Monday, October 31, 2011

lvl 25 dan umur 25

hero dota kalau dah level 25 dah cukup god dah, barang duit semua dah cukup...
tapi aku yang nak mencapai umur 25 nih... hape pun xde

dulu konon2 perancangan hidup nak kahwin umur 25, haha ape dah jadi sekarang..
apa dah jadi?

sampe sekarang tak kahwin lagi...

nak buat mcamana dulu muda2 org suh belajar betui2, dia pegi belajar main dota betui2. orang lain cgpa 3.75 aku plak 2.5 jer. eh nombor 25 lagi...

tahun 2010-2011 adalah zaman kejatuhan mendadak. daripada keje yg bapak best kat kl terus merudum ke lembah pengangguran. nak buat macamana, ini arahan keluarga, diorang tak percaya dengan kehidupan aku kat sana. tak boleh nak komen panjang pasai ni.. nanti disambar petir pula.

lepas tu bermula lagi satu chapter haramjadah bernama ASPATI. kusangkakan panas hingga ke petang rupanya smpai tengah malam pun panas hati lagi.. aspati.. aspati ni layak dapat post dia sendiri, maybe lepas ni aku akan tulis pasal aspati.

ape2 pun sekarang ni aku masih berstatus job-hunter. bila orang tanya aku keje apa aku akan cakap free-lance designer padahal aku ni full time pemerah santan di syarikat santan ghani mohamad. tapi aku perlu bersyukur dengan industri santan ni.
bak kata pepatah: kerana santan pulut binasa...


kerana sultan kita join perkasa!

ok tak kelakar....




No comments:

Post a Comment