Wednesday, May 4, 2016

Reviu FIlem: AADC2 Ada Apa Dengan Cinta 2

Haih.... 4/10
Overhyped

Cantik Di Mata Tapi Tidak Di Minda & Jiwa

Filem ini gagal menjadi sequel yang layak memegang nama 'AADC'. Ada Apa Dengan Cinta adalah satu nama yang gah, nama yang mengukuhkan nama industri perfileman Indonesia di hati rakyat Malaysia. Selepas AADC1 lambakan filem cinta indonesia membanjiri Malaysia, 'Heart', 'Ayat-Ayat Cinta', 'Eifil I'm In Love', 'Love is Cinta' dan bermacam-macam lagi.

Sebelum Ada Apa Dengan Cinta, rakyat Malaysia hanya membelek arkib filem Indonesia untuk mencari Sundel Bolong, Ngabdi Setan, Bisikan Arwah, Dendam Jumat Kliwon dan ratusan lagi filem hantu gendurowo dari Indonesia.

Ada Apa Dengan 'Ada Apa Dengan Cinta'?
Entahlah, aku hanya mampu recall sedikit disini sana melalui ingatan masa kecilku, tak ingat pun secara kesluruhan plot filem ini. Namun memori filem ini tidak pernah luput, dan memori impak filem ini juga tidak pernah luput. Aku masih ingat lagi ketika di sekolah menengah, tengah buat slideshow power point untuk subjek bahasa melayu. Buntu nak buat background warna apa lalu aku gunakan jalur biru merah kuning hijau  menegak. Sebaik sahaja slide ni ditayangkan dan para pelajar mengimbas jalur merah kuning hijau ni ke mata mereka, "Ada Apa Dengan Cinta!" "Wow Cantik!" . Cukup dengan warna tema poster AADC sahaja, telah menggamit minda pelajar2 ni kepada indahnya AADC itu.

AADC itu sebuah karya cinta agung dan AADC2 merosakkan cinta agung itu. AADC cinta yang suci yang mengorban diri. AADC2 cinta yang menyakiti orang sekelilingi, mereka menafikan, mengabaikan keagungan cinta mereka sendiri dalam AADC. Hanya dengan satu malam, yang mereka lalui bersama, segala-galanya mereka lepaskan. Cinta, tanggungjawab, moral, etika semuanya tidak bermakna lagi jika kamu ada cinta. Inilah moral yang dipertontonkan AADC2

Pedulikan jika kamu tunangan orang, jika kekasih lamamu kembali, yang meyakiti kamu separuh mati, kembali. Persetankan segalanya dan kembali pada dia. Itulah rumusan AADC2

Pedulikan tempoh masa yang lama, atau jarak yang separuh dunia, cinta harus mempercaya, cinta harus terus ada. Cinta tak terbatas dek ruang atau waktu. Itulah rumusan AADC

Jadi fikirkan sendiri mengapa AADC2 itu begitu jelek, seolah-seolah cinta mereka itu tidak mahu kita menyokongnya lagi. Seolah cinta mereka yang pernah suci dan agung itu sudah mereka kotori sendiri. Kedua-duanya bodoh dan kejam, rangga menyakiti cinta tanpa sebab yang kukuh, cinta menyakiti tunangnya sesaat rangga kembali di depan matanya.

Namun dua perbuatan kejam ini dibalas dengan kebahagiaan dan happy ending untuk mereka berdua, Tahniah.

ADA APA? ADA KEHAMPAAN.