Monday, August 13, 2018

Reviu Filem : Hantu Kak Limah (3)




Ramai orang dah tengok filem ini, dan dah banyak review pun di post di media sosial.

Maka saya mengambil inisiatif untuk menyampaikan review saya dalam bentuk lain. Dalam format yang lebih tertumpu kepada pro dan cons. Ok dan tak ok, jadi dan tak jadi.

OK

+Casting
+Kedalaman Lawak
+Seram
+Kritik Sosial
+Muzik
+Catchphrase

TAK OK

- Kontinuiti/Kesinambungan
- Lawak Hambar/Overused
- Casting
- Gap/Jurang Plot
- Inferiority

---------------------------------------------

OK

+ Casting

Pemilihan pelakon yang mantap. Walaupun pengarah kehilangan beberapa tonggak utama, ada yang pergi selamanya, ada yang tidak lagi sehaluan. Namun masalah ini berjaya diatasi. Watak-watak baru yang diperkenalkan untuk mengisi kekosongan bangsa kg. pisang berjaya, malah ada yang seolah-olah overshadow pelakon staple yang sedia ada. Dan kalau nak tengok Zul Ariffin out of character, inilah filemnya yang dia langsung tak kontrol macho. Ini jugalah satu-satunya filem yang ada Zul Ariffin yang saya mampu tonton.

Ropie. MVP. Pingat Emas. Thanks God.

+ Kedalaman Lawak

Ya, ini memang filem lawak, namun jenis lawaknya di blend dengan pelbagai subgenre lawak. Ada unsur satira (trademark mamat khalid), action comedy, slapstick, horror comedy, parodi, dan sedikit lawak gelap (dark humor). Gabungan unsur-unsur ini membolehkan filem ini diintrepretasi berbeza-beza mengikut pemahaman lawak masing-masing.

Contoh mudah, ramai org ketawa masa ropie buat lawak kelam kabut dia, tapi hanya beberapa orang ketawa apabila org kg. pisang digelar bangsa kg. pisang, satu dialog sindiran yang kita tahulah siapa yang suka guna perkataan bangsa ni.

Lawak berbaur politik pun ada. (Watak sabri yunus, bendahari kg. yang baru kalah undi dan cuba meraih kembali kepercayaan bangsa kg pisang - sentiasa memakai baju batik biru gelap corak warna putih)

+ Seram

Berbeza dengan filem-filem sebelum ini, dimana Kak Limah hanya acah-acah hantu je, tapi kali ini dia memang seram. Tak ada jump scare, jangan risau, jump scare terkejut-terkejut ni level-level filem munafik sahaja, kak limah seram sebab dia membawa vibe/aura seram itu sendiri. Ada unsur misteri yang menyelubungi watak ini, dia ni apa sebenarnya? Bubur keladi yang dia masak tu betul ke keladi, lain macam je. Bila satu scene yang kak limah tenung kamera beberapa saat, adalah 2,3 orang budak menangis kat belakang. Tak tahulah pula budak tu umur berapa belas tahun sebab filem ni PG13.

+Kritik Sosial

Seperti biasa kritik sosial disampaikan secara subtle, kias, sorok-sorok disebalik jenaka. Yang saya dapat:

Bangsa Kg. Pisang
Pawang takde power tapi kaya-raya
Ahli Politik hilang kuasa
Ahli Politik pelobi tegar

+ Muzik

Muzik adalah elemen kegemaran tuan pengarah. Daripada karya awalnya Ahmad Nur Khusairi & The Velvet Boys (teledrama tv7), kepada Man Laksa (filem yang saya sanjung tinggi), Trilogi Rock, dan 16 Puasa (pemilihan background music yang diluar kotak), Mamat Khalid selalu spot on dalam memilih lagu yang membantu mood filem.

Percayalah selepas anda menonton filem ini, anda tidak lagi boleh mengambil serius lagu Hatiku Luka Lagi - BDB (alah lagu yang start dia, Haaaa...rapan setinggi gunung...)

