Sunday, November 13, 2011

Siapa Josep Guardiola, Apa Itu Catalan dan Tiki Taka Football

sehari sebelum artikel ini ditulis aku masih seorang peminat poser Barcelona, bahkan tidak tahu menahu seorang penyokong Barcelona harus membahasakan dirinya sebagai seorang culer, mahupun terdapatnya sejarah yg dalam disebalik bendera merah kuning (bukan selangor) pada logo Barcelona..

sebelum kita mengenal josep guardiola dan siapa beliau sebelum beliau mengepalai Barcelona dan merangkul sextuple, perlulah diberitahu bahawa abg Pep adalah seorang Catalan dan Barcelona juga dikenali sebagai the Catalans.. jadi haruslah kita belajar dulu ape kejadah nya Catalan ini yang bunyinya macam sebuah daerah di negeri Sabah.

pada suatu masa dahulu terdapatlah akan sebuah kerajaan diberi nama Catalonia yang letaknya di celah-celah Sepanyol dan Peranchis. didalamnya Catalonia itu terdapatlah 4 daerah, Girona, Llenda, Tarragona (hahaha..) dan ibunegaranya, Bandaraya Barcelona. Banyak benor perang dalam sejarah Catalonia ni, bermula dari tindakan mereka tidak mengakui kerajaan Peranchis, kepada perkahwinan Raja Isabella dengan putera Kingdom of Aragon (bukan LOTR). ini membawa kepada pemilikan barcelona diserahkan pada Kerajaan Aragon dan perang demi perang berterusan, Kerajaan Aragorn dibubarkan hingga akhirnya habis ditakhluk Catalonia itu kedalam Sepanyol dan bangkitlah Sepanyol menjadi Negara yang mempunyai kerajaan berpusat dibawah dinasti Bourbon.  Namun Catalonia masih mengekalkan pentadbiran, budaya dan bahasanya yang tersendiri walaupun dinaungi Sepanyol. Catalonia bangkit sebagai kuasa perindustrian yang penting di Sepanyol hingga ke hari ini. Catalonia juga mempunyai parlimennya sendiri dan parlimen ini jugalah yang menganugerahkan Medal Emas kepada Pep Guardiola, anugerah tertinggi untuk seorang Catalan.


bandera catalan dan logo barcelona


ramai tokoh-tokoh Sepanyol dari dahulu hingga kini adalah orang Catalan belaka. terer nya orang catalan ini di sepanyol umpama kaum saiya lagaknya. orang Catalan ini dah la pandai politik, seni, sains malah pandai juga bersukan. kalau bab sukan bermotor diorang ada Deni Pedrosa, kalau bab main bola lagi la bersepah-sepah. antara nama femes bolasepak sepanyol, majoritinya adalah Catalan. Ricardo Zamora(legend barca dan realmadrid), Puyol, Capdevilla, Xavi Hernandes, Valdes, Pique, Fabregas, Busquets adalah antara nama2 yang tengah pemes sekarang, catalan belaka meraka nih.. tak dilupai Josep Guardiola.

kalau ada title Tun Seri kat Catalan mesti pep dah dipanggil Tun Seri Josep sekarang. xdapatlah digambarkan betapa bangganya orang Catalan kepada josep ini. dari kecik2 sampai sekarang tak habis2 membanggakan orang catalan je kejenya. dulu masa dia kecik2 dia dah lepak kat La Masia (akademi latihan Barcelona), ada satu hari tu Johan cryuff sengap2 datg tgok match si josep ni. masa rehat 45 menet dia tanya kat youth coach sape nama right winger yg main tu dan suruh budak tu main centre midfield masa seken half. time tu cruff manager barca so encik youth coach ikut jelah arahan. josep yg xpenah main centre dgn rilex pisang jer adapt dengan bagus dan menjadi playmaker yg berkesan. seronoklah encik cryuff masa tu dan nampaklah banganggnya youth coach di mata Cryuff.

terpampang di depan La Masia (pep kanan sekali)


Cryuff ni masa dia handle Barca, banyak jugak menang title, nama pun legend Barca. Barca masa ni gunakan total fottball ala2 Belanda yg dibawak oleh Cryuff dan diadunkan dengan tiki taka (tique-taka) iaitu stail classic one touch Sepanyol. Formula ini menghasilkan style permainan bola yg betul2 guna padang. pass depan belakang kiri kanan atas bawah dengan kadar rilex yg tinggi. tiki taka yang namanya bangang ni berkesan sebab bola akan sentiasa under controll dan semakin lama musuh semakin malas nak main sebab xdpat pegang bola. disebabkan itu juga josep dah biasa mempermainkan perasaan lawan dan main possesion sampai 80% ni sejak muda lagi. dah la dia main midfield, antara position paling key dalam tiki taka.
cryuff, power dan bijak dan jambu

Josep yg power ni dah jadi starting eleven masa umur 20, jarang midfield/playmaker muda2 sangat macam dia. selalunya midfield ni org tua2 sikit baya2 Xavi tu, sebab tggungjawab nye besor.  masa tu team diorang dipanggil Cryuff dream team, banyak menang title sepanjang dari 1991 hingga cryuff bersara pada 1996. orang malaysia zaman ni tak ambik port sangat pasai Pep sebab time nih striker Barcelona adalah Romario.

