Monday, July 27, 2015

Tips Menonton Dota Untuk Rakyat Malaysia (Terutamanya Muslim)

The International Datang Lagi...!

Pendahaluan

Untuk peminat Dota tegar, The International 2015 (ti5) adalah sama atau lebih pentingnya dengan Fifa World Cup. Cuma bezanya Sepp Blater makan duit rasuah tapi Lord Gaben makan duit compendium (-_-). Acara ti5 ini bermula semalam hinggalah ke kemuncaknya pada 3-8 Ogos. Seperti tahun-tahun lepas dengan pasukan Orange dan Titan, kali ini Malaysia meneruskan tradisi dengan menghantar wakil mereka Team Fnatic. Ahli ketiga-tiga pasukan ni lebih kurang sama dengan sedikit perubahan di sana sini.



Masalahnya sekarang jadual ti5 ni lebih kurang je dengan jadual World Cup, banyak main tengah-tengah malam antara kul 12 tengah malam hingga 4 pagi membawalah sampai ke subuh. Ini boleh membawa implikasi tidur tak cukup, konsentrasi kerja melayang-layang hinggalah membawa kepada risiko kemalangan akibat hilang fokus memandu (terjadi pada penulis pada ti4).

Jadi tahun ini penulis merumuskan satu kaedah menonton yang selamat, tidak mengganggu kesihatan, dan yang lebih penting lagi ianya dirumuskan dengan kaedah islamik. pehh...

Waktu Tidur Optimum

Mengikut kajian islam, waktu tidur manusia mempunyai rangka-rangka masa optimum. Secara mudahnya tidur paling berkualiti adalah antara 8 malam hingga ke 1.00 pagi dimana setiap satu jam yang kita tidur pada masa ini bersamaan dengan 3 jam tidur waktu biasa. rangka masa seterusnya pula adalah antara 1.00 ke 6.00 pagi dimana tidur berkualiti sama dengan waktu. Akhir sekali pula adalah waktu rugi iaitu selepas subuh 6.00 pagi dan keatas kerana setiap 3 jam yang kita tidur kualitinya hanya sama dengan 1 jam waktu biasa.



Penjadualan Tidur vs. Penjadualan Ti5 vs. Ibadah

Apabila dibandingkan kerangka masa tidur dan penjadualan ti5, dapat dirumuskan kaedah tidur yang paling sesuai ketika ini. Lepastu alang-alang dah berjaga malam tu boleh la buat 2,3 ibadah sunat untuk mencergaskan diri supaya tak tidur ketika Fnatic kena makan dengan Secret malam nanti. (-_-)

> Tidur lepas Isyak (8.30 malam)

Balik kerja jam 5-7, makan, solat magrib solat isyak. Tidur. Waktu ni kalau layan tengok TV memang senang nak tidur pun. Dinasihatkan jangan bukak PC waktu ni, membawa kepada tak tidur.

> Bangun jam 12 malam (Match Start)

Bangun dan tengok match. masa ni korang dah tidur dalam 3 jam lebih golden hours, iaitu bersamaan lebih kurang 10 jam tidur waktu biasa. Dah cukuplah tu waktu tidur manusia  dewasa normal. (8 jam)

> Intermission

Bila korang dah tidur dulu dan bangun lepas tengah malam secara automatiknya korang layak untuk solat sunat tahajjut. Dan bila bangun tengah malam untuk mengadap tv/monitor pasti korang akan mengantuk jugak. Bila start mengantuk je bawak-bawaklah bersolat sunat.

> Intermission 2 (4.00 pagi - Match 2 Start)

Masa ni separuh manusia dah givap dan sambung tidur, separuh lagi masih bertahan. Selepas habis round pertama Match 2 ni (~ 5.00 am), pegi dapur makan sahur. Ya, makan sahur dan bawak-bawaklah puasa 6. Kalau mula hari ini, menjelang tamat ti5 nanti, puasa 6 pun dah settle. Tahniah. Sambung tengok match dan Solat Subuh. Lepastu bersiaplah pegi kerja, takde nak tidur dah, rugi jer.

> Extra Super Golden Hours

Berusahalah, sepatutnya korang tak ada masalah mengantuk atau tidur di tempat kerja. Kalau ada pun bertahanlah! Tunggu waktu lunch, jangan pegi makan sebab korang kan puasa 6. Sebaliknya pegi ke surau dan tidur. Sesungguhnya tidur di waktu tengahari menjelang Zohor itu adalah sunat. Tidur 1 jam pada waktu ni boleh buat korang segar sepanjang hari sampai la balik kerja nanti.

Tahniah jadual tidur anda telah lengkap tanpa mengkompromi kualiti kerja, kesihatan mahupun waktu beribadah, malahan menambah lagi ibadah. Penulis dah cuba semalam, memang okay je sekarang ni.


Penutup

Apa kita dapat kalau ikut penjadualan ni.

- Tidur yang cukup
-Dapat tengok hampir kesemua match (kecuali match2 6.00 am keatas sebab dah nak masuk office)
-Ibadah-ibadah Sunat (solat tahajud, tidur tengahari, bangun sepertiga malam)
-Puasa 6

Renung-renungkan dan selamat beramal..!

2 comments: