Tuesday, December 23, 2014

Plan Jangka Sederhana 2016 (PEJANA 2016)

edit///
artikel ini ditulis awal pada 28/10/2014 kerana penulis menyedari disember adalah bulan yang sibuk dan tidak ada masa untuk berfikir panjang memikirkan apa perlu ditulis.


2015 - mungkinkah?

1. ohh 2014, sukar untuk dijelaskan.terasa begitu awal untuk menulis rangkuman 2014, namun masa tika ini bergerak terlalu pantas, jika ditangguh dua atau tiga kali sedar-sedar dah masuk 2015 bulan februari.

2. sejujurnya 2014 itu tahun yang tipikal dalam hidupku, tidak banyak berbeza dengan 2013 mahupun 2012. terasa seperti perjalanan hidup telah memasuki satu fasa yang stagnant. yang terasa redundant.

3. memetik kata-kata yang pernah ku dengar dalam ceramah agama, hadis nabi jika tidak silap

"sesungguhnya orang yang berjaya adalah orang yang lebih baik dari semalam
orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam
dan orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan semalam"

4. dari petikan hadis diatas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa aku tergolong dalam kategori orang yang terpedaya.

5. bukan terpedaya dengan skim cepat kaya atau terpedaya dengan politik malaysia. sebaliknya terpedaya dengan permainan masa dan rasa selesa yang sementara

6. sejujurnya aku dalam keadaan yang selesa, ya tekanan kerja itu tinggi namun aku selesa dengan keadaan sekarang. ada orang atasan yang memahami ada rakan-rakan yang boleh dipercayai.

7. nampak dari luar seperti aku ni tak ada masalah. aku sendiri rasa aku tak ada masalah. dan disinilah aku terpedaya

8. sebenarnya aku ni banyak masalah
-masalah kesihatan
-masalah berat badan
-masalah hutang pembelajaran
-masalah malas
-masalah tak ambil kisah
-masalah takda perasaan
-masalah jodoh

9. tidak perlu diperjelaskan satu persatu masalah diatas kerana ianya bersifat 'self explainatory'.

10. jadi untuk menyelesaikan masalah diatas aku telah merangka plan jangka sederhana yang akan dilaksanakan pada tahun 2015 dan bakal disempurnakan menjelang 2016 selaras dengan tajuk entri ini yang jika dilaksanakan dengan jayanya mampu menjadi pemangkin untuk membanteras masalah-masalah sepertimana senarai yang tertera pada rujukan bernombor 8 di atas.

11. sedar tidak sedar gaya penulisan aku dah makin kerajaan

12. plan 9 fasa ini bertujuan untuk merevolusikan diri, supaya lebih relevan dengan arus semasa, selain dapat melimitasikan masalah kerana penghapusan masalah adalah mustahil bagi seorang manusia. kerana sebagai khalifah di bumi salah satu tugasan manusia adalah untuk mencipta menerima dan menyelesaikan masalah. masalah tetap akan ada selagi manusia itu ada.

13. 9 resolusi itu adalah seperti senarai di bawah
- gym/sukan secara konsisten sehingga mampu bermain sejenis sukan dengan kompetetif (futsal/badminton)
- selesaikan loan kereta ASAP
- mula bayar ptptn dan bebaskan diri dari blacklist oversea
- buang/derma semua pakaian lama dan tukar gaya pemakaian
- kurangkan perbelanjaan dan masa bermain game
- lebihkan perbelanjaan dan masa aktiviti berkamera
- belajar memain alat muzik
- tukar kereta
- dapat kenaikan pangkat/elaun/gred

14. mampukah 9 resolusi diatas ni dilaksanakan

edit// pada hari ini 23/12/2014, artikel ini dibaca semula dan kemudian di upload. penulis juga menyedari beberapa resolusi diatas telah berjaya dilaksanakan. tahniah kepada diri sendiri.

