Friday, August 14, 2015

Fahami Perbezaan MBps dan Mbps Dan Perkaitannya Dengan Pakej Internet Anda

This is Computer Binary Language 101 explained by a multimedia student who scores 2.5 cgpa in his diploma study, and scores C in SPM Math (-_-)



Anda langgan Streamyx 4Mbps tapi masih lembab?
Nak download movie 1 Gigabyte dengan kelajuan internet 4 Megabyte per saat sepatutnya taklah lama sangat kan. Kalau dibuat perkiraan:-




1 Gigabyte = 1024 Megabyte

1024 Megabyte / 4 = 256 sec

256 sec / 60sec = 4.2666 minit





4 minit wow lajunya! tapi realitinya tidak. secara puratanya file seberat 1GB didownload guna streamyx 4Mbps akan mengambil masa lebih 30 minit pada kelajuan maksima. Mengapa boleh jadi begini?



Disinilah berlaku trickery dalam pakej internet yang ditawarkan pada kita. Tengok pada pakej diatas yang diambil dari laman web Streamyx. Ditulis kat situ, speed 4Mbps pada harga RM 148.40. Maka secara automatiknya kita akan berfikiran bahawa kelajuan pakej ini adalah 4 Megabyte per saat. Sedangkan TM tak pernah tulis 4Megabyte per second tapi 4Mbps. 

b disitu bermaksud BIT bukan BYTE
simbol BYTE adalah B bukannya b

Jadi berapa nilai bit? Apakah itu bit? berapa nilai pertukaran bit kepada byte? Apa hubungkait antara dua unit perkiraan ini?

Binary dan Hexadecimel

Komputer pada asasnya hanya memahami dua aksara, 0 dan 1. jadi bahasa komputer pada asasnya hanyalah seperti ini.


begitulah rupa paras data pada raw state, yang aku penah belajar macamana nak baca tapi dah ingat-ingat lupa. setiap satu 0 dan 1 adalah 1 Bit. Dan setiap 8 Bit membentuk 1Byte. Dan adalah perkiraan-perkiraan Hexadecimal disini yang menyebabkan Hardisk atau memorycard kita keluar pada kiraan sifir 8 iaitu = 8gb 16gb 32, 64, 128, dan seterusnya. Tapi itu cerita lain, Ayuh berbalik kepada cerita Bit dan Byte (-_-)

8bit = 1Byte

Jika Internet anda 1Mbps maka
Internet anda = 1 Megabit persaat
bukan 1 MegaByte per saat

Jadi jika anda mahu mendapat tahu kelajuan internet anda pada nisbah sebenar yang anda mahu tahu iaitu Byte maka conversion harus dilakukan. Conversion maknanya kira penukaran, Kira maknanya kena pakai kalkulator dan ada formula penukaran. Itu semua susah, google je website yang boleh auto convert.

www.unitconversion.org




Yeah, kuasa mendownload pakej 1Mbps anda sebenarnya hanyalah 0.125 Mega Byte per saat
dan kuasa mendownload pakej 4Mbps anda pula hanyalah 0.512 Mega Byte per saat

Kalau tak percaya boleh buat ujikaji sendiri. Download apa-apa file dari internet dan tengok kelajuan download itu sendiri

bittorent download

Pakej yang digunakan 4Mbps
= 4 Megabit per saat
= 0.512 Megabyte per saat
= 512 Kilobyte per saat ataupun 512KBps seperti yang ditunjukkan pada file yang sedang didownload tu. Purata kelajuan download movie tersebut adalah antara 300 - 490kBps dan takkan lebih 512kBps


Dan perhatikan jugak pada gambarajah bit torrent tu, dia tulis kB/s bukan kb/s sebab bittorrent merujuk pada Byte bukannya bit.


Jadi terimalah kenyataan yang pahit bahawa internet 4Mbps yang anda banggakan sangat tu sebenarnya hanyalah 512kBps jer.


Tamat lah kelas komputer binary 101

34 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Maaf,saya kurang faham, maknanya jika kelajuan internet tu 3mpbs, maknanya slowlah ya?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas usaha memberi infonya..

    ReplyDelete
  4. So mksudnya semakin besar nilai mbps nya contoh 15mbps brbanding 4mbps smakin laju la tu tuan?

    ReplyDelete
  5. Adakah 5mpbh slow? kalau nak tengok netflix?

    ReplyDelete
  6. aku xfaham.. cuma aku nk tau plan apa yg trlaju yg ada di negara kita ini? (play youtube laju je) & brp bayaran bulananya? haha🤣✌🏻

    ReplyDelete
  7. Klau kite xpham dgn ilmu nie.. Mmg mudah kne tipu dgn dunia wi ni

    ReplyDelete
  8. kalau celcom 3mbps laju ka? try msuk utube td x jln

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3mbps tak laju sngt. Kalau download movie 1gb lebih krg 45 minit. Cara kira:

      1gb = 1024MB

      3mbps÷8 = 0.375

      1024 ÷ 0.375 = 2730.6

      2730.6 ÷ 60 saat = 45 minit

      Delete
    2. knp kne bhg 8?

      Delete
    3. convert 1GB tu terus kepada Mb senang. 1024 x 8 = 8192Mb

      Senang nak faham bila dah sama unit Mb dan Mbps (speed internet)

      8192Mb saiz movie
      3Mbps speed internet

      8192 Mb / 3 Mbps = 2730.67 s

      2730.67 s tempoh masa utk download movie saiz 8192Mb (1GB)

      Nak convert kepada minit,
      2730.67 bahagi dengan 60, sebab 60saat bersamaan 1minit

      2730.67s / 60s = 45.52 minit

      45.52minit tu la tempoh masa untuk download movie 1GB tu dengan kelajuan internet 3Mbps tu.

      45 minit tu boleh layan separuh masa pertama game bolasepak dulu. Haha.

      Delete
  9. Saya guna 300 mbps jadi bhgi 8..jadi dapt lah bits sebenar

    ReplyDelete
  10. Antara mbps ngn gb mana 1 lagi besar.. Xpaham lah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam pakej internet,

      GB = jumlah penggunaan data internet

      MBPS = kelajuan internet

      Delete
  11. Macam mau internet laju tapi linear saya macam siput 😥

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Dalam istilah pengiklanan telco

      GB selalunya merujuk kepada quota atau had internet yg kita boleh guna, ia tidak merujuk kepada kelajuan.

      3GB = lepas kita guna 3g internet, penggunaan internet kita kira habislah.

      MBps merujuk kepada kelajuan internet.

      3Mbps bermakna kelajuan internet kita adalah 3Mb per saat.

      So dalam zaman 2021 internet 3gb 3mbps boleh dikatakan SLOW

      Delete
  13. Rm12 2gb untuk 30 hari.
    Rm12 3Mbps untuk 7 hari data dan panggilan tanpa had.
    Mana yg patut saya pilih???

    ReplyDelete
  14. Ehhh maaf2... 2gb untuk 7 hari.
    3Mbps untuk 30 hari.

    ReplyDelete