Monday, November 24, 2014

Monday, November 17, 2014

Menulis Semula Sejarah Melayu

Sejarah yang kita baca dari buku teks sekolah atau manuskrip-manuskrip lama adalah sesuatu yang kita katakan 'Fakta'. Sedangkan sejarah itu ditulis untuk kita mempercayai apa yang kita mahu percaya.

Sebagai contoh Sejarah Melayu itu sendiri. Sejarah melayu itu ditulis dari dua sudut, sama ada eurocentricity atau malayocentricity. Sejarah dari sudut melayu akan memenangkan melayu dan tokoh-tokoh tanah melayu dan sejarah dari sudut barat akan memenangkan barat dan menceritkan gahnya pelayar-pelayar dari barat masuk menembus tanah melaka hingga terus ke china.

Ini berlaku kerana sejarawan lampau menulis dengan fakta dari perspektif yang terkongkong oleh pandangan dunia setempat.

Sejarah itu sendiri ditulis dengan pelbagai gaya. Sejarawan barat lebih cenderung kepada mencatat kejadian dan kemajuan sesuatu ketamadunan. 

Sejarah dari sudut islam pula adalah berpaksikan moral dalam sesuatu kejadian dan bagaimana agama mempengaruhi kehidupan masyarakat lampau. Sejerah itu dibentang dari sudut kerohanian.

Masalahnya disini adalah kita gagal mencatit sejarah kita sendiri. Sejarah seumpama hikayat merong mahawangsa itu terlalu dicampur aduk unsur-unsur mistik dan pendewaan tokoh sehingga ianya tidak layak lagi dipanggil sejarah dan hanya menjadi hikayat. Sejarah awal melayu banyak dibentuk dari hikayat-hikayat seperti ini.

Sejarah Melaka pula seperti terlalu menyorokkan punca kejatuhan Melaka itu, sedangkan moral dari kejadian itu sangatlah penting untuk dijadikan iktibar dan panduan untuk masa depan. Kita diberitahu Melaka itu kalah kerana tamadunnya tidak semaju Barat, bangunannya kayu, mudah dibedil meriam barat, sedangkan realitinya tidak. Melaka itu sama gagahnya dengan kuasa penjajah, kalahnya Melaka harus dikaji semula dan diceritakan dengan telus. Jika Melaka itu jatuh kerana hasad dengki Melayu itu sendiri maka itulah sudut sejarah yang harus ditekankan dan dijadikan pedoman.

Kota Melaka bukan bangunan kayu


Bukan kesalahan sejarawan luar kerana mereka trpengaruh dengan pandangan dunia msing-masing, sebaliknya kesalahan kita sendiri yanag gagal menulis semula sejarah dgn logikal dan objektif.

Sejarah Melayu itu harus dikaji semula, dipandang dari sudut yang berbeza, dan ditulis semula.

Jika barat berbangga dengan sejarahnya yang berpaksikan penjelajahan kristianiti dan penyebaran sekularisme maka sejarah kita harus ditulis dengan gaya sejarawan islam, iaitu lebih menekankan kepercayaan pada tuhan dalam proses sejarah manusia dan bagaimana manusia membuat keputusan atas pengaruhNya. 

Sejarah haruslah menjadi ilmu yang berguna dan praktis, bukan lagi rakaman kejadian yang ketandusan roh dan erti dan terlalu mebosankan untuk dipelajari.

Thursday, November 6, 2014