Friday, December 13, 2013

Jika Hidup Ini Sebuah Kisah Hindustan...

Jika hidup ini sebuah kisah Hindustan... mungkin aku sedang mengejar keretapi untuk ke utara. Cuba merayu cinta orang nan jauh disana.

Adegan 1 (Stesen Keretapi)


Sebagai hero hindustan sememangnya menjadi rutin untuk tiba lewat di stesen keretapi dan mengejar keretapi yang sudah mula bertolak.

lokasi sesuai untuk berlari


Ruko! Relegari! (tunggu! keretapi!)
Krpaya Pratiksa Kareh! (tolong lah tunggu!)

Sambil berlari-lari aku terjerit-jerit meminta keretapi berhenti, walaupun permintaanku mustahil namun jeritan aku menambah unsur dramatik dalam adegan ini. Dengan cukup-cukup makan aku akan berjaya berpaut pada pintu keretapi dan menarik diri ke dalam. Dengan termengah-mengah aku duduk di satu kerusi yang kosong..

Oh thanks God! I made it..

semamangnya hero filem Hindustan fasih berbahasa Inggeris.


Adegan 2 (dalam gerabak keretapi)


Setelah aturan nafas menjadi normal, aku menjenguk keluar tingkap. Pemandangan yang kurang memberansangkan. Disebelah kiriku tiada orang dan dihadapan seorang pakcik tua membaca akhbar, mukanya tidak kelihatan. Pakaiannya kemas tidak seperti aku yang membawa imej jejaka dari kampung. Aku mengangkat punggungku, mengeluarkan sesuatu dari poket belakang, dompet. Didalamnya hanya ada wang beberapa helai, IC, lesen B2, D dan sekeping foto. Ya, foto wajah kekasih. gambar paras pinggang dengan senyuman yang menawan, sedikit lusuh namun masih jelas wajah kekasih hati.

Oha mera pyara! Oha mera pyara! (oh chentaku, oh chentaku)

monolog didalam hati sambil senyum seorang diri. namun dalam senyumanku terpancar satu kesedihan yang cuba disembunyikan. Hatiku rindu pada gadis di foto itu. Rindu yang jenis menyakitkan, kerana gadis itu tidak merindu diri ini. Bukan salah gadis itu kerana aku yang mengabaikannya di permulaan filem ini.

Sfx: Bunyi tabla dan alat-alat muzik, adegan lagu masuk






Rabba mere ishq kisi ko
Aise na tadpaye... Hoy
Dil ki baat rahe is dil mein,
Hothon tak na aaye,
Na aaye...

Tujhe yaad na meri aayee
Kisi se ab kya kehna


Wahai Tuhanku, cinta datang dengan kesakitan yang begitu banyak
Tinggalan yang tidak terhingga di tengah-tengah
Dan tidak melepaskan diri dari bibirnya

kamu tidak ingat saya, tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dikatakan

hati menangis dan sehingga mata membengkak




Dan lagu itu looping sepanjang perjalanan ke Utara. Diselangi dengan flashback-flashback kali pertama pertemuanku dengan gadis ini. Di sebuah pantai, cuacanya baik, mentarinya menyinar dan wajahnya menandingi sinar mentari tersebut. Sebagai seorang hero hindustan yang kampung dan pemalu, aku hanya mencuri-curi mengambil gambarnya, gambar yang masih ku simpan hingga ke hari ini. Fikiranku tersentak, lagu tema dibelakang berhenti, aku sudah sampai ke destinasi.

Babak 3 (Stesen Keretapi utara)


Aku bergegas turun seolah-olahnya gadis itu menunggu di bawah. Turun dari keretapi aku bergerak sedikit kehadapan ke tempat yang agak lapang. Kamera berpusing-pusing sekitarku smbil aku membuat muka yang kebingungan. Aku clueless, apa yang aku boleh buat di sini sebenarnya. Pergi membuta tuli tanpa mengetahui lokasi dan alamat yang hendak dituju. Aku bergerak keluar, berjalan-jalan tanpa arah. 

