Friday, December 2, 2011

You've Got Mail, Budaya Membaca dan Hikayat Seri Rama

tadi hari pertama bekerja, aku buat kerja terlalu 'form', pkul 3.30 semua kerja dah settle, tapi pekerja baru tak boley lepak2 sangat, so aku buat2 sibuk sambil belek laptop baru yg diberi pinjam syarikat. belek2 tup2 terjumpa 720p HD "You've Got Mail.mp4". layan laa, silent tpi ada subtitle.. ngeh3

nampak macam tak best..


Tom Hank! mamat ni kalau berlakon mmg best, xpenah mengeciwakan. (kecuali the polar express). cerita ni zaman email baru nak up, org putih pun tgah jakun lagi nak berbalas2 email guna AOL. cerita ni mengisahkan sepasang manusia yg selalu bertemu dan "bermusuh" atas dasar rival kedai Buku, tapi tanpa disedari mereka saling berbalas emel lepas terjumpa dalam chatroom. (miRc gamaknya.)

aku sempat tgok citer ni dalam 45 menet je sebab xfeel xde suara dan gelabah takot kantoi walaupun aku duduk kat sudut office. quote terakhir sebelum aku tutp laptop adalah "a book that u read during your childhood will create what u are going to be afterwards" lebey kurang camtulah

dalam perjalanan balik kerja, aku pikir2 apa last buku aku baca time muda2 dan bukunya adalah Hikayat Seri Rama. mula2 aku tau pasal buku ni sebab aku baca Komsas utk SPM, adalah ringkasan cerita ni yang wajib kita hapal utk jawab exam. sumpah aku tak paham.. penuh dengan prosa klasik, Arakian, Sementelaah, dan bagai2 ayat pelik lagi. tapi entah bagaimana lepas SPM aku boleh pegi librabry dan pinjam Versi Penuh Buku ni. aku baca paham tak paham tapi aku saspek ni macam cerita kitab Hindu jer. dengan ajaibnya buku tu habis dibaca dan dengan ajaibnya aku tak pernah pinjam apa2 lagi buku dari pepustakaan sejak itu.

sekarang baru aku tau apasal aku tak pandai seni tapi minat berseni, sebab masa kecik2 aku tak pernah paham apa yang aku minat pada buku tu.

Semoga tuhan mempertemukan aku semula dengan Hikayat Seri Rama. aku betul2 nak baca buku tu

ini bukan versi yang aku cari..



No comments:

Post a Comment