Tuesday, December 23, 2014

Plan Jangka Sederhana 2016 (PEJANA 2016)

edit///
artikel ini ditulis awal pada 28/10/2014 kerana penulis menyedari disember adalah bulan yang sibuk dan tidak ada masa untuk berfikir panjang memikirkan apa perlu ditulis.


2015 - mungkinkah?

1. ohh 2014, sukar untuk dijelaskan.terasa begitu awal untuk menulis rangkuman 2014, namun masa tika ini bergerak terlalu pantas, jika ditangguh dua atau tiga kali sedar-sedar dah masuk 2015 bulan februari.

2. sejujurnya 2014 itu tahun yang tipikal dalam hidupku, tidak banyak berbeza dengan 2013 mahupun 2012. terasa seperti perjalanan hidup telah memasuki satu fasa yang stagnant. yang terasa redundant.

3. memetik kata-kata yang pernah ku dengar dalam ceramah agama, hadis nabi jika tidak silap

"sesungguhnya orang yang berjaya adalah orang yang lebih baik dari semalam
orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam
dan orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan semalam"

4. dari petikan hadis diatas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa aku tergolong dalam kategori orang yang terpedaya.

5. bukan terpedaya dengan skim cepat kaya atau terpedaya dengan politik malaysia. sebaliknya terpedaya dengan permainan masa dan rasa selesa yang sementara

6. sejujurnya aku dalam keadaan yang selesa, ya tekanan kerja itu tinggi namun aku selesa dengan keadaan sekarang. ada orang atasan yang memahami ada rakan-rakan yang boleh dipercayai.

7. nampak dari luar seperti aku ni tak ada masalah. aku sendiri rasa aku tak ada masalah. dan disinilah aku terpedaya

8. sebenarnya aku ni banyak masalah
-masalah kesihatan
-masalah berat badan
-masalah hutang pembelajaran
-masalah malas
-masalah tak ambil kisah
-masalah takda perasaan
-masalah jodoh

9. tidak perlu diperjelaskan satu persatu masalah diatas kerana ianya bersifat 'self explainatory'.

10. jadi untuk menyelesaikan masalah diatas aku telah merangka plan jangka sederhana yang akan dilaksanakan pada tahun 2015 dan bakal disempurnakan menjelang 2016 selaras dengan tajuk entri ini yang jika dilaksanakan dengan jayanya mampu menjadi pemangkin untuk membanteras masalah-masalah sepertimana senarai yang tertera pada rujukan bernombor 8 di atas.

11. sedar tidak sedar gaya penulisan aku dah makin kerajaan

12. plan 9 fasa ini bertujuan untuk merevolusikan diri, supaya lebih relevan dengan arus semasa, selain dapat melimitasikan masalah kerana penghapusan masalah adalah mustahil bagi seorang manusia. kerana sebagai khalifah di bumi salah satu tugasan manusia adalah untuk mencipta menerima dan menyelesaikan masalah. masalah tetap akan ada selagi manusia itu ada.

13. 9 resolusi itu adalah seperti senarai di bawah
- gym/sukan secara konsisten sehingga mampu bermain sejenis sukan dengan kompetetif (futsal/badminton)
- selesaikan loan kereta ASAP
- mula bayar ptptn dan bebaskan diri dari blacklist oversea
- buang/derma semua pakaian lama dan tukar gaya pemakaian
- kurangkan perbelanjaan dan masa bermain game
- lebihkan perbelanjaan dan masa aktiviti berkamera
- belajar memain alat muzik
- tukar kereta
- dapat kenaikan pangkat/elaun/gred

14. mampukah 9 resolusi diatas ni dilaksanakan

edit// pada hari ini 23/12/2014, artikel ini dibaca semula dan kemudian di upload. penulis juga menyedari beberapa resolusi diatas telah berjaya dilaksanakan. tahniah kepada diri sendiri.

-loan kereta tinggal 6 ribu je sebab dah start bayar double
-ptpan dah start bayar dan tunggakan dah settle, sekarang dah boleh buat passport :)
-rambut dah gunting kat barbershop, seluar dah slim fit, kemeja dah bunga-bunga halus
-aku dah beli kasut futsal dan dah start main futsal. tapi barai. lari 20 tapak lepastu senak pankreas, sebab gemuk dan berat. :(

No comments:

Post a Comment