Goddamit, what the hell that i'm thinking, now what i gonna do here?

Hero hindustan bertutur dalam bahasa inggeris, memarahi dirinya sendiri. Untuk menjadikan keadaan lebih dramatik dan sympathetic aku menunjukkan foto gadis itu kepada orang awam.

Excuse me, do you know this person? She is really important to me, please help me find her

Hero hindustan meminta tolong dalam bahasa lingua franca agar mudah difahami umum. Ketika aku mula berputus asa seorang makcik menunjukkan ke arah kiri dan aku menoleh. Aku lihat kelibat seorang gadis. Gadis yang kucari. Namun dia bersama dengan seseorang yang tidak kukenali dan mereka kelihatan sangat gembira bersama. Sfx: Bunyi Guruh.



Aku mengucapkan terimakasih kepada makcik itu, dengan iringan bunyi violin yang sedih aku membeli tiket dan kembali ke tanah asal. 

Tamatlah sebuah kisah Hindustan yang mungkin tiada kegembiraan didalamnya untuk watak utama.

TAMAT


Tuesday, November 19, 2013

Skim Pelupusan Kereta Malaysia(10) vs Jepun(3)

Masa aku mula dapat tau pasal kenderaan kat malaysia yang lebih 10 tahun nak dihapuskan, aku terus teringat Jepun. Dulu ada sorang brader yang konon pro hal kereta, dia kata kat Jepun, kereta boleh pakai 3 tahun je, lepas tu samada kereta tu akan direfurbish dan eksport ataupun di recycle dan dihapuskan. Masa dia cerita tu aku tak ambik kisah sangat sebab aku tak minat kereta-kereta ni. Aku reti bawak jer

Jadi bila isu ni muncul balik, aku pun kaji lah pasal polisi kereta di Jepun. Well.. apa yang brader tu ckap memang ada betulnya tapi agak kurang tepat. Di jepun, puspakom jepun (taktau la jepun panggil puspakon diorang hape) mengadakan satu polisi yang dinamakan Shaken. Semua kenderaan diatas 250cc diwajibkan untuk menjalani shaken dalam tempoh-tempoh tertentu. Kereta biasa penduduk awam akan dikenakan shaken selepas 3 tahun dan seterusnya setiap 2 tahun. Puspakom jepun akan buatlah beberapa ujian macam ujian rangka kereta, suspension, enjin, lampu, brek, meter, dan kalau ada apa-apa modifications yang tidak dibenarkan. Kereta-kereta ni jugak akan diuji tahap pengeluaran karbon monoksida supaya takde la pencemaran udara kat jepun.

Setiap shaken biasanya berkos 1000USD dan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik kenderaan (takde subsidi-subsidi). Kereta yang lulus akan dibenarkan digunapakai di jalanraya Jepun dan yang tak lulus plak boleh la di repair sampai lulus atau dihapuskan sahaja. Kenderaan hakmilik syarikat dan kenderaaan berat pula terpaksa di shaken tiap-tiap tahun mengikut undang-undang. Jadi kenderaan di jalanraya Jepun memang berada dalam keadaan cemerlang. Selalunya pemilik kereta di Jepun akan tukar kereta diorang selepas 6 tahun kerana kos untuk maintain  kereta yang lebih 6 tahun agak tidak berbaloi. Kereta-kereta ni lah yang direfurbished dan dijual balik kat Malaysia.

Tapi di Malaysia plak rasanya kita pergi Puspakom bila kena saman JPJ atau bila baru beli kereta used-car. Selain daripada tu rasanya Puspakom takdelah penting sangat dalam kehidupan kita. Sebab tu jugaklah di malaysia ada "Lori Balak Hantu" dan "Kereta Dari Neraka". Lori balak hantu ni memang semua orang tau, time kita nak pegi kerja tu adalah waktu paling aktif lori-lori ni nak ganggu kehidupan kita. Dah la besar, susah nak potong, naik bukit pulak tak boleh go.. Entahla, aku tak pernah tengok pun seunit lori balak yang baru kat atas jalanraya (macam dalam Discovery Channel), semua lori buruk je kat Malaysia ni. Kereta Dari Neraka ni plak spesis kereta-kereta tahap pra-sejarah yang masih ada kat jalanraya kita. Paling banyak jenis Datsun warna cekelat, body dah rabak-rabak, ada cat putih sana-sini, pastu dipandu oleh pakcik/makcik tua (slalunya chinese) yang dah hilang "sense of serrounding".

