Monday, October 31, 2011

lvl 25 dan umur 25

hero dota kalau dah level 25 dah cukup god dah, barang duit semua dah cukup...
tapi aku yang nak mencapai umur 25 nih... hape pun xde

dulu konon2 perancangan hidup nak kahwin umur 25, haha ape dah jadi sekarang..
apa dah jadi?

sampe sekarang tak kahwin lagi...

nak buat mcamana dulu muda2 org suh belajar betui2, dia pegi belajar main dota betui2. orang lain cgpa 3.75 aku plak 2.5 jer. eh nombor 25 lagi...

tahun 2010-2011 adalah zaman kejatuhan mendadak. daripada keje yg bapak best kat kl terus merudum ke lembah pengangguran. nak buat macamana, ini arahan keluarga, diorang tak percaya dengan kehidupan aku kat sana. tak boleh nak komen panjang pasai ni.. nanti disambar petir pula.

lepas tu bermula lagi satu chapter haramjadah bernama ASPATI. kusangkakan panas hingga ke petang rupanya smpai tengah malam pun panas hati lagi.. aspati.. aspati ni layak dapat post dia sendiri, maybe lepas ni aku akan tulis pasal aspati.

ape2 pun sekarang ni aku masih berstatus job-hunter. bila orang tanya aku keje apa aku akan cakap free-lance designer padahal aku ni full time pemerah santan di syarikat santan ghani mohamad. tapi aku perlu bersyukur dengan industri santan ni.
bak kata pepatah: kerana santan pulut binasa...


kerana sultan kita join perkasa!

ok tak kelakar....




Tuesday, October 25, 2011

Cinta Elysa

Elysa! kau ni kalau sehari tak nangis tak boleh ke??

haram biadap. tak pernah jumpa hero biadap macam ni. selama ni drama meleis penuh dengan hero kampung yg bersopan santun, hero bandar yg kerja koporat atau, hero muda yg perasan k-pop.

tapi kenapa aku buat post pasal Cinta Elysa? bukan aku ni penggamers tegar ke? Guardian Dota? football Manager (gg man city), dan penyumbahleweng k-pop (k-pop perverts). tapi ada naluri, ada tangkap dalam hati dengan drama ni.

barisan pelakon dia boleh dikatakan sangat kena dengan watak. Fasha Sandha yg mampu menangis sehingga biru mata hatta hanya ketika memotong bawang, Botak(bukan nama sebenar) muka mintak penampor tapi ntah mcamana masih ada taman dihatinya. abg jalal duta beras super power super spesial tempatan yang sentiasa tampil dengan imej classy dan noble ala Gandalf. serta zila bakarin yang.... .. .MILF.

apa2 hal pun aku dan semakin tangkap dengan drama2 tempatan. sudah wujud variasi. walaupun masih berkisar dalam dunia korporat melayu yang sentiasa sembang juta-juta tapi jalan ceritanya ada kelainan. guud!

akhir kata dan pesanan khas dari aril...

hai, dan.. b**h pak hang!



Masih ada yang sayang

Kami berebut... nak tido cepat.. maafkan saya blog!


maafkan saya blog kerana terlupa akan kewujudanmu
walaupun tiada siapa membaca kamu namun aku sayang padamu

ketika aku sibuk nak mencelah di blog orang baru ku sedar tentang kamu
bila ku tersedar terbit sedikit penyesalan.
bak bait2 lagu jamal abdillah - mati hidup semula
"Baru kukenal bulan dan bintang 
Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ibu ayah adik abang
Kerana dulu fikiran melayang "

abg berlakon mmg kayu tapi suara power


ape2 hal pun... mari kembali berblog



Monday, September 5, 2011

Foreveralone itu lebih baik daripada...

Long Distance Relationship...

kalo boleh xmau menulis bab hati ni, aku kan berstatus manusia xde hati perut skrg ni.. heheh. tapi baru2 ni bunga2 perhubungan mcm nak menjadi, tiba2 aku dapat tau dia nak sambung blaja kat uitm perlis selama 4 tahun. ambik course ape? Account. hahaa.. haha.. fate are making fun of me. nak lari daripada 3thun dapat yang 4 tahun. so a no-no, biarlah tamat sampai harini. good bye and happy studying

dota4life

so let not despair and remember what Barney Stinson always says

wait for it..... 

"Everyday there is a girl that turn 18". ini adalah ayat motivasional terunggul pada foreveralone sekalian alam. jadi buat masa sekarang, lek2 je mcm bese, bila nampak awek than npas cover perut, and berdoa awek tu rabun and xde taste lalu sngkut kat aku. 4 the time being, dota till morning then dota some more

Because i'm cool..

like this cool...



Tuesday, August 16, 2011

Tutorial Miniature Effects @ Tilt Shift

dan tidak semena2 keluar tutorial ke2. blog ni bukan utk tampal tutorial photoshop pada asalnya, tpi what the hal..

miniature effects ni boleh dihasilkan melalui settings2 camera yg macamane ntah, aku xpro hal kamera2 ni. tpi efek ni boleh jgak dicapai dengan editing photoshop. yg penting gambarnya sesuai. gambar yg sesuai tu plak selalunya di shoot dikawasan yg tinggi spt atas bngunan atas di bumbung klcc.

