Monday, October 24, 2016

Review (Tanpa Spoiler) Rock Bro !!


Tanpa spoiler sebab review ni ditulis sebelum tayangan umum Rock Bro di pawagam. Entah macamana aku boleh menang tiket pula untuk join pratonton filem ni minggu lepas. Gigih aku ke KL dari ipoh semata-mata nak tengok satu wayang, sebab aku pasti perjalanan ni berbaloi. Memang berbaloi.

Aku dilahirkan pada tahun 1987, memori paling awal aku dalam kehidupan ni adalah sekitar tahun 1991, ketika aku berumur 3,4 tahun. Timeline Rock Bro ni juga berkisar antara 1991 hingga 1994. Ini membuatkan aku sedikit sebanyak sempat memahami dan mengalami zaman kejatuhan Rock dan kebangkitan muzik Rap dan Hip-Hop. Betapa rock yang keras itu melembutkan dirinya, menjadi Slow Rock, Balada Rock, menjiwangkan dirinya semata-mata mahu mengadaptasi dan survive dalam industri tempatan, namun akhirnya terpaksa akur juga, tewas.

Tak kira apa pencapaian lepas mereka, album platinum, final muzik-muzik, apabila zaman berubah, selera beralih arah, rockers yang sebelum ini tunjang hiburan akhirnya menjadi asing dalam industri tempatan, tak boleh cari makan langsung. Terpaksa jual ikan masin sebab tak ada show. Kesian



Plot

"Ikan masin? Takkan ini je dalam hidup ni, ikan masin?" itu lah kata-kata Jijo yang berbekas dalam ingatan aku.

Filem ni seolah-seolah satu dokumentasi, menceritakan kisah balik layar yang pahit, terlalu pahit untuk insan seni yang bergelar rockers. Kita tak pernah tahu mengenai perkara-perkara ini, bila kita tengok Melodi kat tv3, semua indah-indah, kalau ada benda sedih pun artis bercerai. Tak pernah pulak cerita artis tak makan, artis takde job, artis kena naya dengan promoter.

Realiti yang dipertontonkan dalam filem ini begitu mencakupi segalanya yang berlaku ketika itu, Ada yang balik kampung, ada yang jadi hilang arah, masuk jel sebab jenayah itu ini, ada yang sampai menganut ajaran sesat sebab kononnya nak cari tuhan tapi tersilap baca kitab.

Tapi akhirnya masing-masing menjumpai 'ketenangan' dengan cara mereka sendiri.

Pelakon & Lakonan

Secara amnya lineup tak banyak berubah, cuma ada tambah tolak seorang dua disini sana. Menurut sumber dalam, Zack (Hasnol Rahmat) adalah watak yang penting dalam penutup trilogi ni, namun atas sebab 'contract disagreement' Zack hanya wujud dalam perbualan dan flashback dan watak Zack tua digantikan oleh pelakon lain. Watak kedua penting pun tak ada dalam filem. Amy Mat Piah tak ada, atas sebab2 yang hampir sama. Yang ada cuma rakaman-rakaman dulu yang tak digunapakai dalam Rock Bro. hampa kan? Sayang seribu kali sayang....

Lakonan tetap mantap, masing-masing nampak serasi dan ada chemistry. Che Man memang hebat, steady jer identiti yang beliau bawak sepanjang trilogi ni. Sofi Jikan pula membuktikan beliau memang pelakon yang boleh jadi apa sahaja, perubahan watak Zul Kapan adalah paling kontrast sekali dalam filem ni. Lain-lain yang boleh dipuji adalah Amy Juliet yang membawakan watak Ratu Rock Ella. Entah lah. seolah-olah dia dilahirkan untuk watak ni, tak ada bezanya Ella dan Amy ni kalau sekali pandang. Rupa sama, suara sama, menggeletik dia pun sama. Syabas Mamat Khalid atas casting yang hebat ni.

sama kan?

Secara keseluruhannya ianya penamat yang bagus, satu closure yang memuaskan hati. Walaupun ianya tak sesempurna yang kita dan Abg Mamat Khalid sendiri harapkan, namun inilah yang terbaik semampu baik. Semua persoalan dikupas, apa jadi dengan rimba bara, apa jadi di malam Jijo kemalangan dan meninggal, semuanya dijawab.

Tahniah. Kalau ini filem terakhir Mamat Khalid. Aku redha.

No comments:

Post a Comment