Dengan adanya sistem pelupusan kereta lebih 10 tahun tu kenderaan di atas sama sekali akan dihapuskan. Tapi yang menjadi persoalan adakah itu je syaratnya? lebih 10 tahun, lupus? Jadi bagaimana dengan kereta-kereta yang dimaintain condition oleh pemilik dia dan bagaimana pulak dengan... Kereta Antik?

So bagi aku kita perlu lah teruskan dasar pandang ke Timur, contohi Jepun tapi tidak seketat Jepun. Mereka buat polisi yang begitu sebab nak pesatkan penjualan keluar masuk kereta diorang, nak majukan Automotive Jepun sebab itu antara hasil utama Jepun. Kita perlu ada Shaken versi Malaysia. Daripada 3 tahun mungkin kita boleh ganjak ke 5 dan harga 1000USD tu pandai-pandai la kerajaan nak subsidikan macamana, demi keselamatan rakyat. Dan mungkin dengan polisi macam ni industri automotive Malaysia pun boleh meningkat.

Untung golongan kurang mampu yang kereta diorang terpaksa dihapuskan, itu aku tak mampu nak jawab... Dulu Kerajaan ada bagi rebat rm5000 untuk tukar kereta lama dengan proton/produa. Rebat tu dah dimansuhkan pada 2009 sebab kerajaan dah kehabisan dana. Hmm..

Mungkin individu tu boleh guna teknik bijak ni..

http://faridpunya.blogspot.com/2013/06/teknik-beli-kereta-cash-tukar-setiap.html

Monday, October 21, 2013

Siapa Anak Hang Tuah?

Semalam lepas tengok satu teater, muncul satu persoalan yang aku dan kawan aku tak pasti nak jawab macam mana, Hang Tuah ada anak? Dia sempat kahwin ke sebelum menghilangkan diri, ataupun dia kawin selepas menghilangkan diri, ataupun anak angkat? anak murid? Jadi aku lakukan sedikit research. Tak berapa nak sedikit la sebenarnya

Adapun Hang Tuah itu nama asalnya Daeng Mempawah, anak raja Dearah Bajeng, Makassar. Lahirnya Hang Tuah pada 1388 Masihi. Diceritakan Sultan Mansur suka mengumpulkan anak-anak muda untuk dijadikan pahlawan di Kerajaannya, lalu Tuah dihantar oleh bapanya ke Melaka.

Hang Tuah itu diceritakan pada hayatnya mempunyai dua orang isteri, Tun Sendari yang melahirkan tiga anak, dan Tun Guna (adik Tun Perak) dua orang anak. Hang Tuah juga diceritakan mengambil Hang Nadim iaitu anak Hang Jebat sebagai anak angkatnya. Hang Nadim apabila dewasa menjadi Laksamana menggantikan Laksamana Khoja Hassan iatu anak Hang Tuah. Hang Nadim lah yang berdepan dengan serangan Portugis di Melaka. Dikatakan Portugis tidak berani menyerang Melaka pada waktu ia dijaga oleh hang Tuah.

Sedikit berkenaan dengan Puteri Gunung Ledang pula yang dikatakan kekasih Hang Tuah. Nama sebenarnya Raden Puteri Mas Nyawa atau dipanggil juga Raden Puteri Jamilah anak Raja Demak. Dikatakan Raden Puteri berkahwin dengan sepupunya dan dikurniakan dua anak. Raden Puteri lari merajuk ke Gunung Ledang kerana kematian suami dan dua anaknya akibat perang saudara perebutan takhta. Raden Puteri telah jatuh cinta kepada Hang Tuah namun kecewa apabila mendapat tahu kedatangannya ke Gunung Ledang adalah bagi pihak Sultan Melaka.

