Thursday, November 24, 2016

Berapa Harga Blog Ini

Berapa harga aku?

Berapa harga hasil kerja ku? Berapa nilai hasil seni ku? Bolehkah ia dinilai dengan wang ringgit?

Kalau aku tulis blog di sini hari-hari dan ada ramai orang tengok, trafik banyak masuk, maka aku mungkin boleh dapat untung entah mungkin dari iklan, dari blogspot atau dari google atau apa saja. Tapi itu tak pernah menjadi motif aku menulis di sini.

Tapi itukah nilai penulisan ku? Jika google hantar aku sekeping check 100usd, maka itukah dia? aku cuba check entah blog ini ada nilai atau tidak. Aku harap walau seringgit jadilah.


63 dolar amerika. 

10 tahun aku ada blog ini, dulu namanya lain, azzan sensei dot blogspot barangkali. hampir 3,4 tahun ia kekal dorman pada mulanya sebelum aku mula rajin menulis dan malas kembali dan rajin ala kadar kini. ada 177 posting di dalam blog ini, ada lebih lagi sepatutnya tetapi aku dah delete sebab penuh dengan posting patah hati putus cinta dan bebelan2 yang tiada siapa peduli atau mengerti

Blog ini bermula sebagai medium melepas rasa, akan peritnya cinta yang dikekang dengan jarak dan masa. rasanya ketika itu aku hanya ada seorang pembaca, iaitu peminat pencinta dan pembenci aku. selepas fasa itu habis, blog ini berevolusi, menjadi blog puisi yang berbagai-bagai ragam. ada masa ia gembira ada masa ia berduka lara, ada masa ia meneguk racun yang manis. 

Selepas penat jadi menusia yang menyedihkan, aku mula menulis bebas. Tulis apa sahaja, kadang-kadang aku mengkritik sejarah melayu, kemudian di posting lain aku mengangkatnya pula dan mengagung-agungkan lagi. Sekejap di zaman aku baca buku indie aku try tulis review buku, bagus juga responnya, namun hanya sekeping sahaja aku sempat tulis sebelum aku beralih arah lagi.

Barangkali yang aku paling suka adalah tulis review atau ulasan. Sebab selalunya aku ada pandangan yang berbeza, lebih lebih lagi soal filem. Kalau boleh aku nak banyak menulis pasal ini, tapi entahla..
Pernah ada satu masa sampai tak ada lagi filem yang belum aku tonton di pawagam, tapi masa sekarang ni.. Dr. Strange pun tak tengok-tengok lagi.

Mungkin aku patut beralih arah lagi. Ada satu lagi minat aku yang mungkin aku tak pernah tulis. Belajar. Ya belajar dari youtube. Aku boleh habiskan masa berjam-jam menonton youtube belajar apa-apa sahaja dari cara membuat kabinet kasut hingga ke perkara-perkara aneh seperti hukum-hukum thermodynamics, adakah manusia boleh memegang permukaan marikh, hinggalah ke perkara-perkara mustahil sepert Zeno Paradoxes.

Tapi berbalik kepada persoalan tajuk posting ini. Berapa nilai blog ini? Bagi aku ianya tidak ternilai untuk manusia seperti aku. Manusia yang sejujurnya tidak suka berkata-kata dan tidak suka difahami, dan tidak juga suka berekspresi secara lisan.

Jika kau benar mahu tahu, maka bacalah. Nilai lah



ps: kalau nak check berapa "nilai" website komer KLIK