Thursday, October 19, 2017

Reviu Filem : Tombiruo Penunggu Rimba



Filem ini bagus, namun masih boleh diperbaiki dari segi penilitian.

Sejujurnya saya sedikit risau dengan pujian tinggi melambung yang diberikan kepada filem ini. Saya takut akan ada perasaan 'overexpecting' kemudian hampa seperti yang berlaku ketika menonton Bad Genius.

Antara dua point utama yang selalu diutarakan adalah 'Tombiruo filem aksi sejati Malaysia' dan 'Tombiruo memecah acuan filem klise melayu'.

Saya setuju dengan point filem aksi tetapi kurang setuju apabila mengatakan Tombiruo memecah the very mold of filem melayu atau filem buatan Malaysia.

Mungkin mereka lupa dengan filem PGL? Puteri Gunung Ledang. Ya, Tombiruo dan PGL dua filem genre berbeza namun keduanya berskala sama, menurunkan barisan pelakon dan produksi berprofil tinggi. Latar masanya berbeza namun kedua filem ini mempunyai elemen mistik alam hutan yang prominen. Dan kedua dua filem menggunakan dua orang pengarah untuk mengukuhkan lagi penceritaan.

Tiada mold yang dipecahkan, kedua filem ini bukanlah tipikal filem melayu dan banyak lagi filem melayu yg tidak tipikal melayu. Namun sejauh manakah masyarakat Malaysia mengangkat Kil? Sedangkan Kil adalah filem yang benar-benar lari dari sterotype dan klise.

Kesimpulannya banyak sahaja filem tidak klise tetapi Tombiruo lah yang berjaya diterima umum. Tombiruo lah filem yang tidak bertemakan rempit gangster cinta hantu tetapi berjaya diterima di abad ini. Abad lepas kita ada PGL, jangan sesekali lupakan PGL.

“Adinda bersumpah jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda, memijak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama ” - Raden Puteri Jamilah


Moving on.

Tombiruo sangat menghiburkan. Nak pergi toilet sekejap pun saya rasa rugi. Apa yang paling saya suka adalah PLOT TWIST nya.  Twist adalah elemen yang tidak saya harapkan apabila menonton filem melayu. Twist yang langsung saya tak dapat hidu lagilah saya suka. Syabas untuk itu.

Satu  elemen yang saya suka adalah narration pada filem ini. Suara latarnya epik. Diceritakan oleh seorang nenek kebayan dalam dialek suku tempatan yang menambahkan lagi unsur mistiknya. Babak pergaduhan dua watak utama yang ditambah narration pada turning point filem ini adalah cukup-cukup sedap sekali. Goosebumps.

Cukuplah puji, kena kritik juga sedikit. Sedikit sahaja kerana tidak banyak pun yang boleh dikritik.

Suara Tombiruo kelakar.
Dengarlah sendiri nanti, saya berdekah bila pertama kali Tombiruo jerit 'Bapak!'. Spoil betul babak yang sepatutnya sedih tu.

Casting Watak Utama
Pemilihan pelakon dalam filem ini semua sedap-sedap dan kena dengan watak. Saya rasa ramai yang seronok menonton babak Faye Kusairi mati jatuh gaung (hahaha). Tapi Zul Arifin sebagai Tombiruo ni sangat suspicious. Kenapa perlu ambil seorang pelakon kacak kemudian tak tunjuk langsung wajah dia walau sedikit pun. Saya pula rasa bila tengok Ejim ni (nama sebenar Tombiruo) tak macam Zul Ariffin langsung dari segi susuk tubuhnya. Kalau Zul Ariffin tak berlakon langsung pun dalam filem ni kita takkan tahu sebab Tombiruo tak pernah tunjukkan muka dia. Lebih baik gunakan pelakon unknown yang berbakat kerana filem ni bukannya kekurangan bintang pun untuk menarik minat para penonton.

betul ke Zul Ariffin ni?


Props tak teliti.
Tombiruo tu duduk dalam hutan, Bapa angkat dia bekas askar, jadi logiklah mereka ada kelengkapan dapur. Tapi bagilah karat sikit, dah bertahun pakai. Berkilat macam baru sampai dari lazada semalam.

Konti tak teliti.
Babak Tombiruo dikurung dalam kilang papan dengan bom asap. Kilang papan yang dinding papannya sangat jarang tetapi bila dilhat dari angle luar, takda asap langsung yang meresap keluar atau kelihatan. Penjahat yang berlegar legar di luar juga tidak kelihatan langsung dalam shot dari dalam kilang.

Tapi ralat-ralat ini minimal dan tidaklah mengganggu jalan cerita. Keseluruhannya saya berpuas hati menonton filem ini. Saya juga menantikan sinambungan (bukan sequel) karya Ramli Awang Mursyid yang telah di 'tease' kan pada pengakhiran filem ini.


notakaki ; sudah-sudahlah tu filem rempit, gangster melayu  dan hantu kelakar. Biarlah Ahmad Idham seorang sahaja yang buat filem-filem sebegini.