-loan kereta tinggal 6 ribu je sebab dah start bayar double
-ptpan dah start bayar dan tunggakan dah settle, sekarang dah boleh buat passport :)
-rambut dah gunting kat barbershop, seluar dah slim fit, kemeja dah bunga-bunga halus
-aku dah beli kasut futsal dan dah start main futsal. tapi barai. lari 20 tapak lepastu senak pankreas, sebab gemuk dan berat. :(

Saturday, December 6, 2014

Budaya Bridesmaid Yang Menular



walaupun saya tak layak bercerita hal kahwin tapi sebagai jurugambar saya rasa budaya bridesmaid ni agak merepek dan terlalu kebaratan.

masyarakat selalu kecoh untuk menolak unsur-unsur hinduism dalam perkahwinan melayu seperti adat bersanding, berinai dan tepung tawar

tetapi nampaknya bukan sahaja ianya gagal dikikis malah ditambah pula dengan budaya barat seperti anak kecil yang menabur bunga dan gerombolan bridesmaid yang kontrol cun mengambil selfie di sana sini.

akhirnya dimana identiti perkahwinan melayu, terperangkap dalam budaya hindu dan kristian. sedangkan acara berbalas pantun, atau joget lambak itu kelihatan sudah makin dilupakan

jangan kata budaya joget lambak dihapuskan kerana bertentangan islam, itu penghapusan yang memilih. semua yang ditulis diatas pun tidak sinonim dengan islam. mengapa hanya joget lambak dihapuskan,

pendapat ini tidaklah sexist terhadap sesuatu jantina sahaja kerana nampak gayanya bridesmaid lelaki pun dah makin banyak kelihatan di majlis-majlis, dengan mengenakan pakaian sedondon entah fungsi apa bridesmaid lelaki ini sebenarnya.

dan untuk menjadikan situasi ini semakin buruk, baru-baru ini tersebar sekeping gambar segerombolan bridesmaid yang berebutkan bunga yang dibaling pengantin perempuan. mereka boleh mengatakan ianya suka-suka dan bukan untuk menentukan siapa next-in-line untuk kahwin, tetapi mereka juga tidak boleh menafikan ianya budaya barat.


ianya budaya barat di geraja, diadaptasi melayu dan dijalankan di perkarangan masjid.

Tahniah Melayu/

Monday, November 24, 2014

Monday, November 17, 2014

Menulis Semula Sejarah Melayu

Sejarah yang kita baca dari buku teks sekolah atau manuskrip-manuskrip lama adalah sesuatu yang kita katakan 'Fakta'. Sedangkan sejarah itu ditulis untuk kita mempercayai apa yang kita mahu percaya.

Sebagai contoh Sejarah Melayu itu sendiri. Sejarah melayu itu ditulis dari dua sudut, sama ada eurocentricity atau malayocentricity. Sejarah dari sudut melayu akan memenangkan melayu dan tokoh-tokoh tanah melayu dan sejarah dari sudut barat akan memenangkan barat dan menceritkan gahnya pelayar-pelayar dari barat masuk menembus tanah melaka hingga terus ke china.

Ini berlaku kerana sejarawan lampau menulis dengan fakta dari perspektif yang terkongkong oleh pandangan dunia setempat.

Sejarah itu sendiri ditulis dengan pelbagai gaya. Sejarawan barat lebih cenderung kepada mencatat kejadian dan kemajuan sesuatu ketamadunan. 

Sejarah dari sudut islam pula adalah berpaksikan moral dalam sesuatu kejadian dan bagaimana agama mempengaruhi kehidupan masyarakat lampau. Sejerah itu dibentang dari sudut kerohanian.

Masalahnya disini adalah kita gagal mencatit sejarah kita sendiri. Sejarah seumpama hikayat merong mahawangsa itu terlalu dicampur aduk unsur-unsur mistik dan pendewaan tokoh sehingga ianya tidak layak lagi dipanggil sejarah dan hanya menjadi hikayat. Sejarah awal melayu banyak dibentuk dari hikayat-hikayat seperti ini.

Sejarah Melaka pula seperti terlalu menyorokkan punca kejatuhan Melaka itu, sedangkan moral dari kejadian itu sangatlah penting untuk dijadikan iktibar dan panduan untuk masa depan. Kita diberitahu Melaka itu kalah kerana tamadunnya tidak semaju Barat, bangunannya kayu, mudah dibedil meriam barat, sedangkan realitinya tidak. Melaka itu sama gagahnya dengan kuasa penjajah, kalahnya Melaka harus dikaji semula dan diceritakan dengan telus. Jika Melaka itu jatuh kerana hasad dengki Melayu itu sendiri maka itulah sudut sejarah yang harus ditekankan dan dijadikan pedoman.

Kota Melaka bukan bangunan kayu


Bukan kesalahan sejarawan luar kerana mereka trpengaruh dengan pandangan dunia msing-masing, sebaliknya kesalahan kita sendiri yanag gagal menulis semula sejarah dgn logikal dan objektif.

