Monday, October 31, 2011

lvl 25 dan umur 25

hero dota kalau dah level 25 dah cukup god dah, barang duit semua dah cukup...
tapi aku yang nak mencapai umur 25 nih... hape pun xde

dulu konon2 perancangan hidup nak kahwin umur 25, haha ape dah jadi sekarang..
apa dah jadi?

sampe sekarang tak kahwin lagi...

nak buat mcamana dulu muda2 org suh belajar betui2, dia pegi belajar main dota betui2. orang lain cgpa 3.75 aku plak 2.5 jer. eh nombor 25 lagi...

tahun 2010-2011 adalah zaman kejatuhan mendadak. daripada keje yg bapak best kat kl terus merudum ke lembah pengangguran. nak buat macamana, ini arahan keluarga, diorang tak percaya dengan kehidupan aku kat sana. tak boleh nak komen panjang pasai ni.. nanti disambar petir pula.

lepas tu bermula lagi satu chapter haramjadah bernama ASPATI. kusangkakan panas hingga ke petang rupanya smpai tengah malam pun panas hati lagi.. aspati.. aspati ni layak dapat post dia sendiri, maybe lepas ni aku akan tulis pasal aspati.

ape2 pun sekarang ni aku masih berstatus job-hunter. bila orang tanya aku keje apa aku akan cakap free-lance designer padahal aku ni full time pemerah santan di syarikat santan ghani mohamad. tapi aku perlu bersyukur dengan industri santan ni.
bak kata pepatah: kerana santan pulut binasa...


kerana sultan kita join perkasa!

ok tak kelakar....




Tuesday, October 25, 2011

Cinta Elysa

Elysa! kau ni kalau sehari tak nangis tak boleh ke??

haram biadap. tak pernah jumpa hero biadap macam ni. selama ni drama meleis penuh dengan hero kampung yg bersopan santun, hero bandar yg kerja koporat atau, hero muda yg perasan k-pop.

tapi kenapa aku buat post pasal Cinta Elysa? bukan aku ni penggamers tegar ke? Guardian Dota? football Manager (gg man city), dan penyumbahleweng k-pop (k-pop perverts). tapi ada naluri, ada tangkap dalam hati dengan drama ni.

barisan pelakon dia boleh dikatakan sangat kena dengan watak. Fasha Sandha yg mampu menangis sehingga biru mata hatta hanya ketika memotong bawang, Botak(bukan nama sebenar) muka mintak penampor tapi ntah mcamana masih ada taman dihatinya. abg jalal duta beras super power super spesial tempatan yang sentiasa tampil dengan imej classy dan noble ala Gandalf. serta zila bakarin yang.... .. .MILF.

apa2 hal pun aku dan semakin tangkap dengan drama2 tempatan. sudah wujud variasi. walaupun masih berkisar dalam dunia korporat melayu yang sentiasa sembang juta-juta tapi jalan ceritanya ada kelainan. guud!

akhir kata dan pesanan khas dari aril...

hai, dan.. b**h pak hang!



Masih ada yang sayang

Kami berebut... nak tido cepat.. maafkan saya blog!


maafkan saya blog kerana terlupa akan kewujudanmu
walaupun tiada siapa membaca kamu namun aku sayang padamu

ketika aku sibuk nak mencelah di blog orang baru ku sedar tentang kamu
bila ku tersedar terbit sedikit penyesalan.
bak bait2 lagu jamal abdillah - mati hidup semula
"Baru kukenal bulan dan bintang 
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ibu ayah adik abang
Kerana dulu fikiran melayang "

abg berlakon mmg kayu tapi suara power


ape2 hal pun... mari kembali berblog