Monday, October 21, 2013

Siapa Anak Hang Tuah?

Semalam lepas tengok satu teater, muncul satu persoalan yang aku dan kawan aku tak pasti nak jawab macam mana, Hang Tuah ada anak? Dia sempat kahwin ke sebelum menghilangkan diri, ataupun dia kawin selepas menghilangkan diri, ataupun anak angkat? anak murid? Jadi aku lakukan sedikit research. Tak berapa nak sedikit la sebenarnya

Adapun Hang Tuah itu nama asalnya Daeng Mempawah, anak raja Dearah Bajeng, Makassar. Lahirnya Hang Tuah pada 1388 Masihi. Diceritakan Sultan Mansur suka mengumpulkan anak-anak muda untuk dijadikan pahlawan di Kerajaannya, lalu Tuah dihantar oleh bapanya ke Melaka.

Hang Tuah itu diceritakan pada hayatnya mempunyai dua orang isteri, Tun Sendari yang melahirkan tiga anak, dan Tun Guna (adik Tun Perak) dua orang anak. Hang Tuah juga diceritakan mengambil Hang Nadim iaitu anak Hang Jebat sebagai anak angkatnya. Hang Nadim apabila dewasa menjadi Laksamana menggantikan Laksamana Khoja Hassan iatu anak Hang Tuah. Hang Nadim lah yang berdepan dengan serangan Portugis di Melaka. Dikatakan Portugis tidak berani menyerang Melaka pada waktu ia dijaga oleh hang Tuah.

Sedikit berkenaan dengan Puteri Gunung Ledang pula yang dikatakan kekasih Hang Tuah. Nama sebenarnya Raden Puteri Mas Nyawa atau dipanggil juga Raden Puteri Jamilah anak Raja Demak. Dikatakan Raden Puteri berkahwin dengan sepupunya dan dikurniakan dua anak. Raden Puteri lari merajuk ke Gunung Ledang kerana kematian suami dan dua anaknya akibat perang saudara perebutan takhta. Raden Puteri telah jatuh cinta kepada Hang Tuah namun kecewa apabila mendapat tahu kedatangannya ke Gunung Ledang adalah bagi pihak Sultan Melaka.

Berkenaan dengan kewujudan Hang Tuah yang dikatakan lebih kepada Lagenda daripada Sejarah. Ada yang mempercayai Hang Tuah ini hanyalah watak rekaan yang dicipta untuk menaikkan semangat perjuangan kaum melayu, dan Hang Tuah tiada dalam catitan sejarah. Namun terdapat beberapa teks rujukan yang disimpan di luar negara yang ditulis oleh pedagang asing dan kerajaan-kerajaan lama yang menceritakan akan Hang Tuah.


1. Buku “Amando Cortesao – The Suma Oriental of Tome’ Pires”, Pires adalah seorang Portugis yang berada di Melaka semasa Portugal menyerang Melaka pada 1511, beliau menyatakan “Kalaulah Hang Tuah masih ada di Melaka, Portugis tidak akan berani menyerang”.


2. Buku “A. Kobata and M. Matsuda – Ryukyu relations with Korea and south sea countries” A. Kobata telah merujuk kepada kepada catatan bernama “Rekidai Hoan” yang telah ditulis dan disusun pada 1697 oleh Raja kepulauan Ryukyus yang mana didalam catatan tersebut ada menyebut mengenai keberanian Hang Tuah yang telah masuk kepelabuhan di Kemboja semasa perang saudara sedang berlangsung diketika itu untuk mengambil air minuman dengan menggunakan perahu layar kecilnya.

Begitulah serba sedikit research yang dilakukan mengenai ada atau tidak ada Hang Tuah dan Waris Hang Tuah.

*notakaki. Artikel ini tidak ada kaitan dengan video bertajuk Hang Tuah gagal SPM

No comments:

Post a Comment