Monday, October 21, 2013

Menonton Teater : Gelanggang Tok Wali

Dah lama... pakcik.. teringin.. haa nak tengok.. ehemm.. Teater! (dalam nada Nasir Bilan Khan)

Akhirnya semalam secara tidak sengaja dan tanpa perancangan aku berjaya menghadirkan diri ke satu pementasan bertajuk "Gelanggang Tok Wali". Pada asalnya aku berat hati nak pergi, maklumlah sekarang ni tengah musim gian berDota. Tapi sebab aku dah banyak kali klaim aku orang seni, maka aku pergi jua. Pilihan yang tepat, terimakasih kepada sahabat-sahabat yang gigih menjemput.

Seperti biasa, sebagai seorang melayu aku sampai lewat 15 minit dari masanya. Namun sebagai melayu juga mereka pun lambat memulakan pementasan, setengah jam iatu bermula pada 8.30. Baki 15 minit yang ada aku habiskan dengan aktiviti bersembang bersama seorang jurugambar tersohor dari Ipoh. Namanya rahsia namun telinga merah takkala berbicara hal semasa. Dia pun kurang pasti Tok Wali ni siapa, bapak Hang Nadim gamaknya. Kami tengok teater ni for the sake of nak tengok teater. Itu sahaja.

Semangat yang limapuluh limapuluh tadi jadi teruja pabila melihat crowd yang boleh tahan juga. Dalam pemikiran negatif aku, paling ramai pun sepuluh orang. Tapi yang hadir aku rasa lebih kurang seratus, berseni juge orang ipoh ni rupe-rupenya. Sebagai seorang Media, aku masuk free, dan dapat baju free, dan poster free. Ini lah untungnya jadi media kalau tuan-tuan nak tau.

Masuk dewan, ambik seat paling belakang sekali. Langkah berjaga-jaga takut ada yang bersilat sampai jatuh panggung, atau ade yang tersalah aim lembing atau anomali-anomali yang lain. Tempat duduknya di tengah, tiada couple seat, sedikit kekok sebab takde tempat sangkut popcorn dan air sarsi. Sahabat jurugambar sibuk mencari angle, biarkan sahaja. Sahabat wartawan sibuk membalas wechat, potong stim.

Sejara ringkasnya, tengok teater ni feel dia lain. Rasa sangat hidup, rasa sangat fokus, sangat... feel. Jalan cerita boleh dikatakan ringkas, namun penyampaiannya penuh semangat. Dengan pentas yang kecil dan lokasi yang statik, cerita masih mampu disampaikan dengan penuh makna. Para pelakon memberikan yang terbaik, bersahaja namun bertenaga. Sedikit yang menjadi cacat adalah ketiadaan sistem audio. Ya, pelakon terpaksa meninggikan suara sebab takde mikrofon, ada beberapa adegan yang aku tak berapa nak dengar, maklumlah duduk belakang pula. Ini harus diperbaiki oleh JKKN Perak. Tapi secara kesluruhannya, puas hati

Sedikit pasal Gelanggang Tok Wali, cerita ni berkisar tentang Tok Wali, pengajar silat di kampung. Di zaman mudanya dianggap wira dan anak muridnya beratus-ratus orang di kampung itu. Namun bila dah semakin tua, dirinya seperti disisih, gelangggang silat semakin lengang dan Tok Wali pula dicemuh kerana sibuk bersilat walaupun sudah tua. Konflik berlaku dalam diri Tok Wali, nak teruskan atau nak diwariskan sahaja pada anak muridnya. Begitulah serba sedikit.

Habis pementasan, aku tepuk tangan beria-ria, entahlah terlebih stimuli mungkin. Tok Wali turun dari pentas dan salam beberapa orang termasuk aku. Aku rasa puas. Diluar pentas aku berbual-bual dengan sahabat jurugambar tadi. Bukan berkisar pada teater kerana ceritanya sudah sampai dan sudah faham. Tetapi memperdebatkan isu Keris Tok Wali yang dikatanya berasal dari milik anak Hang Tuah. Bilamasa Hang Tuah ada anak ni. Disebabkan dua-dua takda fakta maka debat ditangguhkan.

Lain kali kalau ada teater lagi aku akan datang, harap isu mikrofon tadi ada improvement.


**notakaki. Lawonye anak murid Tok Wali tu semalam.


4 comments:

  1. nama anak murid tu Nurul Maya Maula Binti Mahat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi nama je tak gune, FB plis. kehkehkeh

      Delete
    2. tgk kat fb aku nama Amoi Nyonya... wechat die nak?

      Delete
    3. susah betul orang buat pandai ni. Salah la, nama dia Rina Amira laaa, aku dah dapat dah pessbuk beliau, kehkeh

      Delete