Sejarah Melayu itu harus dikaji semula, dipandang dari sudut yang berbeza, dan ditulis semula.

Jika barat berbangga dengan sejarahnya yang berpaksikan penjelajahan kristianiti dan penyebaran sekularisme maka sejarah kita harus ditulis dengan gaya sejarawan islam, iaitu lebih menekankan kepercayaan pada tuhan dalam proses sejarah manusia dan bagaimana manusia membuat keputusan atas pengaruhNya. 

Sejarah haruslah menjadi ilmu yang berguna dan praktis, bukan lagi rakaman kejadian yang ketandusan roh dan erti dan terlalu mebosankan untuk dipelajari.

Thursday, November 6, 2014

Sunday, July 27, 2014

Astro, Israel, Boikot Dan Jahil

Perkara boikot Astro pulak sibuk nak dijadikan trending. Konon sebab Astro support software Yahudi. Benda boikot astro ni aku dah buat 3 tahun yang lepas.

Pada asalnya aku subscribe pakej biasa + pakej ilmu binatang (Nat Geo Discovery Channel)+ sukan + movie. nak dekat rm200 gak monthly. Letak dalam bilik, tengok sorang2.

Pada suatu petang yang tenang, sekitar April 2011, aku mengambil keputusan untuk menelefon astro menyatakan ingin menamatkan servis. Bukan sebab tak mampu bayar, tapi sebab aku dah diyakinkan untuk memecah kapitalisme astro dalam bidang siaran berbayar.

3 tahun dahulu  Astro boleh dikatakan tiada pesaing, masa tu HyppTV pun baru nak hidup dan hanya ada di Lembah Kelang sahaja. Masa tu belum dipanggil HyppTv, rasanya mereka gunakan trademark BlueHyppo yang sangat gagal.

Jadi Astro memonopoli pasaran. Sesebuah syarikat yang berjaya manjadi pemonopoli dan kapitalis berkuasa menentukan apa sahaja. Berapa harga, apa pakej, berapa tahun sekali nak naik harga, pelanggan tiada pilihan lain, terpaksa menurut segala muslihat Astro.

Hari ini, sedikit sebanyak Astro sudah terjejas. Kemunculan HyppTV di seluruh Malaysia, kemudian ada pula teknologi SKYBOX, yang super murah walaupun 'arguably' salah disisi undang-undang, Semenjak terjejas ni Astro tak cekik darah macam dulu, letak macam2 pakej, sekarang dah ada pakej all access yg berpatutan haraganya. Aku rasakan boikot aku berjaya, namun untuk kembali pada Astro tidak sekali. 

Astro Boy (sekadar hiasan)



Jadi soal boikot Astro pasal guna sofware yahudi ni, aku rasa alasan yang agak lemah. Kita terpaksa akui kita terkebelakang dari segi teknologi, kalau mahukan teknologi terkini haruslah diimport dari Barat. Kalau tidak Amerika, Eropah, ataupun… ya Israel, 

Israel, walaupun mereka tidak bertanah, tak macam kita yang ada Tanah Melayu, namun mereka lebih maju dari kita, dari segala segi. Teknologi, ketenteraan, dan tahap intelektual mereka mengagumkan untuk sebuah "negara" yang kecil dan baru tertubuh. Ya, mereka ada usahasama yang sangat erat dengan US, Namun kita juga harus akui rakyat Israel itu desperade untuk jadi pandai, desperade untuk maju, atas rasa terancamnya mereka. Tidak selesa seperti kita yang terlalu selesa lalu ketinggalan kebelakang.

Jadi kalau nak boikot Astro itu terpulanglah, hak masing-masing. Dengan berkurangnya pelanggan Astro mungkin Astro akan lebih baik hati lepas ni. Namun harus juga kita ingat, di Astro ada Astro Oasis, Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim, Pencetus Ummah, dan seumpamanya. Soal software yahudi itu, itu satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Sama seperti kita, kalau tak guna window, guna apple, dua2 pun yahudi.

Selamat Hari Raya.


Thursday, July 17, 2014

Redha

When a girl says "jangan berharap", she means jangan berharap,
But a fool is a fool, and he put mountains of hope upon her.

And then the mountain collapse, and he is left with the debris, wondering what has he done wrong, and recollecting whatever left of his miserable dreams.

He said to himself, i will not do this mistake again.
And he remembers well, how many times he uttered that oath.
And how many times he broke his own words.
He is a fool, I am a fool.