+ Catchphrase

Iaitu ayat yang melekat lama dalam kepala selepas kita selesai menonton. Dalam hantu kak limah kita ada dialog "Kita Bakor Jer"
Kala Malam Bulan Mengambang - "Tengok Ada Burung Wak-Wak"
Man Laksa - "Aku Mabuk, Ha Ha Ha"
Rock Oo - "Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikuli"

Dalam filem ini pula ada dialog
"Per Per, Per Du".
Apebenda tu? Tengoklah sendiri, spoiler.



TAK OK

- Kontinuiti/Kesinambungan

Sedar atau tidak ini filem ketiga, bukan kedua dari trilogi Hantu Kak Limah dan filem kelima dalam ruang lingkup Kg. Pisang.

Kronologi :

Zombie Kg. Pisang
Hantu Kak Limah Balik Rumah
Hantu Kak Limah 2 - Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit
Zombie Kilang Biskut
Hantu Kak Limah (3)

Masalah di sini adalah filem-filem ni nampak macam takde kesinambungan. Tapi ada. Tapi masalah kedua, filem terpenting dalam trilogi HKL dan quintologi Kg. Pisang adalah Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit, sebuah filem yang boleh dikatakan gagal.

Tak ramai yang enjoy dan ingat jalan cerita filem ni. Ianya agak meleret dan adakalanya membosankan. Tetapi filem ni ada menceritakan sejarah kg pisang, yang mana satu manusia, zombie, hantu, jin dan bunian.

Secara ringkasnya Mon (ezlynn) dalam zombie Kg. Pisang nak ngorat balik Husin, tetapi Mon tu sebenarnya bukan Mon tapi Ayu (Avaa Vanjaa)HKL 1, sila rujuk ending Kak Limah 1, perempuan yang terbang tu.

Confusing kan?

Zombie Kilang Biskut? Entah tak ingat, filem tu lagi gagal dari Husin Mon dan Jin Pakai Toncit. :(

-Lawak Hambar/Overused

Lawak lari camera kat muka dah hambar. Selalu sangat guna.
Lawak anak mamat menembak pun dah hambar.
Scene hantu jepun takde improvisasi dari filem P.Ramlee. seketul-seketul.
Sabri Yunus tak lawak pulak kali ni, maaf :(

- Casting

Ramai watak hilang. Yang dah pergi selamanya, itu terpaksa kita terima. :(
Tapi watak staple seperti Usop Wilcha, dan "brader ambulans bala bala", dan "brader beginilah flashback saya" tiada. Mungkin peranan Sofi Jikan (Pawang Indon) dan Kamarool@Che Man (Pawang Siam) sudah berlalu, namun untuk sebuah filem mamat khalid, kita harap dua pelakon ni sentiasa ada.

Saya rindukan warung Pak Jabit namun apakan daya :(

Saya juga rindukan Pak Abu, namun cubaan menyerap karakter Pak Abu yang gila berucap dan gila pangkat kepada watak baru (Sabri Yunus) kurang menjadi. Dialog Sabri Yunus agak kaku, meleret dan senada, mungkin sebab dia tak speaking kelantan dalam filem ini.

Saya akan rindukan anda juga Yeh Sekupang :(

- Gap/Jurang Plot

Ada gap yang krik-krik juga dalam filem ini. Walaupun minimal, namun pengkritik akan tetap melabel ianya tidak sekemas presentation HKL1.

Takde anchor point. Dalam filem-filem sebelum ni, ada Warung Pak Jabit sebagai anchor point.

Plot Huru-hara lepastu cool off kat warung pak jabit. Kalau ada misteri or masalah, berkumpul kat warung pak jabit.

Ketiadaan anchor point ini menyebabkan HKL3 agak berterabur, kehulu kehilir, sana sini, kejap sembang, kejap balik tidur, kejap sungai kejap hutan kejap kubur, kejap siang kejap malam. Aaaah....

- Inferiority
Ini bukan masalah Hantu Kak Limah 3, tapi Hantu Kak Limah 1 agak sukar untuk dipotong kualitinya. HKL1 masih naskah terbaik dalam trilogi ini.

------------------------------------

Secara keseluruhannya filem ini patut ditonton, lebih-lebih lagi untuk pengikut setia trilogi Hantu Kak Limah dan quintalogi Kg. Pisang.

-----------

Tahniah kepada diri sendiri sebab kali pertama tulis review yang lebih dari 1000 patah perkataan namun masih spoiler free.




1 comment: