Monday, January 5, 2015

10 Lagu Sepanjang Zaman

Idea yang dirangka pada asalnya adalah membuat beberapa carta top10 2014 untuk beberapa kategori, seperti lagu, filem, anime, moment, gambar dan sebagainya.

Namun disebabkan terkeliru mana satu 2014, mana satu 2013 etc2 dan malas nak research, maka adalah lebih mudah untuk buat all time top 10.

Lagipun ada request la pulak dari seseorang untuk buat list ni. omg,

Mari mulakan dengan list sepuluh lagu sepanjang zaman, tanpa sebarang prejudis terhadap tahun, genre, bahasa, mahupun nationaliti.

*harap takde typo*


Unintended - MUSE





Abaikan muzik video yang pelik, lagu ini sangat menangkap sanubari, membuai-buai dan sangat menghanyutkan. This song is timeless, mengisahkan tentang satu perhubungan yang boleh terjadi, yang patut terjadi tetapi terhalang dek kerana hati yang masih belum sembuh dari luka cinta yang lama.

Creep - RADIOHEAD




Jika ada satu lagu yang boleh dijadikan lagu tema penulis, maka inilah lagunya. i'm a creep, i'm a weirdo. Selalu minat pada sesuatu yang indah tetapi sedar diri itu pelik tidak layak dan tidak setanding. dan akhirnya apabila beliau menyedari betapa peliknya diri ini..
she runs.. runs.. runs...

Hijab Kekasih - M. NASIR




Ini bukanlah lagu m.nasir yang paling terkenal, malahan lagu ini sangat tidak dikenali umum, tak pernah masuk mana-mana radio pun rasanya. Seperti kebiasaannya lagu m.nasir, sekali dengar memang tak faham, baca lirik pun masih tak faham, setelah membuat sedikit kajian, lagu ini menigisahkan sahabat nabi saw namanya Julaibab yang sukar mendapat jodoh dek kerana paras rupanya, Rasulullah pun tolong meminang anak seorang Ansar namun belum sempat Julaibab bertemu jodohnya dia dipanggil ke medan perang. Pergilah dia dengan berbekalkan sehelai hijab dari bakal jodohnya dan dengan ketentuan allah gugurlah syahid Julaibab di medan perang itu.

M, Nasir, so deep

Seri Dewi Malam - NORMADIAH/SHARIFAH AINI/PITAHATI




Ada banyak versi lagu ini, aku tak pasti mana satu versi asal antara normadiah atau saloma, tapi setiap penyanyi menyanyikan dengan gayanya yang sendiri, semua pun sedap didengar.
Lagu ini menggunakan lenggok lagu lama yang sangat mendayu, entahla, its a classic masterpiece.


Stairway To Heaven - LED ZAPPELIN




Lagu ini adalah dari genre yang bapak aku suka, sebagai bekas rockstar ikon-ikon seperti led zappelin, pink floyd, beatles, santana menjadi feveret beliau. Dan sebagai anak sedikit sebanyak aku terpengaruh. Dalam banyak-banyak lagu dalam playlist ayahku, stairway to heaven sangat menarik perhatian. intro yang epik, suara vokalis yang unik. gitar yang mantap, penulisan lirik yang kuat, dan lagu yang ada aura misteri. ya, lagu ini epik

You Know I'm No Good - AMY WINEHOUSE




Secara jujurnya aku tak suka Amy Winehouse, mati awal isap dadah mensia-siakan bakat. Masa dia hidup pun aku tak appreciate lagi genre lagu yang dia ketengahkan. Lepas dia mati baru aku terr dengar lagu ini dan pada masa yang sama aku dah layan genre blues/soul. then aku sedar what a waste of talent. Really


Tentang Rasa - ASTRID




Dalam banyak-banyak lagu dari seberang yang menghujani stesyen radio di Malaysia, lagu Astrid ini rasanya yang terbaik. Tambahan pula lagu ini menjadi lagu tema drama "Vanilla Coklat" sejenis drama perempuan yang aku tiba-tiba suka. Liriknya jujur, rayuan dari seorang gadis yang sudah penat bercinta dan berharap cinta yang datang kali inilah cinta yang betul,

Godfather Theme - NINO ROTA/SLASH/HEARTSTRINGS



Lagu ini boleh jadi segalanya, di dalam filem yang ada segalanya (Godfahter). Ketika majlis perkahwinan versi ceria lagu ini dinyayikan, ketiga adegan bunuh membunuh, versi dark lagu ini digunakan, dan ketika mengisahkan percintaan, versi serenade lagu ini digunakan. Ianya the ultimate instrumental song.

Art Of Life - X-JAPAN




Di zaman kolej ketika revolusi lagu jepun melanda aku dan rakan-rakan sehostel, banyak lagu-lagu yang bagus yang telah dikorek dari internet memandangkan lagu-lagu jepun tiada sebarang exposure di sini. Antara yang menjadi feveret ketika itu termasuklah L'Arc~En~Ciel, Glay, Gackt, Loudness, dan yang paling penting sekali X-Japan. Lagu-lagu X-Japan kebanyakannya keras namun liriknya berunsur sedih dan lagu-lagu mereka panjang-panjang antara 6 - 9 minit per lagu. Namun Art Of Life menunjukkna betapa kreatif dan radikalnya minda orang jepun. Berdurasi lebih 30 minit, untuk sebuah lagu yang liriknya tidak berulang, memerlukan dedikasi yang tinggi. Lagunya mengisahkan kehidupan, dari awal kehidupan temponya sederhana kemudian menaik kemudian berkecamuk di pertengahan (solo piano epik) dan akhirnya bertemu ketenangan di akhir hayat seorang manusia. Lagu ini terlalu indah. Dan kematian dua orang lineup asal X-Japan membuatkan lagu ini lebih sedih :(

Le Mistral Gagnant - RENAUD/ COUER DE PIRATE





Lagu ini baru jumpa, dan ianya terus menjadi klasik. Bunyi piano itu meletakkan mode sedih di awal lagu, Lagu ini sedih, tanpa mengoogle maksud lagunya pun ia kedengaran sedih. Mungkin ianya kesedihan percintaan tapi bila dibaca tafsirannya ia berkisar mengenai parent yang menceritakan waktu dimana anak itu masih kecil dimana semuanya masih ringkas dan hubungan mereka masih rapat. sekarang anak itu telah dewasa dan parent itu melihat anak itu ditelan kesibukan masa kini. Orang tua yang rindukan anak mereka walaupun anak mereka berada di depan mata owwwhh.. Adakah aku juga begitu? ya aku rasa ibu bapa aku rindu pada masa aku dan mereka selalu bersama ke mana-mana. Sekarang masing-masing sibuk.

Depressing pulak ending list ni.