Friday, December 13, 2013

Jika Hidup Ini Sebuah Kisah Hindustan...

Jika hidup ini sebuah kisah Hindustan... mungkin aku sedang mengejar keretapi untuk ke utara. Cuba merayu cinta orang nan jauh disana.

Adegan 1 (Stesen Keretapi)


Sebagai hero hindustan sememangnya menjadi rutin untuk tiba lewat di stesen keretapi dan mengejar keretapi yang sudah mula bertolak.

lokasi sesuai untuk berlari


Ruko! Relegari! (tunggu! keretapi!)
Krpaya Pratiksa Kareh! (tolong lah tunggu!)

Sambil berlari-lari aku terjerit-jerit meminta keretapi berhenti, walaupun permintaanku mustahil namun jeritan aku menambah unsur dramatik dalam adegan ini. Dengan cukup-cukup makan aku akan berjaya berpaut pada pintu keretapi dan menarik diri ke dalam. Dengan termengah-mengah aku duduk di satu kerusi yang kosong..

Oh thanks God! I made it..

semamangnya hero filem Hindustan fasih berbahasa Inggeris.


Adegan 2 (dalam gerabak keretapi)


Setelah aturan nafas menjadi normal, aku menjenguk keluar tingkap. Pemandangan yang kurang memberansangkan. Disebelah kiriku tiada orang dan dihadapan seorang pakcik tua membaca akhbar, mukanya tidak kelihatan. Pakaiannya kemas tidak seperti aku yang membawa imej jejaka dari kampung. Aku mengangkat punggungku, mengeluarkan sesuatu dari poket belakang, dompet. Didalamnya hanya ada wang beberapa helai, IC, lesen B2, D dan sekeping foto. Ya, foto wajah kekasih. gambar paras pinggang dengan senyuman yang menawan, sedikit lusuh namun masih jelas wajah kekasih hati.

Oha mera pyara! Oha mera pyara! (oh chentaku, oh chentaku)

monolog didalam hati sambil senyum seorang diri. namun dalam senyumanku terpancar satu kesedihan yang cuba disembunyikan. Hatiku rindu pada gadis di foto itu. Rindu yang jenis menyakitkan, kerana gadis itu tidak merindu diri ini. Bukan salah gadis itu kerana aku yang mengabaikannya di permulaan filem ini.

Sfx: Bunyi tabla dan alat-alat muzik, adegan lagu masuk






Rabba mere ishq kisi ko
Aise na tadpaye... Hoy
Dil ki baat rahe is dil mein,
Hothon tak na aaye,
Na aaye...

Tujhe yaad na meri aayee
Kisi se ab kya kehna


Wahai Tuhanku, cinta datang dengan kesakitan yang begitu banyak
Tinggalan yang tidak terhingga di tengah-tengah
Dan tidak melepaskan diri dari bibirnya

kamu tidak ingat saya, tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dikatakan

hati menangis dan sehingga mata membengkak




Dan lagu itu looping sepanjang perjalanan ke Utara. Diselangi dengan flashback-flashback kali pertama pertemuanku dengan gadis ini. Di sebuah pantai, cuacanya baik, mentarinya menyinar dan wajahnya menandingi sinar mentari tersebut. Sebagai seorang hero hindustan yang kampung dan pemalu, aku hanya mencuri-curi mengambil gambarnya, gambar yang masih ku simpan hingga ke hari ini. Fikiranku tersentak, lagu tema dibelakang berhenti, aku sudah sampai ke destinasi.

Babak 3 (Stesen Keretapi utara)


Aku bergegas turun seolah-olahnya gadis itu menunggu di bawah. Turun dari keretapi aku bergerak sedikit kehadapan ke tempat yang agak lapang. Kamera berpusing-pusing sekitarku smbil aku membuat muka yang kebingungan. Aku clueless, apa yang aku boleh buat di sini sebenarnya. Pergi membuta tuli tanpa mengetahui lokasi dan alamat yang hendak dituju. Aku bergerak keluar, berjalan-jalan tanpa arah. 

Goddamit, what the hell that i'm thinking, now what i gonna do here?

Hero hindustan bertutur dalam bahasa inggeris, memarahi dirinya sendiri. Untuk menjadikan keadaan lebih dramatik dan sympathetic aku menunjukkan foto gadis itu kepada orang awam.

Excuse me, do you know this person? She is really important to me, please help me find her

Hero hindustan meminta tolong dalam bahasa lingua franca agar mudah difahami umum. Ketika aku mula berputus asa seorang makcik menunjukkan ke arah kiri dan aku menoleh. Aku lihat kelibat seorang gadis. Gadis yang kucari. Namun dia bersama dengan seseorang yang tidak kukenali dan mereka kelihatan sangat gembira bersama. Sfx: Bunyi Guruh.



Aku mengucapkan terimakasih kepada makcik itu, dengan iringan bunyi violin yang sedih aku membeli tiket dan kembali ke tanah asal. 

Tamatlah sebuah kisah Hindustan yang mungkin tiada kegembiraan didalamnya untuk watak utama.

TAMAT