Berkenaan dengan kewujudan Hang Tuah yang dikatakan lebih kepada Lagenda daripada Sejarah. Ada yang mempercayai Hang Tuah ini hanyalah watak rekaan yang dicipta untuk menaikkan semangat perjuangan kaum melayu, dan Hang Tuah tiada dalam catitan sejarah. Namun terdapat beberapa teks rujukan yang disimpan di luar negara yang ditulis oleh pedagang asing dan kerajaan-kerajaan lama yang menceritakan akan Hang Tuah.


1. Buku “Amando Cortesao – The Suma Oriental of Tome’ Pires”, Pires adalah seorang Portugis yang berada di Melaka semasa Portugal menyerang Melaka pada 1511, beliau menyatakan “Kalaulah Hang Tuah masih ada di Melaka, Portugis tidak akan berani menyerang”.


2. Buku “A. Kobata and M. Matsuda – Ryukyu relations with Korea and south sea countries” A. Kobata telah merujuk kepada kepada catatan bernama “Rekidai Hoan” yang telah ditulis dan disusun pada 1697 oleh Raja kepulauan Ryukyus yang mana didalam catatan tersebut ada menyebut mengenai keberanian Hang Tuah yang telah masuk kepelabuhan di Kemboja semasa perang saudara sedang berlangsung diketika itu untuk mengambil air minuman dengan menggunakan perahu layar kecilnya.

Begitulah serba sedikit research yang dilakukan mengenai ada atau tidak ada Hang Tuah dan Waris Hang Tuah.

*notakaki. Artikel ini tidak ada kaitan dengan video bertajuk Hang Tuah gagal SPM

Boleh Tahan Juga Buruknya

Header blog ni, ni zaman bila punya design ni?
Diri aku yang zaman silam ni tak seni betul.
Poser betul letak gambar muka sendiri banyak-banyak
Bukan hensem pun

Akan Ditukar

Menonton Teater : Gelanggang Tok Wali

Dah lama... pakcik.. teringin.. haa nak tengok.. ehemm.. Teater! (dalam nada Nasir Bilan Khan)

Akhirnya semalam secara tidak sengaja dan tanpa perancangan aku berjaya menghadirkan diri ke satu pementasan bertajuk "Gelanggang Tok Wali". Pada asalnya aku berat hati nak pergi, maklumlah sekarang ni tengah musim gian berDota. Tapi sebab aku dah banyak kali klaim aku orang seni, maka aku pergi jua. Pilihan yang tepat, terimakasih kepada sahabat-sahabat yang gigih menjemput.

Seperti biasa, sebagai seorang melayu aku sampai lewat 15 minit dari masanya. Namun sebagai melayu juga mereka pun lambat memulakan pementasan, setengah jam iatu bermula pada 8.30. Baki 15 minit yang ada aku habiskan dengan aktiviti bersembang bersama seorang jurugambar tersohor dari Ipoh. Namanya rahsia namun telinga merah takkala berbicara hal semasa. Dia pun kurang pasti Tok Wali ni siapa, bapak Hang Nadim gamaknya. Kami tengok teater ni for the sake of nak tengok teater. Itu sahaja.

Semangat yang limapuluh limapuluh tadi jadi teruja pabila melihat crowd yang boleh tahan juga. Dalam pemikiran negatif aku, paling ramai pun sepuluh orang. Tapi yang hadir aku rasa lebih kurang seratus, berseni juge orang ipoh ni rupe-rupenya. Sebagai seorang Media, aku masuk free, dan dapat baju free, dan poster free. Ini lah untungnya jadi media kalau tuan-tuan nak tau.

Masuk dewan, ambik seat paling belakang sekali. Langkah berjaga-jaga takut ada yang bersilat sampai jatuh panggung, atau ade yang tersalah aim lembing atau anomali-anomali yang lain. Tempat duduknya di tengah, tiada couple seat, sedikit kekok sebab takde tempat sangkut popcorn dan air sarsi. Sahabat jurugambar sibuk mencari angle, biarkan sahaja. Sahabat wartawan sibuk membalas wechat, potong stim.

