyanyi asal dia Rokiah Wandah and rakam pada 1961. Rentak dia bagi aku ini bukan irama melayu asli tapi nampak macam err... "jazz, dub, cha-cha dan seangkatan dengannya". aku x expert nak bezakan antara genre tu lagi....

Apa-apa pun antara dua versi nih, aku pun xpasti mana satu yg better... so aku dengar dua2... heh..

versi Yuna


versi asal Rokiah Wandah



Lirik


Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi


Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan


Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu


Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi


Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan


Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu





Friday, January 20, 2012

Kajian Seni Lagenda

Betullah seperti dikata, semakin dikaji semakin banyak kita tak mengetahui. Dah lama aku kaji lirik-lirik lagu Sifu nih, tapi banyak yang aku clueless. apa yang aku tahu, lagu-lagu dia yang pelik-pelik tu banyak diinspirasikan dari hobi dia iaitu membaca kitab-kitab lama. Contohnya Tanya Sama Itu Hud Hud, datang dari sebuah tulisan Parsi, Kisah Burung dan Raja Murqh. Jadi perlukah aku jadi pembaca kitab plak? ehemm.. aku xsampai level tu lagi...

Tapi...

Hijab Kekasih

Kekasih, Lama sudah aku merindu
Larut nan denai, Larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredhaanmu


Apa maksud Haram Kelamin?

Tuesday, January 3, 2012

Stall Burger Ukiran Kayu Yang Epik


a: bang, saya nak daging dabel special 1, cheese dabel...
b: okeh...
(masing-masing buat hal masing-masing)
5 minit kemudian

a: stall ni tempah ke buat sendiri ye?
b: saya buat sendiri ni...
a: ooo... patut la nampak macam custom made. cantik2..
b: tima kasih, dulu abang buat ukiran, tu yang boring-boring abang buat la stall burger jadi camnih
a: oo.. saya nak ambik gambor boleh?
b: masuk majalah fotografi ke?
a: err... burger berapa ringgit?
b: err.. 4.80 (sambil hulur burger dalam beg plestik)
a: okeyh.. timakasih bang (sambil bayor)
b: err.. sama-sama..


(dalam kereta)
a: celaka punya soalan....