Selepas itu Josep masih dan terus kekal di posisinya sekukuhnya posisi Xavi di Barcelona sekarang. namun penonton bola malaysia masih mengabaikan abg Pep sebab time nih ada star2 lain masuk seperti Luis Figo dan RRRonaldo! (bukan CR7). mungkinkah time nih peminat bola hanya memandang barisan penyerang? itu aku tak pasti sebab aku belum tengok bola time nih.. aku tgok Cyber Cop..

romario tu kalau aku x bagi bola, x kemana...


zaman dia betul2 power, Roma penah tawarkan dia dengan harga 300 juta pesetas (matawang Catalan). 200 pesetas sama dengan 1.6 euro. josep dengan pendiriannya yang taat setia pada Barcelona mengambil keputusan utk mengikat kontak baru bersama barcelona dengan had minimun perpindahan 15,000 juta pesetas. serupa macam bagitau "bukan untuk dijual".

secara keseluruhannya pep guardiola menang 16 title selama 12 musim disana. dihujung kariernya di Barcelona dia selalu injured smpai terlepas world cup 1998. sebelum bersara dia sempat menghabiskan duit pak arab dengan main kat kelab al-ahli. dikatakan beliau masih terlalu power hinggakan man utd nak beli pada season 2002 namun gagal dan sekali lagi dari Man City, Man Utd dan Chelsea pada 2006 namun masih gagal. dengan alasan umur dia dah tua dan nak pencen namun buat apa susah2 main kat epl bila boleh main liga arab yang bangang dan gaji yg lebih tinggi. Josep Guardiola memang bijak!

hangpa main guna kepala...!


selepas keruntuhan era rijkaard, josep yg ketika itu dah kembali ke barcelona sebagai youth coach yang lebih pandai diangkat sebagai manager baru sebab xde dah orang yg lebih layak melainkan dia. selebihnya itu seperti yg kita lihat sekarang. power! Power macam main game guna cheat code Gameshark..

main cheat duit kat football manager pun belum tentu dapat sextuple


dan power jugak kepada aku sebab tak pernah menulis sepanjang ni walaupun banyak refer kat wiki jer... dan utk melihat powernya guardiola ni, sila tonton video 15 minit dibawah...









Taik Football Manager

nak main keeper ke sweeper keeper..
nak pakai ball playing defender ke limited defender
nk pkai 2 centre midfield ke nak tarik satu jadi dm atau anchorman
nk pkai playmaker ke nak pakai twin striker
nak pakai winger ke inside forward
nak pkai drill cross ke float cross.... 



hmm.. kenapa la wujud game macam ni. game yg mencamtumkan dua kegemaran aku, bola dan pemikiran kreatif. kalau peminat bola dapat main PES atau FIFA memey la best, aku pun taik PES jugak tpi kepuasan main Football Manager (FM) ni laen.. unsur taktikal, ekperimentasi, man management, decision making, risk taking.. pergh... bila semuanya menjadi membuatkan aku berangan aku nih Jose Mourinho ataupun Pep Guardiola..

bukan semua orang boleh atau 'sanggup' main game jenis cmnih... aku try pengaruh rakan2 yg rajin main pes terutamanya master league utk try FM. tapi diorang selalu kompelin, apa menatang nih tulisan2 ja? bila nak lawan? haish mcm nilah dasar manager malaysia, tau bola tu atas padang jer.. padahal unsur2 luar padang tu yg menentukan prestasi player atas padang. ceh cakap macm expert plak aku nih..

ape2 hal pun sekarang ni aku tengah manage tim tottenham hotspur. aku tk puas hati kat tim ni, player smua baguih, aku suka barisan midfield tottenham, boleh dikatakan sangat kuat dan "diverse". tapi prestasi tottenham selalunya tak kemana.. klau dpat qualify champion keague tu dah kira bgus laa.. xpe2, lepas ni dibawah kendalian manager Azwraith Tinto, EPL kta punya..

yg kiri tu idola saya, dia boroi tpi terrer, nama dia huddlestone


cuma satu jer problem yang perlu ditegaskan disini. aku baru donlod FM2012 dan bila dah siap install tak boleh main! dah la 3 hari 3 malam aku donlod mende tu.. tutt tutt ttutt tuttt betol laa...

Thursday, November 10, 2011

ini lagu rakyat?


"di malam yg sepi pi pi"
"pak abu jual topi pi pi"
"topi nya koyak yak yak"
"pak abu jual tempoyak yak yak"
tempoyak nya basi si si..
pak abu jual topi pi pi
topi nya hilang lang lang,
pak mat jual gelang lang lang,
gelangnya patah tah tah
pak abu jual getah tah tah,
getah nya putus tus tus,
pak abu jual tikus kus kus
tikusnya mati ti ti
pak abu bunuh diri ri ri..
malam jumaat at at
pak abu jadi mayat
malam sabtu tu tu
pak abu jadi hantu"