Sejara ringkasnya, tengok teater ni feel dia lain. Rasa sangat hidup, rasa sangat fokus, sangat... feel. Jalan cerita boleh dikatakan ringkas, namun penyampaiannya penuh semangat. Dengan pentas yang kecil dan lokasi yang statik, cerita masih mampu disampaikan dengan penuh makna. Para pelakon memberikan yang terbaik, bersahaja namun bertenaga. Sedikit yang menjadi cacat adalah ketiadaan sistem audio. Ya, pelakon terpaksa meninggikan suara sebab takde mikrofon, ada beberapa adegan yang aku tak berapa nak dengar, maklumlah duduk belakang pula. Ini harus diperbaiki oleh JKKN Perak. Tapi secara kesluruhannya, puas hati

Sedikit pasal Gelanggang Tok Wali, cerita ni berkisar tentang Tok Wali, pengajar silat di kampung. Di zaman mudanya dianggap wira dan anak muridnya beratus-ratus orang di kampung itu. Namun bila dah semakin tua, dirinya seperti disisih, gelangggang silat semakin lengang dan Tok Wali pula dicemuh kerana sibuk bersilat walaupun sudah tua. Konflik berlaku dalam diri Tok Wali, nak teruskan atau nak diwariskan sahaja pada anak muridnya. Begitulah serba sedikit.

Habis pementasan, aku tepuk tangan beria-ria, entahlah terlebih stimuli mungkin. Tok Wali turun dari pentas dan salam beberapa orang termasuk aku. Aku rasa puas. Diluar pentas aku berbual-bual dengan sahabat jurugambar tadi. Bukan berkisar pada teater kerana ceritanya sudah sampai dan sudah faham. Tetapi memperdebatkan isu Keris Tok Wali yang dikatanya berasal dari milik anak Hang Tuah. Bilamasa Hang Tuah ada anak ni. Disebabkan dua-dua takda fakta maka debat ditangguhkan.

Lain kali kalau ada teater lagi aku akan datang, harap isu mikrofon tadi ada improvement.


**notakaki. Lawonye anak murid Tok Wali tu semalam.


Monday, September 9, 2013

P.O.R.T. #TwtupIpoh


Lama tak update kat blog ni kan, bizi dengan kerja-kerja duniawi dan maknawi.

Just nak cerita aku tengah handle event ni, sabtu ni.

Pening.

Susah rupa-rupanya handle event ni. Brrrr

Monday, February 11, 2013

Lalang, Tumbuhan Yang Mampu Berfikir

Lalang adalah sangat sinonim dengan Malaysia terutamanya dalam kehidupan bangsa Melayu. Seringkali kita dapat melihat lalang di tepi jalan, di dalam photoshoot talent dan juga di dalam musik video band-band tempatan. Mengapa lalang menjadi pilihan insan-insan "seni" di Malaysia tidaklah dapat dipastikan.

Istilah lalang juga sering digunapakai di dalam kancah politik. Golongan yang samar-samar sokongannya pada kedua bahagian yang bertelingkah akan digelar lalang atau "atas pagar". Dan seringkali juga golongan lalang ini diperumpamakan dengan peribahasa 'menangguk di air keruh', kemana angin bertiup kesitu lalang melentuk. hinakah lalang? apa yang menyebabkan segelintir rakyat di negara ini lebih gemar menjadi lalang. ikutilah kisah Ramdzan, seorang lalang tegar yang sering dipandang negatif oleh masyarakat

Hampir setiap pagi Ramdzan akan ke kedai kopi, Kedai Kopi Lalang. Kenapa nama kedai ni jadi macam ni adalah disebabkan tuan punya kedai letak suratkhabar Utusan dan Harakah dalam satu bumbung. Mungkin tuan punya kedai ni pun lalang seperti Ramdzan, itu Ramdzan tak kisah, yang penting di Kedai Kopi Lalang ada suratkhabar yang ingin dia baca free dan ada anak tuan kedai yang bibirnya persis Tasha Shilla, tapi itu cerita lain.

