Thursday, December 1, 2011

Kamera, Kerja dan Kewangan

Aku takde DUIT!
serius cakap.
lantak la korang cakap aku anak tokey santan ke anak lot ke anak manja ke, aku tetap berstatus sengkek sekarang. bukan umurnya aku nak mintak duit rm10 kat mak aku utk gi cc main DoTA. dah la main DoTA pun jadi feeder..

3,4 bulan lepas aku jadi anak yg soleh, sanggup sacrifice hari raya untuk hantar diorang Holiday kat KL. family aku ni dah tak berkampung, tok nenek semua dah xde, so kalau raya tu pandai2 celebrete la. penah 1 raya tu aku bangun tido kul 11 pagi sebab parent pegi beraya tak ajak aku. family aku mmg rilek sgt pasal perpaduan keluarga ni, kdg2 rilek yg tak munasabah.

berbalik kepada trip holiday ke KL. 1st time aku merasa kereta ALZA, selesa dan bergaya. ternyata mak apak aku org KL sejati. aku telah disekolahkan ttg selok belok jalan KL. tiba2 bapak aku ngajak pegi Low Yatt, eh org tua ni nak beli Grafik Card ke? nak beli pendrive nak cucuk lagu kat ALZA katanya.. ohh ok2.

sesampainya disitu, apak keluar dialog:
"banyaknya kedai kamera, dah jadi trend dah kamera2 ni".



lalu anaknya membalas dialog
"azzan tgh kumpui duit beli kamera, nak buat bisnes".
tiba2, tiba2 dan tiba2..
"oh betul ke? ok gak tu, ko pun dah berapa tahun tak kerja, abah nak tolong tpi duit dah habis bersukaria kat KL nih, tgok lah 2,3 bulan nanti"

Dalam seribu pengharapan yang diberikan, sempat dilempar secebis kata pemedih hati.. ciss...

akhirnya, minggu lepas, bapa memang jarang menghampakan anaknya dan lensa menjadi buktinya. ketika aku membayangkan masa depan yg penuh dengan menghabiskan masa menggantung lensa di dada, lain pula kisahnya. AKU DAPAT TAWARAN KERJA. dengan gaji yg ok jugak dan berkuat kuasa 1.12.11 iaitu hari ini. apa nak jadi dengna kamera ni? aku tak pasti.. mungkin hanya menjadi perkakasan hobi, tpi.. hati aku tetap pada seni. Seni..

apa nama bunga ni...



No comments:

Post a Comment