Sunday, April 30, 2017

Kingdom : Manga Penyatuan Empayar China Yang Luar Biasa



Kingdom Volume 1 cover

Sekali pandang, gaya stroke lukisannya agak... biasa dan boleh dikatakan kurang menarik. 

Namun apabila 'terbaca' chapter 1 manga ini, seolah-olah ada tarikan yang sangat kuat yang membuatkan pembaca terus dan terus membaca hingga tiba-tiba si pembaca sudah terperangkap dalam peperangan skala besar di tengah-tengah tanah besar China.

setiap saga peperangan skala besar di dalam Kingdom boleh memakan masa bertahun dan beratus-ratus episod untuk ditamatkan sebelum meneruskan saga peperangan seterusnya.

Kingdom adalah sebuah manga, iaitu komik dari Jepun walaupun kisahnya berkisar mengenai kesatuan dan kemunculan dinasti pertama di China. Berbeza dengan manga lain yang lebih popular dengan kuasa-kuasa mega, jutsu, chakra seperti Dragon Ball, One Piece, Naruto, atau Bleach, Kingdom lebih berpijak di bumi nyata. Sebuah kisah yang berpaksikan sejarah, watak-watak dalam Kingdom adalah manusia biasa. Dan sebagai manusia biasa, peperangan adalah mengerikan, 


Sebagai manusia biasa, kematian adalah mudah. Mudah tetapi tidak murah, setiap kematian adalah sebahagian dari pengorbanan demi percaturan taktikal peperangan.

Sinopsis

- Kingdom adalah manga lukisan dan idea dari Yasuhira Hara. Mengisahkan perjuangan Shin dan pasukan tenteranya mencapai impian untuk menjadi General terhebat. Shin berjuang untuk menjayakan misi Maharaja dan teman baiknya Ei Sei untuk membentuk Dinasti Qin yang berkuasa atas seluruh tanah dan kerajaan China.

Maharaja Ei Sei meminta teman baiknya Shin untuk segera menjadi General terhebat dan mengetui kempen peperangan Kerajaan Qin untuk menakluk seluruh China.

- Shin adalah seorang yatim piatu bertaraf hamba namun menyimpan impian yang tinggi untuk menjadi General terhebat dalam sejarah. Impian ini berasal dari teman baiknya Hyou yang menjadi korban dalam cubaan membunuh Maharaja Ei Sei. Hyou dan Ei Sei mempunyai wajah yang hampir sama dan Hyou digunakan sebagai 'body double' untuk menyeludup keluar Maharaja sebenar.

Hyou meminta Shin menyelamatkan Maharaja Ei Sei dan meneruskan impian mereka untuk menjadi General terhebat.

- Walaupun Shin adalah hero yang menyelamatkan Maharaja Ei Sei, tetapi status hambanya membuatkan impian untuk menjadi General adalah sangat mustahil kerana hamba tidak dibenarkan menyertai tentera. 

- Maharaja Ei Sei mengurniakan sebidang tanah dan rumah kecil kepada Shin sekaligus melayakkan Shin menyertai peperangan. Namun perjuangan Shin tetap sukar kerana bersaing dengan askar-askar dari keluarga elit untuk kenaikan pangkat.

- Disebabkan semangat juang tinggi yang ditunjukkan Shin dalam setiap peperangam, reputasinya semakin naik hinggalah General Ouki setuju menjadikan Shin sebagai anak muridnya. Namun General Ouki gugur dalam peperangan dan Shin menjadi pewaris kepada lembing dan semangat perjuangan General Ouki.


Ouki adalah salah seorang dari 6 General Terhebat Kerajaan Qin di zaman Pemerintahan nenda Maharaja Ei Sei

Sebelum kematiannya, General Ouki mewariskan Lembingnya kepada Shin. Ouki percaya kepada potensi Shin walaupun dia hanya askar biasa.

- Shin terus-menerus meningkatkan reputasinya dari askar biasa kepada captain 100 askar. Pasukan 100 orang dinamakan Hi Shin unit, yang bertanggungjawab untuk menjalankan serangan-serangan bertaktikal tinggi walaupun hanya dianggotai askar biasa dari golongan petani. Reputasi Shin terus meningkat dalam setiap peperangan.

Unit Hi Shin yang bermula dengan 100 askar lebihan, meningkat naik dari segi nombor dan reputasinya. Unit Hi Shin pernah kehilangan separuh dari askarnya demi menyelamatkan nyawa Shin. Semua imbuhan peperangan Shin akan dibahagikan sama-rata kepada semua askar Hi Shin.

Daya tarikan manga Kingdom ini bukanlah pada stroke lukisannya yang biasa-biasa sahaja, ia juga bukannya anime drama psikologi dengan penerangan formasi-formasi rumit dan plot-plot yang memeningkan kepala. Kekuatan sebenar Kingdom adalah penceritaannya yang membuatkan kita berasa terkesan dengan setiap pengorbanan dan mahu bersama-sama melihat kejayaan Shin dan misi penyatuan China yang sangat sukar.

Setakat ini Kingdom telah menerbitkan 47 naskah (515 chapter/episod) dan masih berterusan dari tahun 2006. Kingdom juga menerima "Anugerah Osomu Tezuka" dan setakat 2017 Kingdom telah terjual sebanyak 30 juta naskah.




No comments:

Post a Comment