Thursday, January 26, 2012

Teori Kenapa Kita Tido Time Khutbah Jumaat


Sekadar Gambar Hiasan

Dah menjadi satu penyakit pada tiap-tiap jumaat ketika khutbah dibacakan, para makmum yang duduk mendengar akan tersengguk-sengguk mengantuk, seolah-olahnya malam tadi semua orang tak tido sebab jiran sebelah main lagu Death Metal kuat-kuat sampai kul 5 pagi..

Persoalannya kenapa ianya begitu konsisten, di setiap jumaat, di setiap masjid, di setiap pelosok negara, tanpa mengira siapa khatib yang membaca khutbahnya. Okeh sebab bende ni macam series, aku akan ulas gaya blog Mahathir..

1. Penyampaian.. apa yang aku nampak beberapa minggu lepas, sebelum start khutbah jumaat ada tazkirah yang disampaikan oleh pak imam. aku tengok semua konsentret, mata bulat sambil kepala angguk-angguk. Tak mengantuk pun.. Kenapa? sebab cara penyampaian. apa yang pak imam cakap adalah apa yang dia nak cakap, yang datang dari hati dia. so penyampaian nye ikhlas, formatnya lebih santai, dan bahasa yang digunakan adalah bahasa hari-hari... lebih mudah menangkap audiens.

2. Skrip... Khutbah yang kita dengar saban minggu adalah scripted, datang dari Jabatan Agama. khatib hanya membacakan apa yang tertulis disitu. Memang khatib faham tentang isu yang cuba disampaikan, tetapi apabila ia disampaikan dalam "Nada Membaca", ia membuai tahap kesedaran kita. Sama macam bila orang baca buku cerita kat anak masa malam-malam, bukan cerita tu punca tido tetapi "Nada Membaca" tu yang buatkan rasa mengantuk tu datang dan zzz... tidurlah dia.

3. Pilihan Ayat...  selalu bila aku dengar, khatib akan terganggu bacaannya bila bertembung dengan ayat-ayat moden seperti "sofistikated", "justifikasi" dan seumpanya. sebenarnya ini bukan ayat moden tapi ayat celupan. Pihak yang menyediakan teks khutbah ni sepatutnya lebih prihatin. apakah umur purata seorang khatib, apakah ayat-ayat yang asing baginya. Bila kahatib sendiri kurang pasti dengan ayat yang disebutnya, hilanglah feel... jadi khatib membaca sekadar membaca... tiada aura yang mampu menegakkan kepala para makmum didepannya.

4. Feel.. bila kita dengar khutbah, haruslah kita tengok pada khatib yang membaca khutbah. Tapi bila aku tengok, maaf aku cakapkan, khatib tengah terkial-kial. Terkial-kial membaca teks rumit, terkial-kial menyelak teks sambil cokmar yang patut digenggam disandarkan pada bahu sebab nak menyelak mukasurat teks. Khatib juga terkial-kial membaca potongan ayat al-quran atau hadis-hadis. Ini sangat menyedihkan. ini menghilangkan feel makmum yang berniat nak konsentret tapi khutbah asyik dok sangkut-sangkut. Adakah khatib tak membuat persediaan awal? berapakah lama tempoh seorang khatib tu menerima teks khutbah sebelum dia harus menyampaikannya? ini diluar pengetahuan aku... yang aku tahu bila khatib terkial-kial, makmum akan terbiar tanpa tumpuan, lalu... tersengguk

5. Lumrah.. Waktu tengahari memang best tido. mudah sahaja, itu tak dapat disangkal...

aku tak salahkan mana-mana pihak dan aku tak layak untuk berbuat begitu. apa yang tertulis diatas adalah hasil dari pemerhatian aku yang saban minggu ke masjid dan saban minggu tersengguk-sengguk. namun jika boleh aku cadangkan disini agar..

1.Skrip masih wujud, tetapi dalam bentuk point. Iaitu kata-kata kunci yang perlu diolah sendiri oleh para khatib. Pihak jabatan agama hanya menyediakan point2 penting dan terpulang bagaimana ia disampaikan. dengan ini penyampaian adalah lebih personal, bersahaja, bahasa yang mudah difahami, dan lebih dekat di hati.

2.Beri dan guna masa yang secukupnya ketika menerima teks khutbah. rujuk ayat2 alquran yang bakal diucapkan, rujuk ayat2 sofistikated yang bakal dituturkan dan rujuk dimana pangkal dan hujung ayat. barulah penyampaian walaupun dalam bentuk pembacaan nampak lebih "Natural"

3. Kita tido jap sebelum gi semayang jumaat, kalau ada masa dan peluang.. walaupun tidur selama 5 minit, kita mampu segar didalam masjid nanti...

pehh sekian research ini.
Selami Hati, Selami Minda, Selami Lautan Dalam

Bulan Ditutup Awan

ketika aku terjumpa balik stesyen radio XFM yang sebelum ni hilang dalam setting radio aku, aku terdengar lagu Yuna, Terukir di Bintang. pehh.. sikit punya tangkap laaa... Yuna nih bagi aku memang ada "knack" of singing oldie tunes... xpuas dengar kat radio kete, sampai umah aku trus menYoutube lagu nih...
cari punya cari punya carik, terjumpa lah jugak cover Yuna untuk lagu "Bulan Ditutup Awan"

Lagu nih memang superb. Penyanyi asal dia Rokiah Wandah and rakam pada 1961. Rentak dia bagi aku ini bukan irama melayu asli tapi nampak macam err... "jazz, dub, cha-cha dan seangkatan dengannya". aku x expert nak bezakan antara genre tu lagi....

Apa-apa pun antara dua versi nih, aku pun xpasti mana satu yg better... so aku dengar dua2... heh..

versi Yuna


versi asal Rokiah Wandah



Lirik


Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi


Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan


Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu


Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi


Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan


Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu





Friday, January 20, 2012

Kajian Seni Lagenda

Betullah seperti dikata, semakin dikaji semakin banyak kita tak mengetahui. Dah lama aku kaji lirik-lirik lagu Sifu nih, tapi banyak yang aku clueless. apa yang aku tahu, lagu-lagu dia yang pelik-pelik tu banyak diinspirasikan dari hobi dia iaitu membaca kitab-kitab lama. Contohnya Tanya Sama Itu Hud Hud, datang dari sebuah tulisan Parsi, Kisah Burung dan Raja Murqh. Jadi perlukah aku jadi pembaca kitab plak? ehemm.. aku xsampai level tu lagi...

Tapi...

Hijab Kekasih

Kekasih, Lama sudah aku merindu
Larut nan denai, Larat nan damai
Haram kelamin untuk kita bercerai
Rasa kasih dan sayang dalam keredhaanmu


Apa maksud Haram Kelamin?

Tuesday, January 3, 2012

Stall Burger Ukiran Kayu Yang Epik


a: bang, saya nak daging dabel special 1, cheese dabel...
b: okeh...
(masing-masing buat hal masing-masing)
5 minit kemudian

a: stall ni tempah ke buat sendiri ye?
b: saya buat sendiri ni...
a: ooo... patut la nampak macam custom made. cantik2..
b: tima kasih, dulu abang buat ukiran, tu yang boring-boring abang buat la stall burger jadi camnih
a: oo.. saya nak ambik gambor boleh?
b: masuk majalah fotografi ke?
a: err... burger berapa ringgit?
b: err.. 4.80 (sambil hulur burger dalam beg plestik)
a: okeyh.. timakasih bang (sambil bayor)
b: err.. sama-sama..


(dalam kereta)
a: celaka punya soalan....