Saturday, June 25, 2011

Perhimpunan Malayan Union dan Bersih / Perkasa

Gambar diatas adalah dari perhimpunan aman menentang Malayan Union. Mungkin tanpa perhimpunan ini Malayan Union akan berjaya dimeterai dan proses kemerdekaan akan menjadi semakin sukar untuk dicapai. Namun rakyat yang bersatupadu dan nemunjukkan perpaduan dan persefahaman mengakibatkan malayan union dibatalkan di saat-saat akhir. itulah kuasa perpauan dan kuasa suara rakyat.

jadi mengapa sekarang perhimpunan awam dianggap begitu negatif sekali? dianggap satu pemberontakan dan satu hasutan dan ancaman kepada keamanan negara. amankah negara ini? adakah penduduk negara ini bersefahaman pada asalnya dan perhimpunan ini akan menghasut minda panduduk malaysia?

Isu akan sentiasa timbul, masalah negara tidak akan selesai, apa yang penting adalah bagaimana ia dikendalikan, ditahap manakah kebebasan sesuatu isu itu mampu dibincangkan dan setelus manakah kedua-dua pihak mahu untuk menyelesaikannya.

pandangan sesuatu pihak seharusnya didengar dan dikendalikan dengan terbuka dan tidak cuba dibisukan dan dinafikan. bukankah demokrasi menjadi pilihan? maka asa demokrasi itu sendiri adlah kebebasan bersuara. jika ini dinafikan, lahirlah komunisme. dan jika dua saudara tidak mampu lagi berkomunikasi antara satu sama lain maka wujudlah kebencian yang mengatasi persaudaraan dan peperangan yang merugikan. dan bila dua orang islam itu bertengkar dan berbunuh, pembunuh dan yang terbunuh sama-sama masuk neraka. sia-sia kan?

4 comments:

  1. salah satu jawapan: takut dengan bayang-bayang sendiri. Aku rasa kalau diorang tak kecoh2 pasal nak haramkan benda ni, lagi ramai rakyat yang akan suka, sebab bagi platform/peluang untuk pihak lain bersuara.

    ReplyDelete
  2. entry kau bodoh sekali. orang melayu anti malayan union sebab malayan union kapir. la ni zaman sekarang buat mogok , perhimpunan tepi jalan nak anti sapa? benci sesama islam?. otak letak pongkok. muka pun mcm ponkok la hang ni.

    ReplyDelete