Tuesday, April 21, 2015

Nostalgik



Lihat pokok itu..
Dia sungguh nostalgik,  dia buat kita rasa nostalgik. Apa dia buat berdiri di situ? Dia hidup demi siapa dan dia tunggu siapa?

Sebenarnya..
Dia lebih rela hidup dalam kenangan silam yang indah daripada mencari masa depan yang belum pasti. Jika masa depan itu adalah sebatang pokok yang tumbuh disebelahnya dan menemaninya sepanjang baki hayatnya, dia rela. Jika masa depan itu adalah seorang tukang kayu yang datang dengan sebilah kapak, juga dia rela.

Namun...
Walau akarnya bertukar menjadi sepasang kaki dan dia mampu melangkah berlalu pergi, kemana pokok itu tujui?

Entah..
Mungkin tidak kemana-kemana dan dia terus hidup disini. Menyaksikan terbit dan terbenamnya matahari. Saban hari, setiap hari, selagi hayatnya masih berbaki.


Kerana dia...
Sungguh nostalgik.




No comments:

Post a Comment