Saturday, June 7, 2014

BABI

BABI

Banyak membiak
Antara haiwan paling pengotor
Banyak menyimpan penyakit merbahaya
Itulah sebab ia haram

1.Babi adalah sebahagian daripada kepelbagaian bio.

2.Walaupun babi itu subjek taboo bagi melayu, namun sesungguhnya melayu dan babi itu sangat kuat perhubungannya.

3.Anak melayu sudah dididik dari kecil lagi babi itu haram jijik, jelek.

4.Sebab yang sama jugalah apabila anak melayu ini didalam situasi yang menjelikkan, nama babi akan banyak disebut-sebut.
 "Babi kau Rizalman! Kau dating dengan makwe aku, babi! babi!"
 "Babi! tak bawak wallet pulak. babi betul lah"

5.Sebagai melayu yang beragama Islam, bukanlah babi sahaja yang haram. Banyak lagi senarai yang haram dimakan. Haiwan yang tidak disembelih ikut syarak juga haram. Makanan kotor juga haram. Namun babi tetap menjadi ikon haram.

6.Kalau restoran non-muslim nak tarik pelanggan melayu, dia akan tulis 'pork-free' yang bermaksud bebas babi namun boleh juga jadi 'babi-percuma'. ayam tak potong tengkuk melayu tak ambik berat sangat asalkan takde babi.

7.Melayu boleh buat macam2 benda haram seperti berzina, minum arak, makan rasuah, mencuri, tapi bila dihulur sepinggan babi dia cakap, tak boleh - haram.

8. Jijik adalah perkataan yang lebih tepat untuk menghubungkan babi dan melayu

9. Melayu menjauhi babi kerana jijik, bukannya takutkan haram, kerana sesungguhnya melayu tak takut buat benda haram.

10. Melayu yang klabing minum tiger satu bucket tetap tak makan cadbury sebab cadbury ada DNA babi.

11. Bila Yusuf al-qardawi dan dr. maza dah kata dna/gelatin babi itu halal pun, melayu tetap takkan sentuh apa-apa pun yang berkaitan babi.

12. Entri ni takde gambar babi. Sebab aku melayu, dan aku jijik dengan gambar babi.

13. Dalam soundcloud ada lagu babi


14. Babi lah, sedap juga lagu babi ni..

Friday, June 6, 2014

Memanfaatkan Masa Lapang Yang Sedikit

Intro
-Setiap manusia yang bekerja terikat dengan pekerjaannya.

-Di luar pekerjaan itu dipanggil masa lapang. Masa bersama keluarga, sahabat dan orang2 tersayang.

-Ada pekerja yang beruntung dengan masa lapangnya yang lapang dan ada juga yang harus memaksikan masa lapangnya yang agak sempit.

-aku ni dalam kategori sempit.

Isi & Intipati
-Hidup di akhir zaman ni selalunya terasa sangat pantas dan nak buat semuanya terasa suntuk

-Manusia akhir zaman cope situasi ini dengan mengamalkan multitask. iaitu buat dua tiga kerja dalam satu masa.

-Manusia yang sempit masa lapangnya seperti aku haruslah sentiasa multi task, walaupun dalam beriadah

-ada lebih kurang 4 jam antara waktu balik kerja dan waktu logik tidur (8.30 pm - 12.30 pm). apa yang aku manage buat dan discover dlam waktu ini hari ini?

Perenggan 3
- main game (2jam). kalau tak main game, esok jadi bodoh
-makan & interaksi bersama keluarga (1/2 jam)
-menonton THOR 2 (1 jam, tengok sikit2, sambung esok)
-internet 1 jam, iaitu digunapakai untuk ;-

  • discover 2 lagu baru dalam soundcloud
  • baca/belajar artikel mengenai teori warna dalam fotografi
  • update blog
  • belajar cara embed soundcloud dalam blogger
Penutup
-bila dicampur2 semua dah lebih 4 jam, blog ni pun ditulis pada jam 1.30 pagi :P
-mengapa blog ditulis gaya proposal kerajaan adalah kurang pasti
-what to do

Attachments 
-2 lagu baru jumpa
dua2 lagu iamneeta, sebab drummer yg best, dan suara vokalis dia... aduh.. dan comel :P



-artikel teori warna dalam fotografi
http://www.digitalcameraworld.com/2013/04/17/color-theory-the-best-color-combinations-for-photography-and-how-to-take-it-further/5/

Friday, March 14, 2014