Di muka depan Utusan terpapar gambar PSY, Ramdzan tak minat PSY, sebab mukanya iras Qiu Li, pemain bolasepak dari Negara China yang dinaturalisasikan ke Singapura. Pada pendapat Ramdzan susuk tubuh Qiu Li ni tak jauh beza dari dirinya, tapi Ramdzan kaki bangku. Disebabkan Ramdzan tak berbakat, maka Ramdzan salahkan FAM, tapi itu cerita lain.

Berbalik pada PSY, apa yang Ramdzan dapat rumuskan bila membaca Utusan adalah BN nak tarik undi kaum cina, ada makan-makan, ada Shila Amzah, ada ramai amoi-amoi jadi penonton. Baguslah ada makan free dan ada hiburan untuk rakyat Penang. Itu yang Ramdzan dapat hadam. Ramdzan letak Utusan ketepi dan ambik Harakah pulak. Ramdzan dan siap-siap selit Harakah bawah teh-o, takut dibawak lari Pak Imam. Pada pendapat Ramdzan, Pak Imam sebagai ahli Pas haruslah beli sendiri Harakah dan bukannya baca free, barulah jana pendapatan parti. Ramdzan baca free tak apa, itu kelebihan Ramdzan sebagai lalang.

Mata Ramdzan sedikit sakit melihat layout Harakah, "design tahun lapan puluhan" katanya di dalam hati. Namun meminjam perumpaan Inggeris "dont judge a book by its cover", Ramdzan terus menyelak suratkhabar tersebut. Ada banyak isu yang menarik perhatian Ramdzan, tapi dia abaikan sebab dia nak cari kalau ada artikel pasal PSY tadi. Ramdzan baca dan baca kemudian Ramdzan hadam, bukan hadam suratkhabar tapi hadam pemikiran dalam penulisan. Apa yang cuba diketengahkan adalah kos 2 juta untuk membawa PSY ke Penang, guna duit rakyat. Ramdzan mengangguk-angguk, dia mula terfikir, sudah tentu kos untuk membawa PSY ke sini sangat tinggi, masa baca Utusan tadi, tak cerita pun pasal kos-kos ni.

Ramdzan meletakkan kedua-dua suratkhabar tadi ke meja sebelah, Pak Imam dengan pantas merembat suratkhabar Harakah dan Pak Jali, cikgu pencen, ambik Utusan. Ramdzan menghabiskan teh-o nya sambil matanya menjeling-jeling Tasha Shilla jelmaan. Tasha Shilla jelmaan tersipu-sipu malu, Ramdzan naik seronok. Pak Imam dan Pak Jali selesai membaca, jauh di sudut hatinya Ramdzan mengharapkan Pak Jali dan Pak Imam akan bertukar-tukar suratkhabar macam ending game bolasepak, macam Ahmad Shahrul berlari-lari nak tukar jersi dengan David Beckham satu ketika dahulu. Tapi itu takkan terjadi, Pak Jali dengan ideologinya dan Pak Imam dengan pegangannya. Jadilah mereka golongan yang buta sebelah mata pada pendapat Ramdzan. 

Apa yang Ramdzan rumuskan pasal kejadian PSY ni biarlah Ramdzan sahaja yang tahu, yang penting orang macam Ramdzan ni ada masa dan ruang untuk berfikir. tidak dipengaruhi sesiapa dan tidak mahu mempengaruhi sesiapa, dia bebas berkawan dengan sesiapa sahaja kecuali segelintir umat yang membenci golongan lalang sepertinya. Tapi Ramdzan tak kisah, menerapkan konsep "Saya Lalang Saya OK", Ramdzan teguh dengan pendiriannya. 

Iaitu terus kekal sebagai Lalang dan terus mengorat Tasha Shilla Jelmaan

sekadar gambar hiasan





Thursday, January 31, 2013

Jap Lagi Aku Nak Menulis

tunggu jap,
skang aku tengah minum limau suam kat mamak sambil tengok game ivory coast.

sat lagi aku nak menulis