1. pilih gambar yg sesuai, open kat ps

2. pilih gradient tool



3. quick mask


4. tarik gradient dari tengah subjek ke arah luar


5.exit quick mask


6. filter - blur- lens blur

7. settings


8. Ctrl+D = deselect

9. layer - new adjusment layer - level

10. layer - new adjustment level - hue/saturation

11. finish


demm.. bgi aku gmbar ni xlah nmpak sgt. nmpak mcm seswai je tdi... maybe gambar ni kekurangan objek2 kecil. ahh alasan2. ape2 pun inilah tekniknye. mungkin ade gmbar lain yg mengeluarkan hasil yg lebih menjadi dari yg ini


Tuesday, July 26, 2011

Tutorial Mari Mewarna Gambar Kenangan Silam Ala-ala Klasik Nasional

*tutorial ini bebas plugin (ngeheheh)

hoh, ini tutorial psd pertama kot. segala kesusahfahaman dan kepenggunaan ayat yg mengelirukan adalah kitidaksengajaan dan kekurangan hamba. =,=

tutorial ni berguna untuk menyerikan kembali foto2 lama zaman dahulukala yang xberwarna dan mungkin dah tercacat cela. kisahnya..

kalau gmbor kat blog ni kecik sgt, klik je utk saiz asal k.

okeh, le 1st step.

bonda, bapak2 mak2 sedara dan opah

carik gambor yang sesuai, scan dan open kat photoshop. gambar tu calor balor ke, dah terlipat2 ke xpe, boley edjast punye

le 2nd step


free transform, betulkan sudut gambor, centerkan kalo perlu dan crop je bhagian luar dia sikit untuk mmbuang yg dah senget2 tu

le 3rd step

le before

le after

gunakan clone stamp atau healing brush utk buang cacat2 kat gambar. cari je area yg sesuai utk di substitute dan tempek2 smpai bersih. xpyah kemas sgt pun xpe kot. da mmg gmbar retro

le 4th step

okeh sekarang kita mulakan dengan kaler background gambar, ade 3 warna yg nak dibuat kat sini, backdrop hijau, lantai putih and tiang kaler batu bata.

duplicate layer x3 (nak buat satu2 pun boley)
dekat gambar yg dah di duplicate tu pergi ke hue/saturation (ctrl+u) dan edjast hue n saturation smpai dapat kaler yg lebih kurang sesuai (lightness xpyah edjast kot)

kaler kuning2 utk batu bata kat kanan tu

kalau nampak mcm flat jer, gunakan burn tool utk gelapkan kat mana patut

burn secukup rasa (abaikan objek2 lain)

le 5th step

next step adalah mask (add layer mask), paint solid black pada mask dan erase kawasan yg ada kena mengena sahaja (tiang)

berus dimana perlu

rename layer sbg tiang, duplicate file asal, ulang step utk kaler backdrop dan lantai. so total ada 3 layer utk background

3 layer background siap 

groupkan dan letak la nama yg senonoh supaya tak penin sbb bersepah lgi layer lepas nih =,=

le 6th, 7th, 8th etc. step

okeh, kat sini part yg leceh bermula, sbenarnya lepas ni step yg sama jer cuma utk subjek2 yg berbeza, duplicate -> hue/saturation -> burn -> mask -> rename/group. so on so on smpai habes..

step yg same, dua layer, skin dan baju

kat dalam gmbar ni ada 8 subjek + 1 bckground, so ada 9 folder kesemuanya. tpi ada 8 je sbb pasangn kembar di kiri dan kanan kongsi 1 layer sbb bju pesyen same jer. =,=

siap, kemas dan layer tidak memeningkan kepala

tapi mcm x real jer kan? teh final step adalah blending/tone. smpai sini sape yg terer tone ni pandai2 sndiri la kot. tpi nih cara aku mengetone =,=

*tpi masuk plugin Color Efek Pro->Cross Balance, lagi senang dan cantik. ngeheheh.*

The Tone

1st, kita sekepingkan benda ni. sukati la nak resterize ke, flatten image ke. tpi make sure dah save dlu.

2nd, go to layer->new adjustment layer->color balance

maka keluarlah parameter spt yg di hilight

default adalah pada midtones so edjast sini dlu, tarik meter ke arah red dan yellow scukup rasa.

secukup rasa, lain gambar lain lah settingnye

dekat shadow ngan highlight pun same, edjast scukup rasa. 

oh yeah...

gambar dulu2 frame gambar bucu melengkung kan? mari membuatnya

Le Rounded Frame

1st flatten image (save dlu yer)
2nd draw segiempat guna marquee tool (m)

ngam2 bucu jer

3rd, Select->Modify->Smooth, letak la dalam 30 kot atau ape2 je yg sesuai.
garis putus2 yg petak tdi akan mlengkung kat bucu dia

4th, klik kanan kat image->Select Inverse->tekan Delete
so area yg luar frame akan di delete

5th buat new layer, kaler putih, letak bawah layer asal
so frame luar berwarne putih ler..

FINISH!!!

Le Comparison

le ante

le post




U JELLY?

Saturday, July 23, 2011

I Raff I Ruse

I Raff I Ruse

aku xtau pe maksud sebenar dia tapi maybe i laugh i loose yg ditambah dgn engrish meme, jdilah i raff i ruse. maybe?
tpi yang pasti page ni klakor, klakor yg agak kejam, phrasa i laugh i loose tu maknanya kalau anda gelak anda mngaku anda adalah sadistik dan xda hati perut. lebih kurg mcm aku laaa... heh.

aku hari2 bukak page ni sbb aku mmg sadistik. ini latest entry diorang